Posts

Showing posts from April, 2014

atlas.

ada seorang adik ini yang baru dikenali tumpang tidur dirumah semalaman. keesokan paginya dia melihat buku-buku yang tersusun di atas mejaku sambil cuba meneka bidang apa yang sedang aku pelajari.

"kak yna ni course .... erm.."

aku biarkan dia melengkapkan ayatnya yang tergantung itu. saja tak nak kusambung, menarik juga nak tahu apa yang orang fikirkan mengenai kita hanya melalui barang-barang kepunyaan kita. berdebar pula rasanya.

"... geography eyh?"

geli hatiku, nak gelak tapi ditahan-tahan. hanya tersengih sahaja yang mampu aku hadiahkan. pernah juga ada yang mengatakan aku pelajar perubatan. aku tak sehebat itu, kawan. situasi-situasi begini membuatkan aku bertambah percaya yang 'penyamaran' aku berjaya. heh!

buku atlas itu memang besar, jadi dia kelihatan menonjol daripada yang lain. baru sahaja beli buku itu tahun ini di Harrods. ada discount, itu yang laju beli tu. impian. tapi sumpah mungkin tak pergi lagi kut tempat macam itu, macam membeli belah…

redhaNya.

Image
"I am happy when my children are successful and happy." mama

私の夢の一つは、日本を訪問することです

Image
唯一彼が最も美しいです
京都ガーデン、  ホランド·パーク、ロンドン  (セントラル線:ホランドパーク駅)  190414
[Google翻訳からコピー]
:p

hilang

suatu malam.

dia yang baru pulang dari kota tadi bergegas mendaki anak tangga rumah meluru masuk ke bilik. tanpa menekan suis lampu segera dia duduk di atas kerusi mengadap meja belajarnya. beg sandangnya diletakkan dibawah, disandarkan pada kaki-kaki kerusi. segera dibuka komputer ribanya yang terletak diatas mejanya itu.

sebuah bilik. seorang diri. malam diluar gelap diterangi cahaya bulan. bintang-bintang tidak kelihatan. biliknya juga gelap hanya samar-samar diterangi cahaya daripada skrin empat segi sebuah komputer riba.
kini dia hanya merenung skrin bersegi empat itu. jari jemarinya yang dilabuhkan diatas papan kekunci, tidak menari-nari seperti tadi. 
kaku,  tak bergerak,  sunyi. 
raut wajahnya hampa dengan hasil carian daripada laman carian Google. bukan kerana tiada hasil. lapan puluh empat juta lapan ratus ribu hasil carian tetapi satu pun dia tak berkenan. 
kosong.  tak bermakna. kecewa!
tiga huruf yang dia cari.
hanya tiga. hilang.  tak jumpa.

A-K-U.

-------


bila aku bertan…

be muhsin

Image
be beauty.
london central mosque.
120414