Posts

Showing posts from November, 2010

basah.

Image
Ikhlas.. Kucarimu Dimana Jua..
Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar.
Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis.
Lalu...
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala.
Aduhai...
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah... Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.
*Entahlah, puisi ni macam ada bagi rasa.

Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpaman kehidupan dunia ini ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan …

Aku tak rasa.

Image
Musim hujan. Petang. Hari ini hujan turun lagi, membasahi bumi. Segera tingkap-tingkap rumah ditutup rapat. Bergegas menyelamatkan baju-baju yang dijemur.

"Tunggu sekejap, wahai kawan. Kerana hujan masih renyai~"
Aku suka hujan. Hujan yang renyai-renyai. Lembut air jatuh ke bumi. Syahdu suasana. Indah rentak bunyinya jatuh ke atap. Menyegarkan bumi. Simbolik menggambarkan emosi.


"It's raining outside and I'm crying inside~"
Bukan sekadar nyanyian, ada benda nak cerita sebenarnya. Banyak peristiwa berlaku semasa hujan.

Ini cerita aku.  "Kerana Aku Tak Rasa.
Hujan turun lebat sepanjang perjalanan ke kampung. Tayar meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Hujan yang lebat sangat-sangat menyukarkan pemanduan. Aku hanya penumpang memerhati dari bahagian belakang kereta. Seketika, aku menjenguk ke luar, seorang penunggang motorsikal laju memecut walaupun hujan agak lebat. Bertemankan si isteri dibelakang. Memeluk erat. Hujan makin lebat. Akhirnya, mereka…

senget.

Image
Attention! 

Definition of Calibrate

1: to ascertain the caliber of (as a thermometer tube)
2: to determine, rectify, or mark the graduations of (as a thermometer tube)
3: to standardize (as a measuring instrument) by determining the deviation from a standard so as to ascertain the proper correction factors
4: to adjust precisely for a particular function
5: to measure precisely; especially : to measure against a standard **copied from here

-- It is the time to update my blog after a very long vacation! --

"Read.Think.Type Act"

bmtensofales?

Image
bmtensofales
apakah?

Adik kata kalau nak hafal susunan warna perintang macam nih,
hey people michael jackson killhis brother using keris panjang

Sebenarnya
hitam perang merah jingga kuning hijau biru ungu kelabu putih

Mesti ada yang pernah cipta kreatif formula macam tu, kan? Tapi masa belajar pasal perintang ni dulu rasanya guna formula lain. Tak kisahlah apa formula sekalipun. Janji senang dan cepat hafal.

Tertarik ketika menonton Bicarawara bertajuk Keutamaan Menyediakan Diri. Seronok tengok program tv ni, sampai melekat kat depan tv. Ustaz tu banyak menyentuh perihal bagaimana sepatutnya kita mengawal kelakuan, perbuatan kita. Mata kita apa yang dilihat, telinga kita apa yang didengar, lidah kita apa yang dibicara dan yang lain-lainnya. Beliau banyak menegaskan tentang nafsu amarah, dimana yang kita tahu dengan mengambil air wuduk kita dapat mengawal kemarahan yang meluap-luap bak gunung merapi yang meletuskan debu-debu tu. Selain itu,bmtensofales;

benar.manfaat.tenang.sopan.fasih.lembut…

maju selangkah

Image
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
-Mana milik kita, Nada Murni, Rabbani-

_______________________________________________________________

Tanya pada orang kaya, apa yang tersisa dari kekayaannya
Tanya pada orang fakir, apa yang tersisa dari kefakirannya
Tanya mereka pada lisan, yang sebelumnya mereka gunakan untuk berbicara.
Juga tentang mata yang mereka gunakan melihat hal-hal yang menyenangkan.
Tanyakan tentang kulit yang lembut dan wajah yang menawan serta tubuh yang indah.
apa yang dilakukan cacing tanah terhadap semua itu?
warnanya pudar, dagingnya dikunyah-kunyah, wajahnya dilumuri darah.

Abu Dzar Al-Ghifari berkata
" Wahai manusia, aku adalah penasihat bagimu. Aku merasa kasihan kepadamu.
Dirikanlah solat di kegelapan malam untuk menghadapi dahsyatnya alam kubur.
Berpuasalah di dunia untuk menghadapi hari kebangkitan dan
bersedekahlah unt…