Posts

Showing posts from November, 2013

yaaa abati.

Aku bercerita semua dengannya.
Selesa, terluah semuanya.
Dan bukan aku seorang sahaja ada habit yang sama.
Tak kira dimana dan pada waktu bila, dia selalu ada.

Sewaktu aku melintasi dapur, aku terdengar perbualan mereka.
Mama berbincang dengannya.

Sewaktu kami sekeluarga di dalam kereta menuju ke satu destinasi, aku dengar adik-adikku berkongsi masalah dengannya, minta pendapatnya.

Selang waktu, dia selalu menelefon ibunya dan cuba menunaikan kesemua permintaannya.

Di tempat kerja, aku percaya berlaku perkara yang sama.

Semua dilepaskan kepada dia, dia, dia & dia.
Pada siapa pula dia melepaskan semua beban di dada? ...

Aku yakin semua yang perkara dipikulnya di bawa hanyut dalam sujudnya.

Mohon Engkau permudahkan segala urusan dunia & akhiratnya.
Buat lelaki terhebat & terkacak ini.


Saya anak abah.

48 hari berlalu.

Walaupun kami kini berjauhan jarak dan masa, tapi aku teringin sekali bersama mereka di sana.
Di syurgaMu.

Ya Allah,
Perkenankanlah.


Alamak, homesick sudah.

Perasan si pendosa tegar.

Perasan ini itu untukku.

Hati mula perasan apabila pertama kali membacanya.
Ayat-ayat yang tersusun indah ini ditujukan untukku.
Untukku.

Aku akan berlari-lari untuk mendengarnya pada hari itu.
Berlari-lari bersama mereka, seiringan berpegangan tangan.
Akan aku menunggu-nunggu ungkapan lembut kalimah-kalimah itu.

Jangan Kau membisu.
Jangan Kau berpaling dariku.
Jangan Kau tutup pintu syurgaMu.

Aku mohon, jangan, ya Allah.
Jangan.

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr:27-30)
Pendosa tegar.