Posts

Showing posts from October, 2010

mendung.

Image
panas.mendung.hujan. silih berganti.
Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahawa Rasulullah saw datang pada seorang Ansar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. Dia berkata, "Sesungguhnya engkau selalu merasa malu." *seakan-akan dia berkata, "Sesungguhnya malu itu membahayakanmu."* Lalu, Rasulullah saw. bersabda, "Biarkan dia, kerana malu itu sebagian dari iman." (Sahih Bukhari)

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Sahih Bukhari)
Daripada Abi Mas’ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berka…

oh, pergilah Oktober

Image
Indonesia
Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat
Tsunami, setinggi 3 meter, 7.7 skala Richter, berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan
Hujan lebat, angin kencang.
Gunung Merapi
Gunung berapi memuntahkan debu panas, 20 penduduk cedera, jumlah yang terkorban meningkat.

Myanmar
barat Myanmar
Ribut Giri, banjir meragut 38 nyawa setakat semalam, kerosakan dialami amat meluas

Thailand
Hujan lebat luar biasa membawa banjir terburuk dalam beberapa dekad.

Malaysia, KL
Mendung, segar selepas hujan renyai-renyai awal pagi. Melihat matahari terbit. Burung berterbangan, berkicauan. Angin damai lembut terhembus. Budak sekolah berjalan gelak tawa bersama teman. Ibu ayah memandu bergerak ke tempat kerja. Aman damai nyaman.

Sambil mendengar lagu 99 names of Allah (Sami Yusuf)
**lirik , lagu

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha’fana (O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu …

sempadan

Kalau nak jawapannya 2, bagi saya kira- kira yang paling mudah ialah
1 + 1 = 2; betul.

/*
tercatat jelas
satu sempadan
walau kita punya
satu agama
satu matlamat
satu cita-cita
satu destinasi
*/

Rasulullah bersabda:
"Aku tidak melihat orang yang kurang dalam akal dan dinnya yang mampu menghilangkan akal sihat seorang laki-laki teguh selain dari wanita."

Petik dari buku,
"Fitnah wanita juga disebabkan terlalu seringnya lelaki melihatnya, kecenderungan mereka kepadanya, perkataan lembutnya, berlenggang lenggoknya, perhiasaannya serta perhiasan mereka yg tersembunyi. terkadang wanita hitam legam bisa menjadi seseorang yang cantik bagai rembulan di mata seorang lelaki."

Pernah seorang sahabat menegur,
"Jangan rasa diri kita tak cantik, lelaki tak pandang, cantik ke tak, kita masih seorg wanita pada pandangan seorang lelaki."

Rasulullah bersabda,
"Tidaklah aku tinggalkan setelah fitnah yang paling berbahaya bagi seorang lelaki selain seorang wanita."

&…

manis :)

Optimislah!

Giliran saya. Naik. Cakap. Dari atas. Nampak semua. Penuh. Ada yang serius. Ada yang senyum. Ada yang bisik-bisik dengan kawan. Yang borak pun ada. Eh eh, cik adik ni buat rakaman pula dia. :) Makin berdebar rasa.

Tapi dalam banyak kelompok tu, ada sesuatu yang menarik hati saya. Di sudut belakang belah kiri. Dia tersenyum. Depan dua row sikit dari yang tadi pun sama. Dia tersenyum. Tepi dari yang tadi, hujung belah kanan. Dia tersenyum. Still bahagian tengah belakang. Dia tersenyum. Duduk di corok bahagian belakang. Dia tersenyum. Bahagian kanan. 3rd row dari belakang. Duduk paling kiri. Matanya tertutup. Letih barangkali. Tapi masih tersenyum. *sempat perasan titik koordinat lagi.*

Senyuman yang senyum sesenyum-senyumnya. Ibarat senyuman kuntuman bunga di taman syurga. Buat diri rasa confident tuk teruskan. Walaupun rasa ada je benda yang tak abis uraikan, tak jelas penerangan, tapi ada rasa kepuasan. Terima kasih. *tapi lepas nih, kena buat dengan lebih baik lagi*

Wala…

gerhana

Image
apabila tidak semudah abcd.

a
dipercayai

b
berkata-kata

c
berjanji

d
bertengkar

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”

Riwayat Ahmad

moga dijauhkan.
beristighfarlah; Rasulullah yang maksum pun beristighfar setiap hari.

