Posts

Showing posts from 2014

Cukup bagiku

Cukup bagiku.
The Muhibbain ft Lah.

Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang Kau tahu
Dari segala inginku

Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang Kau tahu
Dari segala pintaku


Kau memiliki diriku
Akulah hamba-Mu
Dan itu kebanggaanku


Aku masih tetap ada di pintu-Mu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku


Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang Kau tahu
Dari segalanya aku


Oh Tuhanku
Pintaku hanya pada-Mu


Bantulah aku melangkah untuk mendekati-Mu
Selalu tanpa jemu tanpa lelah cinta-Mu
Kerna segalanya aku ingin selalu bersama-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku

bukan penat.

"Jom, lumba!" Katanya dengan bersemangat.

"Jom, lumba!" Ajaknya selepas selang beberapa hari.

"Jom kak yna, kita lumba!" Laungnya lagi setelah beberapa minggu berlalu.

Tapi kini aku tak dengar lagi ajakanmu.

Rindu.

Walaupun tak jumpa, jauh dalam hati aku masih menyahut cabaranmu itu.

Janjilah kau akan selalu 'kuat' disitu.

Moga di garisan penamat kita kembali bertemu.

"Jom, akak tak pernah serik untuk berhenti berlumba!"

(3:133)

pintu kayu di BQ

apabila berhadapan dengan si pemalu,
'raja' bertambah malu untuk tidak berkelakuan malu,
'rakyat' pun tertunduk akur membisu,
lantaran mata tersilau dek cahaya iman si pemalu.



...&malubiarbertempat.

Siapa aku untuk me'rampas' selendangMu

sedar.

aku hanya bertambah kuat,
apabila aku mengaku lemah dihadapanNya.


selamanyaakuhambaNya

berani untuk salah

Sejak dari kecil selalu dengar ayat ini,

"Berani kerana benar."

Tak pernah pula disuruh untuk berani melakukan kesalahan.
Tetapi hari ini aku disuruh pula untuk itu.

....

Aku bingung.

Apabila dah selalu dalam kepompong selesa, susah nak keluar untuk meneroka dunia baru. Terang-terang masalahnya bukan terletak pada dunia baru tetapi masalah dari dalam, raja yang mendiami diri. Raja yang degil berkeras, manakala para tentara kaku untuk patuh.

Hati!

Benarlah, bebas itu hanya akan dikecapi dengan berserah diri, bukan melarikan diri.

Sungguh, bukan!


kiniakurelauntuk ad-din(berserahdiri)

bukan lagi rahsia.

Image
JaulahdiSheffield 13-14Sept2014

maaf, aku tak dapat nak sembunyikan.

Semalam menjemput kawan di Terminal 4, Heathrow Airport. Dia terpaksa menungguku selama 2 jam lebih selepas penerbangan selama berbelas jam dengan penerbangan MAS. Dengan mukanya yang ketara ke-'jetlag'-an itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja ke central London. (Tips : Jangan naik teksi yang ala british tu, mahal.)
Disebabkan kami dah lama tak jumpa, banyaklah bercerita sewaktu dalam perjalanan ke teksi tu. Dan mungkin kerana dah terbiasa, lidah melayu Islam ni kan, waktu berborak mestilah menyebut, 'Ya Allah', 'Alhamdulilah', 'In sha Allah' etc, menyebabkan pemandu teksi tu tetiba bertanya adakah kami Muslim. Dia pun Islam katanya, berasal daripada Pakistan. Selepas seketika dia minta izin untuk hisap rokok dalam kereta (fakta: aku sangatlah tak suka asap rokok). Kami pun sambung borak. Kemudian, dia tetiba bersuara tentang orang tempatan tak suka Muslim, diskriminasi dan lain-lain. Dia bercakap sambil sekali sekala memandang aku m…

Shhh...

Shhh..

Jeritan demi jeritan!

