Posts

Showing posts from 2013

kari birm.

Image
Belajar resipi masak kari di Birmingham (Birm).  Ada bermacam-macam langkah, petua, teknik yang perlu diikut.  Kalau nak dapat hasil yang terbaik mestilah  cuba buat sendiri,  banyak bersabar &  jangan gopoh. -S-

satu per lima.

Image
waktu pertama kali ke negara ini, aku tak tahu kemana nak pergi atau nak buat apa. tak kaji apa-apa pun mengenai negara ini sebelum kesini. ketika itu musim panas, betul-betul seminggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan. musim panas tapi bagiku sejuk. orang kata banyak tempat menarik untuk dilawati disini. jujur hati aku tak berminat untuk kemana-mana waktu tu. entah, hati seperti tiada 'rasa'.

di London ni terdapat banyak bas dua tingkat berbadan merah. merah pekat seperti logo manchester united atau merahnya 'red warrior'. disetiap bahagian kepala bas itu ada tertera nama destinasi yang dituju oleh bas berkenaan. di setiap penjuru jalan pasti ada bas berwarna merah ini. banyak.

sewaktu berjalan dengan adikku, mataku melekat melihat sebuah bas ini. terpampang 'trafalgar square' di hadapannya. dengan segera aku mengajak adikku bersama menaiki bas itu. walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang menarik disana. aku hanya ingin ke sana kerana destinasi ini ada didala…

double comot

aku nampak muka kau comot.
baju comot.
kain comot.
stokin pun comot.
semualah comot.
eee.. comotlah.
kemudian aku tersedar, yang aku nampak kau itu adalah pantulan cermin diri aku.
akulah yang comot.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain."
(HR At Tabbrani dari Anas ra.)

Tetapi ada seorang kawan selepas mendengar hadis ini bersuara, "tapi hadis itu untuk orang mukmin."
...........!
"aku ni ermm..... mukmin ke?"
double comot.

Keropok.

Paling muka ke kanan.  "Assalamualaikum warahmatullah." Paling muka ke kiri pula.  "Assalamualaikum warahmatullah." Hati tetiba bersuara. " Tadi aku solat ke atau aku 'exercise'?" -.-"
--jangan solat ibarat makan keropok. keropok habis dimakan tapi perut tak kenyang-kenyang.  (Buku: Khusyuk dalam solat)

Antara orang yang berjaya; "(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya." (23:2)

Statik

Hidup. Secara fizikal seperti dinamik. Bercakap. Makan. Beribadah. Bersukan. Belajar. Tidur. Tapi jiwa masih statik. Kosong. Jika tak pasti dalam hidup ini apa yang sepatutnya  dikejar  dan apa yang sedang  mengejar.
Tunggu apa lagi. Jomlah, main kejar-kejar!




yaaa abati.

Aku bercerita semua dengannya.
Selesa, terluah semuanya.
Dan bukan aku seorang sahaja ada habit yang sama.
Tak kira dimana dan pada waktu bila, dia selalu ada.

Sewaktu aku melintasi dapur, aku terdengar perbualan mereka.
Mama berbincang dengannya.

Sewaktu kami sekeluarga di dalam kereta menuju ke satu destinasi, aku dengar adik-adikku berkongsi masalah dengannya, minta pendapatnya.

Selang waktu, dia selalu menelefon ibunya dan cuba menunaikan kesemua permintaannya.

Di tempat kerja, aku percaya berlaku perkara yang sama.

Semua dilepaskan kepada dia, dia, dia & dia.
Pada siapa pula dia melepaskan semua beban di dada? ...

Aku yakin semua yang perkara dipikulnya di bawa hanyut dalam sujudnya.

Mohon Engkau permudahkan segala urusan dunia & akhiratnya.
Buat lelaki terhebat & terkacak ini.


Saya anak abah.

48 hari berlalu.

Walaupun kami kini berjauhan jarak dan masa, tapi aku teringin sekali bersama mereka di sana.
Di syurgaMu.

Ya Allah,
Perkenankanlah.


Alamak, homesick sudah.

Perasan si pendosa tegar.

Perasan ini itu untukku.

Hati mula perasan apabila pertama kali membacanya.
Ayat-ayat yang tersusun indah ini ditujukan untukku.
Untukku.

