Posts

Showing posts from January, 2011

Matahari takkan tunggu

Image
Sesudah solat subuh, pendakian pun bermula. Semua berjalan dalam gelap untuk mendaki hingga ke puncak. Matlamatnya hanya satu, untuk melihat keindahan matahari terbit di atas bukit.

Selepas seketika.

"Ah, penatlah."

Bila penat berlari, berhenti. Mendongak melihat mereka yang dihadapan masih terus berlari untuk mendaki. Tatkala itu berasa puas hati, cukup puas hati kerana percaya mereka takkan berhenti mengalah untuk ke puncak. Sekurang-kurangnya dah ada wakil yang dapat melihat cahaya matahari di pagi itu dan pada masa yang sama bukannya tak dapat melihat matahari terbit dilereng bukit ni. Tapi yelah, keindahannya tak akan sama.

"Eleh, bukannya lari bukit dikejar."

Dan ketika menoleh ke belakang kelihatan begitu ramai, ramai sangaaat yang masih cuba untuk mendaki. Ketika itu, aku akan rasa selesa dengan kedudukan diri. Berehat sambil menikmati suasana kerana tahu ramai lagi yang tak akan dapat cahaya itu.
Dan ketika itu juga aku sedar, antara berpuas hati dan selesa i…

butakah mataku?

Image
Signal kiri. Cermin. Pusing stereng. Jeling cermin lagi.  *ok, line clear*

Ok, pusing stereng lagi. Erk!?  *bunyi hon memecah suasana*
Gelisah tak ingat. Kaki tekan brek, bagi laluan. Deruman motorsikal memecut laju kemudian hilang dari pandangan.  *marahla tu.* *yang peliknya bila pula ada motor kat belakang tadi? tak perasan pun.*
Blind spot. 

Mata merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, buka mata kemudian ikut hati ikut rasa. Bergerak. Kita nampak dulu, baru otak kita berfikir. Kita melihat dulu, barulah hati berkata-kata. Lepas itu, baru anggota lain bergerak. Membaca, memerhati, merenungi. Semuanya  bermula dari mata.

Tapi adakalanya kita buta dalam menilai sesuatu, dalam menganalisa sesuatu kerana dikaburi cinta. Cinta dunia. Kerana cinta dunia itu buta.

Kadang-kadang terasa tak cukup hanya dengan bantuan cermin untuk memandu. Perlu adanya tiang cermin di jalan raya untuk membantu. Terasa perlunya ada seseorang untuk duduk disebelah untuk menunjuk jalan. J…

langit tanpa awan

Image
Masih tersimpan dihatiku, jelas, rindu itu, melebarkan sayapku, untuk terbang tinggi, dilangit yang masih biru,
Oh, datanglah awan, menghiasi langit, kerana panahan teriknya, sinar pancarannya, kecundang dek pandangan mata.
-kerana masih pendeknya sayap, panasnya matahari atau hilangnya awan?- -apakah?-

kabus cahayamu.

Perwatakan yang menarik, kemas, lembut.
Dari tadi tak berhenti bercakap.
Lebih kurang sejam dia bercakap.
Seronok betul dia bercerita.
Tak penat ke?

Pertengahan 30an agaknya.
Fasih english, slang london sket.
Mesti dulu belajar kat oversea nih.

Eh, fokus yana. Fokus.
Erm,
*(angguk-angguk kepala)*
*owh, macam itu, erm*
*uiks, apa lak nih? Tak pernah dengar term tu. (sampai terbengkok leher)*
*overall oklah. takdelah 100% faham, tapi basicidea (20%) tu adela. *

Subjek yang menarik. Mungkin sebab saya suka dengar orang bercerita daripada saya sendiri bercerita. Lagipun dia sungguh-sungguh nak terang, itu yang jadi bersemangat nak tahu dan untuk lebih tahu. Mengenai tisu ni, saya takde basic langsung. Setakat tahu tisu itu gabungan sel-sel je, itu jelah. Tak sangka lak ada yang nak mencipta artificial tissue and apply dalam perubatan. Banyak betul dia tahu. 90minit nonstop, cakap pasal tisssssuuuuu je. Iyalah, dari master ke phD itu je yang dia study. Nampak sangat minat dia dengan tisu b…

Nota miss Z

Image
Date : 11 Jan 2011
Mengantuk dalam kelas, eh? *Erm.* 

Tabiat mengantuk dalam kelas nih, sering berlaku. Tak dinafikan. Sebelum kita nak tau bagaimana nak mengatasi masalah ni, kita perlu senaraikan dulu kenapa kita mengantuk dalam kelas. Cari penyelesaian melalui punca. So, list kan. Sebenarnya anda sendiri tahu apa masalahnya kan? *ok, so cuba fikir-fikirkan.*

*oh, apa yang saya cuba tulis sebenarnya nih? Uish, jap-jap tengah susun ayat.*

Ok, ok gini. *maaf.*

Pernah seorang kawan kata dalam kelas,
"Kalau kita jadi lecturer tuh mesti kita gelak sakan, kan?"

