Posts

Showing posts from January, 2013

Me, Hero?

Image
"The CAVE you FEAR to enter holds the TREASURE you SEEK!" Joseph Campbell.

"I want to be a Hero." Liyana. 27Jan2013

*Euphoria*

"Medicine was absent until Hippocrates created it, dead until Galen revived it, dispersed until Rhazes (al-Razi) collected it, and deficient until Avicenna (ibn Sina) completed it."
De Poure, European physician.
"Al Zahrawi, without doubt the chief of all surgeon,"
Pietro Argallata
"Avicenna (Ibn Sina), the most famous scientist of Islam and one of the most famous of all races, places and times."
George Sarton
The pulmonary circulation was correctly described by Ibn Nafis 300 years before William Harvey.

600 years before scientist in the West, al-Biruni correctly calculated the diameter of the Earth as 6339 km (3939 miles).

"I was fervently attached to the pursuit of the subtle science and persisted in the endeavor to arrive at the truth. The eyes of opinion located to me (to) distinguish myself in this beloved scince. Types of [machine] of great importance came to my notice, offering possibilities for types of marvellous control."
Al-Jazari, 1204
&…

Indahnya waktu

Aku rasa penantian itu bukan satu penyeksaan.

Tetapi penantian itu lebih mendidik aku tentang erti sebenar SABAR.

Indah kan? ;)

Sepasang kasut yang tak berkat.

Jumaat,10.00pagi. Duduk seorang diri. Menghadap komputer riba. Khusyuk jari jemari menari-nari laju diatas papan kekunci, meng-edit research proposal. Bertemankan secawan teh tarik, tinggal separuh cawan. Sekejap-sekejap aku menghirup teh tarik, terasa sudah sejuk beku di tiup kipas angin. Riuh suasana kafe tak diendah.

Di meja sebelah, empat orang lelaki dewasa berpakaian kemeja kemas seperti pekerja pejabat gayanya. Berborak rancak, bergelak sakan. Aku tak endah. Tapi untuk seketika, tanpa sedar entah bila pula telingaku membesar, mengintai kata-kata mereka walaupun kepala, badan dan jari masih berada di posisi yang sama. Aish, Busy body!

A : "Kasut aku hilang kat masjid time solat jumaat minggu lepas."
Seorang kawan dia menyampuk.
B : "Biasalah tu, kalau time solat jumaat kasut hilang."
Diam seketika. Dalam lima saat lepas tu.
A : "Tapi mungkin kasut tu tak berkat."
B, C & D serentak : "Kenapa pula?"
A : "Mungkin tak berkat sebab …

Black-out

Ketika waktu malam masih muda. Duduk dalam bilik. Seorang diri. Depan laptop, sibuk menyiapkan kerja. Jari jemari menaip laju papan kekunci. Kadang kala menghirup secawan kopi 3 in 1 yang dibancuh sebentar tadi. Agak suam suhunya, pahit tawar rasanya. Kadang kala pula mendongak ke siling mencari idea. Melihat kipas berbilah lima berpusing. Laju, bising membelah kesunyian. Terdengar pula sayup suara-suara bising di sebalik pintu bilik. Tak endah. Tak kisah. Jari jemari sibuk kembali meraba keyboard. Sambung kerja. Perah idea.

Tetiba, ... black out! Bilik gelap gulita.
Bateri laptop entah letak dimana. Handphone pula bateri kong. Kecewa.
Apa lagi, dengan penuh hati-hati, dalam gelap, mencari tombol pintu untuk di pulas, jumpa. Menguak pintu, keluar dari bilik, segera mata samar-samar melilau mencari kumpulan yang bising tadi. Menuju samar cahaya dihujung penjuru sana. Aha, jumpa! Berlari anak ke sana. Sampai juga. Duduk. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Pelik agaknya apabila d…