Aku akan berlari-lari untuk mendengarnya pada hari itu.
Berlari-lari bersama mereka, seiringan berpegangan tangan.
Akan aku menunggu-nunggu ungkapan lembut kalimah-kalimah itu.

Jangan Kau membisu.
Jangan Kau berpaling dariku.
Jangan Kau tutup pintu syurgaMu.

Aku mohon, jangan, ya Allah.
Jangan.

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr:27-30)
Pendosa tegar.

Sunyi tak wujud.

Image
Ketika semua semakin jauh.
Dia masih dekat.
Sangattt dekat.
(50:16)









perahsia.

apabila ada orang kata
"anda pandai!"
cepat-cepat apa yang kedua-dua telinga serap tadi diterjemahkan dengan
"hanya Kau sahaja, Ya Allah yang tahu betapa BODOHnya diri ini!"
agar pujian terpantul daripada hati.
kerana rahsia sebenar ke'pandai'an aku hanya Allah yang Maha tahu.

sepasang sayap yang insaf

Image
sayap aku mula tumbuh aku bayangkan ianya sepasang logiknya begitu, barulah seimbang permulaannya agak sukar terbang jatuh terbang jatuh lagi dan lagi tetapi apabila aku sedar keseronokan terbang ghairah bukan kepalang aku jadi semakin berani ku lebarkan sayap, merentasi benua melawan graviti membelah awan terbang untuk gapai langit biru perghh aku nampak bumi dengan lebih luas baru aku tahu bumi ini indah dan ianya melonjakkan aku untuk terbang  tinggi dan tinggi lagi.. hingga aku terlupa untuk berlatih merendahkan sayap pada waktunya berkicau sana berkicau sini pasal ilmu dunia yang baru aku terokai semua ini gara-gara angkuh dengan kehebatan mempunyai sepasang sayap. akhirnya aku sedar bukan salahnya sepasang sayap salah tuan punya diri mengemudi sayap-sayapnya.

"and lower to them the wing of humbleness out of mercy and say: 'my lord, be merciful to them, as they raised me since i was little'"
al isra':24

"...shame on you!...."  -ustadh nouman ali khan-

baru balik hantar adik d…

Pecahnya sepasang kasut kaca.

Image
Logik. Kita akan berlari apabila dikejar. Kita juga akan berlari apabila kita tahu ada sesuatu yang penting untuk dikejar. Tapi kita akan statik atau berlari tanpa arah tujuan jika kita tak pasti apa yang kita kejar. Kita juga akan statik atau berlari tanpa arah tujuan jika kita tak tahu ada yang mengejar.
Jika kita tak 'berlari' sekarang atau senang cerita kita malas untuk buat apa-apa, itu tandanya kita tak jelas apa yang kita perlu kejar & apa yang sedang mengejar kita.

Kita ialah apa yang kita rasa kita patut kejar & apa yang mengejar kita. Dan sebenarnya kita memang tahu apa yang sebenarnya kita patut kejar, dan apa yang kita patut lari daripadanya.
Jangan menipu diri sendiri. JANGAN. Dan jangan pernah berhenti  untuk 'berlari'.
Dari Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah  SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : “Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. …

senyumku hampa.

sekarang.
ramai orang suka tersenyum.
tapi bukan senyum sesama manusia.
senyum seorang diri.
khusyuk memandang skrin telefon pintarnya.
wassap sana, viber sini, mychat sana, gtalk sini.
hanyut ke dunia maya.
hingga tak perasan manusia lain di dunia yang nyata.

senyumku tak berbalas di koridor. hampa. "dah senyum je memanglah, cuba tegur." aiyak.

it's tough!

It is not "People first", Liyana.
It should be "Allah First"!

"What can I do,
Seriously,
I  need Allahu."

Pray.
Reprogram my brain
&
my heart.

Karipap Keju Arab

Dia : "Manusia itu diuji dengan masalah yang berbeza."

Saya : "Allah nak kita mendekati Dia sebab itu Dia beri kita ujian, berbeza mengikut kemampuan."

Kuatkan hatimu, kawan.
Berputus asa, Jangan!


mengunyah karipap keju versi arab. lembut menghirup air tin perisa pic, Ranii. manis.

Cinta tiga segi antara kita.

Ada Cinta antara kita.
Cinta yang bersegi tiga.
Aku. Allah. Kamu.

Berlapang dadalah, wahai jiwa.

Selamat mengharungi sem baru!
:) Yosh!

Ketika Dia menegurmu.

