Posts

Showing posts from February, 2013

Karipap Keju Arab

Dia : "Manusia itu diuji dengan masalah yang berbeza."

Saya : "Allah nak kita mendekati Dia sebab itu Dia beri kita ujian, berbeza mengikut kemampuan."

Kuatkan hatimu, kawan.
Berputus asa, Jangan!


mengunyah karipap keju versi arab. lembut menghirup air tin perisa pic, Ranii. manis.

Cinta tiga segi antara kita.

Ada Cinta antara kita.
Cinta yang bersegi tiga.
Aku. Allah. Kamu.

Berlapang dadalah, wahai jiwa.

Selamat mengharungi sem baru!
:) Yosh!

Ketika Dia menegurmu.

Tapak kasut tercabut.
Lupa letak kunci dimana.
Kad bank kena block sebab salah masuk no pin di atm.
Tersepak batu ketika berjalan.
Siku lengan terlanggar tiang. Kebas.
Markah result merudum. Frust.
Orang bersikap dingin dengan kita. Apa yang tak kena?
Hatta, tetiba terlibat dengan kemalangan kereta. ~

Dimana anda berada, Allah bersama.
Dengarlah dengan hati apabila Allah menegurmu secara halus,
secara halus dengan seremeh-remeh perkara sehingga seberat-berat ujian.
Dia memang dekat.

Redha.