Posts

Showing posts from September, 2010

warna warni kehidupan

Image
--mood convo--

edisi recharge

Image
bila ada kuasa, pangkat, harta dan nama kita gembira tapi kalau iman tiada jiwa tetap kosong
bila ada iman kita gembira tapi kalau tiada lagi kuasa, pangkat, harta dan nama jiwa tetap tenang
kekuatan sebenar terletak pada huruf alif bukan ta. t-u-a-h atau ba. b-u-a-h tapi pada alif. i-m-a-n

ps: recharge, recharge...

02102010

"We will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends."
- Martin Luther King Jr-

At last. 26th IIUM Convocation. Here I come :)

Sebenarnya. Takdelah excited sangat dengan convo yang satu ni. Cuma....
Rewind

Lepas FYP poster presentation bulan 5 tu, masing-masing dengan haluan yang tersendiri. Masa tu terlebih seronok. Tak terkira. FYP no more! Tak payah belajar lagi. Quiz takde. Assignment takde. Projek takde. Kelas takde. Free je memanjang.
Facebook. Sejak hari tu, pengumuman siapa yang dapat kerja/kahwin/tunang/sambung belajar tersebar di fb. Sorang demi sorang dapat kerja. Dalam masa yang sama sorang demi sorang post jawatan kosong/walk in interview di fb. *sharing* Walaupun saya banyak menerima dari memberi, dalam diam *serius* saya menghargai perkongsian korang sume. Thank you guys!
Play

Blogging. Sejak hari tu juga bertukar minat ke arah blogging. Awalnya *sekarang hobi*, memang banyak masa habis dengan baca blog orang. Blog mereka yang lebih tua, seb…

kita ini punya kiblat

Image
Kadangkala kita fikir usia kita masih di awal pagi Tapi sebenarnya kita tidak tahu Adakah usia kita ni masih teguh disitu atau sudah memhampiri mentari yang membenamkan diri?
Tetamu Senja by A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat…

Bila raya menjelma

Image
 
Lagu lama dan baru berdendang di corong-corong radio.
Kuih muih beraneka jenis diatas meja.
Sanak saudara tersenyum gembira.
Oh, indahnya!
Mari merapatkan silaturrahim sesama kita.
Lebih-lebih lagi saudara mara yang lama tak berjumpa.
Suka suasana desa. Damai. Hijau.  :)
Subhanallah. Makan makan juga. Puasa 6 di bulan Syawal jangan lupa. -Remindme&u-

Terasing

Image
Sahabat. Jangan menjauh jika diri ini berubah.
Suka dialog dibawah nih time baca novel Terasing by Hilal Asyraf.
Dialog nih ditujukan pada semua yang mengenali diri. 
 Salam idulfitri buat semua. Maaf atas segala salah silap.

Friends, Just let me KNOW if you need me. :)
p/s : pic; credit to Sabrina

*err.. model itu bukan saya

**Novel tu oklah. Isi masa time raya aritu. Ada citer pasal ukhuwah sket, action sket (tapi serius bab yang bunga-bunga silat tuh tak berapa paham tapi best). Ada gak penulis huraikan pasal cinta skit. Ada hadis and ayat quran sana sini. Best kut kalau buat movie. :)

akhirnya Ramadan pergi jua

akhirnya Ramadan pergi jua


Ramadan ini akan pergi
namun yang pergi hanya giliran purnama
bukan rasa dan maknanya
semoga semuanya masih di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini akan terus menerangi bulan-bulan seterusnya?)

nanti Syawal bertamu jua
bersama wajah seindah fitrah
tasbih, tahmid, dan takbir diucapkan
meraikan satu kemenangan
di satu peperangan...
di dalam diri

(Apakah kita berjaya? atau sekadar menumpang gembira di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
dan kita bagaimana?
masih di pelabuhan alpa?
masih di dermaga dosa?
dan bahtera kita terus kelelahan
dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya ketika Ramadan dan Syawal datang jua tapi kita telah tiada..untuk menyambutnya!)

Abu Irdak

ps: puisi ini disalin bulat-bulat dari solusi isu no 23.

serius.hati rasa cam serba tak kena time baca puisi nih.
30thRamadhan1431H, 0834