Posts

Showing posts from August, 2014

Shhh...

Shhh..

Jeritan demi jeritan!

Kau tak perasan ke?
                                                                   I'm Your Hope
[English]
You are the hope for our globe
Don't give up nor despair
There's nothing you can't repair
You can change this world to a better world
With your souls, with your souls
Do not harm me, I am your truth
Do not kill me, for I'm your youth
I am your hope, I am your truth
I'm your faith, I'm your youth

[Arabic]
Bilqawli walamal, antumul-amal
With words and action, you are the hope

Salimhum ya rabb
Grant them peace oh lord, grant them peace oh lord

Bil-ilmi wal-qalam, yudfa'u-l'alam
Through knowledge and the might of the pen, pain will be pushed aside

La tansani ana dhameeruk
Don't forget me for I'm your conscience

La tu'dhini ana shababuk
Don't harm me I'm your youth

Salimhum ya rabb
Grant them peace oh lord, grant them peace oh lord

mabuk

tak tahu kenapa, kalau balik lewat malam aku benci dengan suasana dalam tube, luar tube, tepi tube.
yang telingaku tangkap hanya gelak ketawa berdekah dekah lelaki wanita,
gelak tawa yang menipu,
gelak tawa yang palsu,
gelak tawa yang sementara,
gelak tawa yang aku benci,
menyakitkan hati,
dalam diam aku benci pada diri,
hanya berlalu seperti tiada apa yang berlaku.

aku...

'diam' bukan lagi solusi.
ubah-lah diri.

alternatif bagi diam.

suara, apa yang kau buru? jangan kau lantang untuk membunuh. jangan pula kau bisu untuk melumpuh. fikir sebelum menyesal.
gerun pada maksud surah alhumazah. pendek tapi padat.
bagi bicara yang mengata depan atau belakang balasannya hati dibakar rakus oleh api hutamah, kenapa hati yang difokuskan? bukan lidah, bukan mulut, bukan kerongkong.
kerana lidah yang bersuara bersumberkan hati.
... hai, apa khabar hati?

---------------------------------------------------------------------------------------------------- kadang-kadang ada penyesalan apabila huruf-huruf yang berkumpul di kerongkongan  aku simpan, kunyah dan telan sendiri. 
kini aku luahkan sedikit huruf-huruf yang terpendam ke sini dan ke champak. Tetapi maaflah, tak semua huruf-huruf itu tercampak; kerana aku ada Dia.  


hilang ii

Sambungan daripada hilang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Serpentine Lake,
10.05 am, 31th March 2014

pagi ini cuaca cerah. tak panas sangat, tak sejuk sangat. selesa. aku duduk di atas bangku kayu. sengaja aku mencari bangku yang jauh daripada rimbunan pokok, aku ingin merasai kepanasan matahari.

kelihatan gelagat itik dan angsa beraksi di atas tasik, burung merpati pula terbang berkejaran di langit, berlarian anjing-anjing comel di daratan. kelihatan juga bunga-bunga pelbagai warna, pelbagai spesies. pagi yang segar, musim bunga yang indah. nyaman.

"Apa yang kau cari disini?" aku memulakan perbicaraan. kami hanya diam membisu sejak tiba disini.

dia hanya mengjungkitkan bahunya.

"Orang hanya cari benda yang hilang, Mirul."

"Kalau benda tu tak hilang?" dia mula bersuara membuatkan aku tersenyum.

"Mana ada orang cari benda yang tak hilang. Kalau.."

"Aku cari kau.&q…

Travelog #1 Bau Ikan.

Image
Subuh 3.40 am
Bertolak 4.30 am
Tiba 5.00 am


Billingsgate Market; tempat menjual haiwan laut secara borong dengan harga murah. Waktu buka 4.30 -9.00 pagi. Jika anda ingin menganjurkan kenduri kendara atau nak buat rumah terbuka atau memiliki restoran makanan laut, elok sangatlah kesini. Kalau datang nak beli seekor dua ikan, harganya akan jadi mahal sedikit berbanding anda membeli sekotak ikan atau udang atau ketam.


Uniknya pekerja disini semuanya pakai baju ala-ala lab coat yang gayanya seperti sedang melaksanakan eksperimen kimia pula. Di bahagian pintu masuk pasar pula ada tiga orang polis yang menjaga. Mereka melarang kami bawa beg yang nak letak barang-barang pasar ni masuk ke dalam pasar, kena letak diluar. 


Ok cukuplah. Dah nama blog pun Secebis Nota je. Gambar terakhir yang aku rasa menarik dikongsi; pokok lampu isyarat yang terletak di kawasan hadapan pintu masuk.




pasarikanpuntravelogke?oh,dimanakahspacebar?

Sindrom tak berapa nak travelog.

In sha Allah, akhir bulan ini genap setahun aku disini. Pantas masa berlalu. Ada yang minta aku tulis mengenai pengalaman selama berada disini, ala-ala travelog gitu. Ok, mungkin inilah post pertama mengenainya.

Err, Ok. Mula.

 -.-"

Sesi pengakuan. Aku sebenarnya ada penyakit parah yang diberi nama sindrom YMSMK? Tuuuu... dia nama sindrom siap dengan tanda soal. Dah bunyi macam MSSKL pun ada. Padahal sukan tara waktu sekolah dulu tak pernah pun menyumbangkan mata. Kesian rumah biru. Eh.

YMSMK : Yang Melampau Sangat Malu-malu Dah Kenapa? --'

Sebab sindrom inilah post aku yang sebelum ini pendek-pendek belaka. Sebab sindrom ini jugalah facebook tak ter-update lama. Sebab ini jugalah banyak post yang diperam tak tahu nak publish bila. --"

Tapi mungkin inilah antara hikmahnya Allah champak-kan (kelihatan iklan disitu :p) aku disini, tempat yang tak pernah ada dalam wishlist 'negara-negara yang ingin aku lawati' pun selama ini. Hikmahnya aku rasa mungkin akan dapat me…