Kau tak perasan ke?
                                                                   I'm Your Hope
[English]
You are the hope for our globe
Don't give up nor despair
There's nothing you can't repair
You can change this world to a better world
With your souls, with your souls
Do not harm me, I am your truth
Do not kill me, for I'm your youth
I am your hope, I am your truth
I'm your faith, I'm your youth

[Arabic]
Bilqawli walamal, antumul-amal
With words and action, you are the hope

Salimhum ya rabb
Grant them peace oh lord, grant them peace oh lord

Bil-ilmi wal-qalam, yudfa'u-l'alam
Through knowledge and the might of the pen, pain will be pushed aside

La tansani ana dhameeruk
Don't forget me for I'm your conscience

La tu'dhini ana shababuk
Don't harm me I'm your youth

Salimhum ya rabb
Grant them peace oh lord, grant them peace oh lord

mabuk

tak tahu kenapa, kalau balik lewat malam aku benci dengan suasana dalam tube, luar tube, tepi tube.
yang telingaku tangkap hanya gelak ketawa berdekah dekah lelaki wanita,
gelak tawa yang menipu,
gelak tawa yang palsu,
gelak tawa yang sementara,
gelak tawa yang aku benci,
menyakitkan hati,
dalam diam aku benci pada diri,
hanya berlalu seperti tiada apa yang berlaku.

aku...

'diam' bukan lagi solusi.
ubah-lah diri.

alternatif bagi diam.

suara, apa yang kau buru? jangan kau lantang untuk membunuh. jangan pula kau bisu untuk melumpuh. fikir sebelum menyesal.
gerun pada maksud surah alhumazah. pendek tapi padat.
bagi bicara yang mengata depan atau belakang balasannya hati dibakar rakus oleh api hutamah, kenapa hati yang difokuskan? bukan lidah, bukan mulut, bukan kerongkong.
kerana lidah yang bersuara bersumberkan hati.
... hai, apa khabar hati?

---------------------------------------------------------------------------------------------------- kadang-kadang ada penyesalan apabila huruf-huruf yang berkumpul di kerongkongan  aku simpan, kunyah dan telan sendiri. 
kini aku luahkan sedikit huruf-huruf yang terpendam ke sini dan ke champak. Tetapi maaflah, tak semua huruf-huruf itu tercampak; kerana aku ada Dia.  


hilang ii

Sambungan daripada hilang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Serpentine Lake,
10.05 am, 31th March 2014

pagi ini cuaca cerah. tak panas sangat, tak sejuk sangat. selesa. aku duduk di atas bangku kayu. sengaja aku mencari bangku yang jauh daripada rimbunan pokok, aku ingin merasai kepanasan matahari.

kelihatan gelagat itik dan angsa beraksi di atas tasik, burung merpati pula terbang berkejaran di langit, berlarian anjing-anjing comel di daratan. kelihatan juga bunga-bunga pelbagai warna, pelbagai spesies. pagi yang segar, musim bunga yang indah. nyaman.

"Apa yang kau cari disini?" aku memulakan perbicaraan. kami hanya diam membisu sejak tiba disini.

dia hanya mengjungkitkan bahunya.

"Orang hanya cari benda yang hilang, Mirul."

"Kalau benda tu tak hilang?" dia mula bersuara membuatkan aku tersenyum.

"Mana ada orang cari benda yang tak hilang. Kalau.."

"Aku cari kau.&q…

Travelog #1 Bau Ikan.

Image
Subuh 3.40 am
Bertolak 4.30 am
Tiba 5.00 am


Billingsgate Market; tempat menjual haiwan laut secara borong dengan harga murah. Waktu buka 4.30 -9.00 pagi. Jika anda ingin menganjurkan kenduri kendara atau nak buat rumah terbuka atau memiliki restoran makanan laut, elok sangatlah kesini. Kalau datang nak beli seekor dua ikan, harganya akan jadi mahal sedikit berbanding anda membeli sekotak ikan atau udang atau ketam.


