Posts

Showing posts from December, 2013

kari birm.

Image
Belajar resipi masak kari di Birmingham (Birm).  Ada bermacam-macam langkah, petua, teknik yang perlu diikut.  Kalau nak dapat hasil yang terbaik mestilah  cuba buat sendiri,  banyak bersabar &  jangan gopoh. -S-

satu per lima.

Image
waktu pertama kali ke negara ini, aku tak tahu kemana nak pergi atau nak buat apa. tak kaji apa-apa pun mengenai negara ini sebelum kesini. ketika itu musim panas, betul-betul seminggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan. musim panas tapi bagiku sejuk. orang kata banyak tempat menarik untuk dilawati disini. jujur hati aku tak berminat untuk kemana-mana waktu tu. entah, hati seperti tiada 'rasa'.

di London ni terdapat banyak bas dua tingkat berbadan merah. merah pekat seperti logo manchester united atau merahnya 'red warrior'. disetiap bahagian kepala bas itu ada tertera nama destinasi yang dituju oleh bas berkenaan. di setiap penjuru jalan pasti ada bas berwarna merah ini. banyak.

sewaktu berjalan dengan adikku, mataku melekat melihat sebuah bas ini. terpampang 'trafalgar square' di hadapannya. dengan segera aku mengajak adikku bersama menaiki bas itu. walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang menarik disana. aku hanya ingin ke sana kerana destinasi ini ada didala…

double comot

aku nampak muka kau comot.
baju comot.
kain comot.
stokin pun comot.
semualah comot.
eee.. comotlah.
kemudian aku tersedar, yang aku nampak kau itu adalah pantulan cermin diri aku.
akulah yang comot.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain."
(HR At Tabbrani dari Anas ra.)

Tetapi ada seorang kawan selepas mendengar hadis ini bersuara, "tapi hadis itu untuk orang mukmin."
...........!
"aku ni ermm..... mukmin ke?"
double comot.

Keropok.

Paling muka ke kanan.  "Assalamualaikum warahmatullah." Paling muka ke kiri pula.  "Assalamualaikum warahmatullah." Hati tetiba bersuara. " Tadi aku solat ke atau aku 'exercise'?" -.-"
--jangan solat ibarat makan keropok. keropok habis dimakan tapi perut tak kenyang-kenyang.  (Buku: Khusyuk dalam solat)

Antara orang yang berjaya; "(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya." (23:2)

Statik

Hidup. Secara fizikal seperti dinamik. Bercakap. Makan. Beribadah. Bersukan. Belajar. Tidur. Tapi jiwa masih statik. Kosong. Jika tak pasti dalam hidup ini apa yang sepatutnya  dikejar  dan apa yang sedang  mengejar.
Tunggu apa lagi. Jomlah, main kejar-kejar!