Tapak kasut tercabut.
Lupa letak kunci dimana.
Kad bank kena block sebab salah masuk no pin di atm.
Tersepak batu ketika berjalan.
Siku lengan terlanggar tiang. Kebas.
Markah result merudum. Frust.
Orang bersikap dingin dengan kita. Apa yang tak kena?
Hatta, tetiba terlibat dengan kemalangan kereta. ~

Dimana anda berada, Allah bersama.
Dengarlah dengan hati apabila Allah menegurmu secara halus,
secara halus dengan seremeh-remeh perkara sehingga seberat-berat ujian.
Dia memang dekat.

Redha.


Me, Hero?

Image
"The CAVE you FEAR to enter holds the TREASURE you SEEK!" Joseph Campbell.

"I want to be a Hero." Liyana. 27Jan2013

*Euphoria*

"Medicine was absent until Hippocrates created it, dead until Galen revived it, dispersed until Rhazes (al-Razi) collected it, and deficient until Avicenna (ibn Sina) completed it."
De Poure, European physician.
"Al Zahrawi, without doubt the chief of all surgeon,"
Pietro Argallata
"Avicenna (Ibn Sina), the most famous scientist of Islam and one of the most famous of all races, places and times."
George Sarton
The pulmonary circulation was correctly described by Ibn Nafis 300 years before William Harvey.

600 years before scientist in the West, al-Biruni correctly calculated the diameter of the Earth as 6339 km (3939 miles).

"I was fervently attached to the pursuit of the subtle science and persisted in the endeavor to arrive at the truth. The eyes of opinion located to me (to) distinguish myself in this beloved scince. Types of [machine] of great importance came to my notice, offering possibilities for types of marvellous control."
Al-Jazari, 1204
&…

Indahnya waktu

Aku rasa penantian itu bukan satu penyeksaan.

Tetapi penantian itu lebih mendidik aku tentang erti sebenar SABAR.

Indah kan? ;)

Sepasang kasut yang tak berkat.

Jumaat,10.00pagi. Duduk seorang diri. Menghadap komputer riba. Khusyuk jari jemari menari-nari laju diatas papan kekunci, meng-edit research proposal. Bertemankan secawan teh tarik, tinggal separuh cawan. Sekejap-sekejap aku menghirup teh tarik, terasa sudah sejuk beku di tiup kipas angin. Riuh suasana kafe tak diendah.

Di meja sebelah, empat orang lelaki dewasa berpakaian kemeja kemas seperti pekerja pejabat gayanya. Berborak rancak, bergelak sakan. Aku tak endah. Tapi untuk seketika, tanpa sedar entah bila pula telingaku membesar, mengintai kata-kata mereka walaupun kepala, badan dan jari masih berada di posisi yang sama. Aish, Busy body!

A : "Kasut aku hilang kat masjid time solat jumaat minggu lepas."
Seorang kawan dia menyampuk.
B : "Biasalah tu, kalau time solat jumaat kasut hilang."
Diam seketika. Dalam lima saat lepas tu.
A : "Tapi mungkin kasut tu tak berkat."
B, C & D serentak : "Kenapa pula?"
A : "Mungkin tak berkat sebab …

Black-out

Ketika waktu malam masih muda. Duduk dalam bilik. Seorang diri. Depan laptop, sibuk menyiapkan kerja. Jari jemari menaip laju papan kekunci. Kadang kala menghirup secawan kopi 3 in 1 yang dibancuh sebentar tadi. Agak suam suhunya, pahit tawar rasanya. Kadang kala pula mendongak ke siling mencari idea. Melihat kipas berbilah lima berpusing. Laju, bising membelah kesunyian. Terdengar pula sayup suara-suara bising di sebalik pintu bilik. Tak endah. Tak kisah. Jari jemari sibuk kembali meraba keyboard. Sambung kerja. Perah idea.

Tetiba, ... black out! Bilik gelap gulita.
Bateri laptop entah letak dimana. Handphone pula bateri kong. Kecewa.
Apa lagi, dengan penuh hati-hati, dalam gelap, mencari tombol pintu untuk di pulas, jumpa. Menguak pintu, keluar dari bilik, segera mata samar-samar melilau mencari kumpulan yang bising tadi. Menuju samar cahaya dihujung penjuru sana. Aha, jumpa! Berlari anak ke sana. Sampai juga. Duduk. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Pelik agaknya apabila d…