Posts

Showing posts from August, 2012

Mengusik minda.

Image
Usia selari dengan kematangan-kah?
Tak adalah, cuma akhir-akhir ini kerap berfikir perkara nih; perkara yang kita tak nampak tapi wujud. Perkara yang 'ada' pada kita tapi kita kadang-kadang buat-buat tak perasan atau kita sebenarnya perasan tapi kadang-kadang buat tak tahu atau memang kita tak ambil kisah sangat pun. Bab usia mungkin perempuan buat-buat tak tahu saja, tapi bagaimana pula dengan bab kematangan?

Usia & kematangan.

Usia itu; ialah nombor; menggambarkan tua mudanya kita dan ianya semakin bertambah setiap tahun. Semakin bertambah tahun,  semakin ramai pula yang panggil kita 'akak'.

Tapi mungkin bab kematangan itu agak subjektif. Lain orang lain tafsirannya. Adakah dengan bertambahnya panggilan 'akak' ditujukan kepada anda sekarang atau 'makcik' pada masa akan datang itu menandakan anda itu dikategorikan sebagai insan yang lebih matang? Haa.

Mungkin dengan meninggalkan komik dan membaca bahan bacaan yang lain itu matang bagi anda.
Mungki…

Dia; bukan tajuk sebuah lagu.

Dia,
Kalau sms wajib tulis ayat penuh. Skema, kan? Siap dengan emoticon lagi.
Tapi aku suka baca sms dia, bagi aku sms dia cute.
Walaupun aku selalu tegur dia jangan taip sms dengan lengkap macam tu.
Hehe, teruk kan?

Dia,
selalu on je kalau diajak shopping di kedai buku.
Dia orang seni. Aku pun suka seni.
Tapi aku tak boleh baca buku pilihan dia. Bukan tak cuba.
Dah cuba baca tapi mesti sakit kepala. Sastera, metafora, dan hiperbola sangaaaaaaaat!
Dan akhirnya, kebanyakan buku-buku dia aku tak habis baca atau sekadar scanning sahaja.
Ha.

Dia,
kalau buat nota; kemas, berwarna-warni & menarik!

Dia,
bakal menduduki SPM tahun ini. Buat yang terbaik ye!

Dia,
lain daripada aku walaupun ada yang beritahu wajah kami macam fotostat.

Ehem!

Kalau cik rasa cik ini adalah 'dia'; sila offline sekarang. Buka buku, study, study!

"taklah kak _ _ _"  -suara hati dia.

-_-"

dah tahu dah.