Rasulullah bersabda, "Sungguh demi Allah, aku beristighfar kepada Allah memohon ampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali."
Apatah lagi kita yang tidak mengetahui status keampunan timbunan dosa-dosa sendiri.
ps: menghindari typo, takut tangan saja yang manis menaip.

mengejar langit

Image
Apabila diri,
bagai dipenjara.
tapi Nabi Yusuf berkata,
"Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku." Dan jika Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku termasuk orang-orang bodoh."
bagai dikurung dalam gelap.
tapi Nabi Yunus berkata,
"Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."


memang hakikatnya begitu. pahit mendahului, manis menyusul kemudian. tidak kisahlah dari arah mana ia datang. kemunculannya pasti akan tiba. Insyallah.
yang patut bergerak. saya. yang patut berusaha. memang saya. yang patut sedar. eh, saya. kerana yang akan membuat pilihan  itu adalah saya.
tak perlu jadi orang lain. memang tak perlu. tapi kalau sudah tersilap langkah, perbaikilah.
Sama-sama kita mengharunginya ye kerana Dia tak pernah jauh. :)
ps: lari dari sesuatu untuk mengejar sesuatu yang pasti.

a magical mirror ;)

Image
Queen : "Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?" Mirror : "You, my queen, are fairest of all."
Tidak terlintas untuk menjadi ibu tiri Snow White. Cemburu dengan kecantikannya sehingga sanggup untuk meracuninya. Itu bukan aku. Cume tetiba tersedar apabila suatu ucapan yang terluah itu mesti bersebab walaupun ianya kedengaran agak ringan.

"Berikanlah nasihat dengan cara sebaik mungkin dan terimalah nasihat dalam bentuk apa pun. Siapa yang menasihati saudaranya secara sembunyi, bererti ia telah benar-benar menasihatinya, dan siapa yang menasihatinya dengan terang-terangan (di tengah orang banyak), maka bererti dia telah memalukannya."

Mencari pantulan itu. Biasan yang itu. Melalui cermin yang satu.
Nikmat. Ikatan. Peringatan. Bantuan. Kebahagiaan. Bakat. Keampunan. Kecintaan.

"Sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau dapat bau harumnya. Dan sahabat yang jahat i…

lagenda budak Engin

Image
lagenda budak Engin
*macam tak sedap bunyinya.janggal.*


Sedarilah Liyana,
kalau pelbagai programming telah kau cuba selesaikan kalau timbunan formula engin telah erat kau genggam kalau deretan quizzes dan assignments tuk sehari masih dapat kau teruskan kalau bersekang mata untuk projek sampai 3, 4 pagi tetap kuat kau gagahkan kalau menaip report siang malam pun telah kau relakan
takkanlah disebalik keindahan alam tak dapat kau tafsirkan takkanlah sepotong ayat quran pun memori akal tak dapat menyimpan takkanlah sekelumit masa tuk peringatan tak dapat kau luangkan takkanlah berjaga seketika tuk mengharap keampunan tak dapat kau usahakan takkanlah secebis coretan tuk perkongsian tak dapat kau berikan
takkanlahkan?
jgn mls2 liyana
-YA ALLAH, kekalknlah rs kehambaanku-

300310 1000 -created during final exam-time otak cam berat nak baca notes :p

.remindme.remindyou. :)

"Jika ingin bahagia di dunia, carilah ilmu. Jika ingin bahagia di akhirat, carilah ilmu. Jika ingin bahagia di dunia dan akhirat, car…