Uniknya pekerja disini semuanya pakai baju ala-ala lab coat yang gayanya seperti sedang melaksanakan eksperimen kimia pula. Di bahagian pintu masuk pasar pula ada tiga orang polis yang menjaga. Mereka melarang kami bawa beg yang nak letak barang-barang pasar ni masuk ke dalam pasar, kena letak diluar. 


Ok cukuplah. Dah nama blog pun Secebis Nota je. Gambar terakhir yang aku rasa menarik dikongsi; pokok lampu isyarat yang terletak di kawasan hadapan pintu masuk.




pasarikanpuntravelogke?oh,dimanakahspacebar?

Sindrom tak berapa nak travelog.

In sha Allah, akhir bulan ini genap setahun aku disini. Pantas masa berlalu. Ada yang minta aku tulis mengenai pengalaman selama berada disini, ala-ala travelog gitu. Ok, mungkin inilah post pertama mengenainya.

Err, Ok. Mula.

 -.-"

Sesi pengakuan. Aku sebenarnya ada penyakit parah yang diberi nama sindrom YMSMK? Tuuuu... dia nama sindrom siap dengan tanda soal. Dah bunyi macam MSSKL pun ada. Padahal sukan tara waktu sekolah dulu tak pernah pun menyumbangkan mata. Kesian rumah biru. Eh.

YMSMK : Yang Melampau Sangat Malu-malu Dah Kenapa? --'

Sebab sindrom inilah post aku yang sebelum ini pendek-pendek belaka. Sebab sindrom ini jugalah facebook tak ter-update lama. Sebab ini jugalah banyak post yang diperam tak tahu nak publish bila. --"

Tapi mungkin inilah antara hikmahnya Allah champak-kan (kelihatan iklan disitu :p) aku disini, tempat yang tak pernah ada dalam wishlist 'negara-negara yang ingin aku lawati' pun selama ini. Hikmahnya aku rasa mungkin akan dapat me…

inspirasi

"buat sesuatu untuk memanfaatkan orang ramai,
inshallah yang lain akan datang......"

(21: 107)

Sepetang bersama Prof Zainuddin

Reka-han

Masa hanya berbaki lima minit.
Semakin laju pergerakan tangan, semakin berbelit-belit huruf-huruf digores-goreskan.
Arghhh...!

"Time's up."

12.00 tengah hari. Tiga jam sudah berakhir. Alhamdulilah.

"Macam mana?" suara daripada meja sebelah.

Invigilators giat bergerak mengutip kertas jawapan daripada sebuah meja ke meja yang lain.

"Aku rasa macam nak jadi doktor-lah."

"Kenapa pula?"

"Tak tahulah lecturer dapat baca ke tak tulisan aku tadi, buruk betul."

"Heh, baguslah."

"Part mana yang bagus?"

Invigilators mula mengira bilangan kertas jawapan. Suasanadewanni dah macam bazaar Ramadhan.

"Ada cita-cita nak jadi doktor. Aku sampai sekarang tak tahu lagi nak jadi apa bila dah grad nanti."

"Heh."

Muhandis ni memang pelik sket.

"You may go now."

Masing-masing mula bergerak meninggalkan dewan. Aku mula mengosongkan meja, mengutip semua yang terletak diatasnya, sekeping kad matrik, sehelai exam…

atlas.

ada seorang adik ini yang baru dikenali tumpang tidur dirumah semalaman. keesokan paginya dia melihat buku-buku yang tersusun di atas mejaku sambil cuba meneka bidang apa yang sedang aku pelajari.

"kak yna ni course .... erm.."

aku biarkan dia melengkapkan ayatnya yang tergantung itu. saja tak nak kusambung, menarik juga nak tahu apa yang orang fikirkan mengenai kita hanya melalui barang-barang kepunyaan kita. berdebar pula rasanya.

