Posts

Showing posts from April, 2011

Yang mana satu?

Image

  Cinta dunia itu ibu segala kejahatan.

Tamak ilmu itu digalakkan.
Tamak harta itu perlu dijauhkan.
Tapi perlu lihat konteks ilmu itu juga.
Ilmu fardu ain itu wajib.
Tidak seperti ilmu dunia.
Tapi ilmu dunia itu perlu,
kerana perlunya ahli sains di dunia ini contohnya.
Dan ilmu dunia juga boleh dijadikan untuk menambah taqwa pada Allah.

Orang yang cinta akhirat hidup sederhana.
Ambil sekadar yang cukup didunia,
yang selebihnya dibiarkan orang lain merasa.
Seperti harta yang banyak guna sekadar keperluan,
yang lebih disedekahkan kepada orang miskin.

Imam ghazali berkata,
"Dunia ini ibarat ladang untukbercucuk tanam sebelum dituai di akhirat kelak."


Dari corong radio;
Yang sempat di'save' diakal, di'filter' dihati , dahi kerut seribu.

masih ber'gema',
"yang bermujahadah itulah yang mendapat petunjuk."


Pencinta dunia atau akhirat;
Yang mana satu?










terkesan.
dalam.