Posts

Showing posts from September, 2014

Siapa aku untuk me'rampas' selendangMu

sedar.

aku hanya bertambah kuat,
apabila aku mengaku lemah dihadapanNya.


selamanyaakuhambaNya

berani untuk salah

Sejak dari kecil selalu dengar ayat ini,

"Berani kerana benar."

Tak pernah pula disuruh untuk berani melakukan kesalahan.
Tetapi hari ini aku disuruh pula untuk itu.

....

Aku bingung.

Apabila dah selalu dalam kepompong selesa, susah nak keluar untuk meneroka dunia baru. Terang-terang masalahnya bukan terletak pada dunia baru tetapi masalah dari dalam, raja yang mendiami diri. Raja yang degil berkeras, manakala para tentara kaku untuk patuh.

Hati!

Benarlah, bebas itu hanya akan dikecapi dengan berserah diri, bukan melarikan diri.

Sungguh, bukan!


kiniakurelauntuk ad-din(berserahdiri)

bukan lagi rahsia.

Image
JaulahdiSheffield 13-14Sept2014

maaf, aku tak dapat nak sembunyikan.

Semalam menjemput kawan di Terminal 4, Heathrow Airport. Dia terpaksa menungguku selama 2 jam lebih selepas penerbangan selama berbelas jam dengan penerbangan MAS. Dengan mukanya yang ketara ke-'jetlag'-an itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja ke central London. (Tips : Jangan naik teksi yang ala british tu, mahal.)
Disebabkan kami dah lama tak jumpa, banyaklah bercerita sewaktu dalam perjalanan ke teksi tu. Dan mungkin kerana dah terbiasa, lidah melayu Islam ni kan, waktu berborak mestilah menyebut, 'Ya Allah', 'Alhamdulilah', 'In sha Allah' etc, menyebabkan pemandu teksi tu tetiba bertanya adakah kami Muslim. Dia pun Islam katanya, berasal daripada Pakistan. Selepas seketika dia minta izin untuk hisap rokok dalam kereta (fakta: aku sangatlah tak suka asap rokok). Kami pun sambung borak. Kemudian, dia tetiba bersuara tentang orang tempatan tak suka Muslim, diskriminasi dan lain-lain. Dia bercakap sambil sekali sekala memandang aku m…