"... geography eyh?"

geli hatiku, nak gelak tapi ditahan-tahan. hanya tersengih sahaja yang mampu aku hadiahkan. pernah juga ada yang mengatakan aku pelajar perubatan. aku tak sehebat itu, kawan. situasi-situasi begini membuatkan aku bertambah percaya yang 'penyamaran' aku berjaya. heh!

buku atlas itu memang besar, jadi dia kelihatan menonjol daripada yang lain. baru sahaja beli buku itu tahun ini di Harrods. ada discount, itu yang laju beli tu. impian. tapi sumpah mungkin tak pergi lagi kut tempat macam itu, macam membeli belah…

redhaNya.

Image
"I am happy when my children are successful and happy." mama

私の夢の一つは、日本を訪問することです

Image
唯一彼が最も美しいです
京都ガーデン、  ホランド·パーク、ロンドン  (セントラル線:ホランドパーク駅)  190414
[Google翻訳からコピー]
:p

hilang

suatu malam.

dia yang baru pulang dari kota tadi bergegas mendaki anak tangga rumah meluru masuk ke bilik. tanpa menekan suis lampu segera dia duduk di atas kerusi mengadap meja belajarnya. beg sandangnya diletakkan dibawah, disandarkan pada kaki-kaki kerusi. segera dibuka komputer ribanya yang terletak diatas mejanya itu.

sebuah bilik. seorang diri. malam diluar gelap diterangi cahaya bulan. bintang-bintang tidak kelihatan. biliknya juga gelap hanya samar-samar diterangi cahaya daripada skrin empat segi sebuah komputer riba.
kini dia hanya merenung skrin bersegi empat itu. jari jemarinya yang dilabuhkan diatas papan kekunci, tidak menari-nari seperti tadi. 
kaku,  tak bergerak,  sunyi. 
raut wajahnya hampa dengan hasil carian daripada laman carian Google. bukan kerana tiada hasil. lapan puluh empat juta lapan ratus ribu hasil carian tetapi satu pun dia tak berkenan. 
kosong.  tak bermakna. kecewa!
tiga huruf yang dia cari.
hanya tiga. hilang.  tak jumpa.

A-K-U.

-------


bila aku bertan…

be muhsin

Image
be beauty.
london central mosque.
120414

sensitif.

kawanku kata hati itu sensor,
baik buruk dia beri rasa.
sensitif.

hatiku berdebar apabila melakukan dosa,
hatiku berdebar juga untuk melakukan kebaikan,

shh...tolonglah jangan menganggu kesensitifan sensorku,
berhentilah berbisik.
aku rayu.

setia menunggu

aku yakin, aku benar-benar yakin, ayat yang sama Kau ulang sebanyak dua kali, {94:5-6} Kau janji dua kali, dua kali. jadi aku setia menelan pahitnya rasa, aku setia menunggunya masa; untuk mendapat dua kali bahagia.
cukup, aku percaya!

suara yang dirindu

Image
terasa sunyi langit, terasa sepi hati, rindu pada suara itu, suara yang memanggil untuk menyahut panggilanMu, suara azan.
berulang-ulang aku ingatkan, apabila langit sepi tanpa azan, jangan sekali-kali kau ketepikan Tuhan! aku benar-benar risau.
musim bunga, selamat datang!

pantulan Cahaya

diam-diam aku mengintai disebalik pintumu yang terbuka,
aku rasa tenang memandang wajah yang terpantul daripada cermin almarimu,
wajah selepas solat,
wajah seorang hamba.




sekeping kad semanis coklat.

Image
kuat!

leburkan.

Image
Rasulullah s.w.w bersabda, yang bermaksud: “Tidak patut dinamakan beriman, orang yang tidur malam dalam keadaan kenyang sedang jiran yang berada berhampirannya dalam keadaan lapar, sedangkan ia mengetahuinya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)




bisik.

Buat doa-doa yang tersembunyi.
Jazakillahu khair.
:')