Saya :  "*apakah?*"
Dia sambung :
"Yerla, student dia ada macam-macam ragam. ada yang tido, borak, makan, jeling-jeling, termenung, berangan, tersengguk-sengguk, sms, on phone ke, garu-garu kepala,...."

Saya :  "Tul gak eh. *senyum.*"
*Kalau saya lecturer tu saya takkan gelak kut, tapi rasa risau yang amat kalau students tak faham apa yang saya ajar. Mungkin sebab tu lecturer tak pernah gelak kat kit…

who am I ?

Image
are you a productive muslim? am I a productive muslim?
[tenang mendengar alunan ayat al-quran]

Layakkah aku?

Image
Sempat menonton drama melayu hari tu mengenai seorang pemuda yang buta bercinta dengan seorang perempuan bekerja sebagai chef. Pemuda tu start jatuh cinta dengan chef tu sebab suka dengan masakan chef tersebut. *uh, drama* Nak jadikan cerita si pemuda tadi nak buat operation mata kerana teringin sangat untuk menatap wajah kekasihnya, si chef tadi dan er..dan..bla, bla, bla. *tak tahu citer selanjutnya, sebab Zzzzz~* Sekarang kita leh nampak betapa pemuda itu begitu rindu sangat dengan kekasihnya itu. *romantik :p* Kerana cintanya, dengar suara dan makan masakan kekasihnya belum cukup untuk menggembirakan hatinya malah berharap yang lebih berharga lagi iaitu menatap wajah si kekasih yang disayangi, yang dirindui. em. ok. Next story.
Ni next story : Ketika menonton cerita tu, teringat akan satu artikel yang pernah dibaca. Jalan ceritanya sama, cuma..erm..layakkah aku?
Daripada Suhaib al-Rumi, Nabi s.a.w bersabda yan bermaksud, Apabila ahli syurga telah memasuki syurga, dan ahli neraka mema…

homesick.

Image
Home sweet home. Semua orang suka balik rumah. Lagilah kalau time stress dengan kerja-kerja seharian. Lagi kronik kalau problem tu bertimpa-timpa. Mahu serabut kepala. Timbul satu persoalan, kenapa terbitnya rasa homesick ni? Bagi pendapat sayalah, mungkin kerana disitulah kita dibesarkan, dididik dan kerana disitulah bermulanya kita mengenal ketenangan, kegembiraan, kasih sayang dan sebagainya. Kita rasa bahagia je kerana sudah lari jauuuuuuuh dari kesedihan dan kesengsaraan. *ni pendapat sayalah* 
Post nih bukan nak mengajak kita homesick beramai-ramai *isk, bahaya-bahaya* Ok lupakan yang tadi, jom kita masuk bab lain. Cerita homesick si Mukmin.
Seorang mukmin itu pasti akan ada rasa homesick dalam diri dia. Homesick nak balik hometown yang kekal buat selamanya iaitu disisi Allah Taala. Terasa indahnya kan menjadi seorang yang beriman. Mereka melihat dunia nih hanyalah sementara, hanya untuk belajar mencapai keredhaan Allah dan berharap untuk hidup bahagia disana. Buat selamanya.

Rasul…

Psycho!

Image
Simple but meaningful.
Mula-mula, pelajar tu dapat rasa yang cikgu tu aim dia untuk jawab soalan. Selepas itu, cikgu tu pula dapat rasa yang pelajar itu beri amaran untuk tidak melakukannya. Dengan hanya gerak geri dan expression muka, seseorang dah boleh mengagak apa yang tersirat difikiran pihak yang satu lagi.
Kuasa yang luarbiasa. *Huhu* Aku ingin kuasa itu. Ala-ala kuasa psikik.  *uiks?*  Kuasa untuk faham, baca, dengar dan hayati. Faham tindakan mereka. Baca fikiran mereka. Dengar rintihan mereka. Hayati perasaan mereka.
Kenapa mereka membuat muka?
Kenapa mereka bertindak begitu? Kenapa mereka berkelakuan begini? Kuasa itu sekadar medium. Agar mudah untuk merancang dan memberi apa yang kita faham  dari hati, dari akal, dari jiwa ini.
Supaya kita dapat detect awal takut agak terlewat jika jiwa mereka bak nyawa ultraman sinonim dengan kerlipan lampu merah didadanya.
Perlunya ada sensitiviti.    Agar bersama kita memahami erti kehidupan. Selaras dengan tujuannya yang sebenar.

Semoga jelas dan terang g…