Posts

Showing posts from December, 2010

Ala-ala taman bunga :)

Image
Between you & me :) "It's free, But priceless."
Don't worry,
Youalways make me smile. :)

Senyum itu kan sedekah.
Manis.
Bagi saya,
kemanisannya bertambah
apabila seseorang itu masih mampu ikhlas mengukir senyuman
walaupun dia dilanda musibah.
Memang indah.

Walaupun senyum itu bisu.
Sepi tanpa kata.
Tapi manisnya tetap terasa.
Membina hubungan sesama kita.
Ajaib kan?

Oleh itu, senyumlah selalu.
Dalam susah ataupun senang.
Kerana manisnya senyumanmu
membuatku
tersenyum
err..
selalu.
*ish, kantoi*


ps: Jangan sedih-sedih, senyum jom! :) 

Demi yang tersirat.

Image
Untuk berada dipuncak bukan senang. Diakui langkahnya bukanlah mudah tapi ianya tidak mustahil. Berkongsi sebuah video yang membuka mata dan hati saya. *Edisi Indonesia.*
Apa kata lepas ni orang Malaysia lak video yang macam ni?
heh. mula bermimpi :p

Di sudut hati seseorang mesti adanya impian, mimpi, cita-cita. Tapi ianya tak akan berlaku tanpa tindakan, usaha dan keyakinan. Entahlah, kadang-kadang diri ini kurang berkeyakinan. Cepat untuk memandang rendah pada diri sendiri. 
Berfikirlah secara positif. *Pergh, ingat senang* Tapi bila baca "Antara yakin dengan cuba-cuba", Solusi isu 26, page 28 macam ada satu tolakan untuk berfikiran lebih positif, lebih yakin. 
Yakin. Jika lahir dari hati automatik ianya menolak ke anggota lain. Bergerak, bekerja, dan berusaha. Yakin. Terbit rasa tenteram. Yakin. Percaya akan janji-janjiNya. Yakin. Pasti ada ajaibnya.
Rasanya dengan yakin, kalau terjatuh pun kita boleh bangun, air yang pahit pun kita boleh telan, terpijak duri pun kita sanggup taha…

Didalam hati

Image
"Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.
Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. 
Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. 
Di dalam hati juga terdapat gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya."
-Ibnul Qayyim-