Posts

Showing posts from 2015

radio.

kadang-kadang aku dah tahu caranya,
jalannya,
penyelesaiannya.
cuma aku pilih kamu,
untuk bercerita,
moga kau dengar,
jangan risau, dengar sahaja.
aku lega.

jadi apabila ada yang datang bercerita padaku pula,
aku cuba dengar,
tak berkata,
hanya dengar,
tak menghukum,
hanya dengar.

mendengar,
didengari.
aku disisi.

Tiada disini

Tenang, dicari-cari.

Langit indah menyuarakan "sebiru hari ini", hati pula menyanyikan "seharu-biru hati ini". Heh!

Tenang, tak mudah.

Nafsu yang selalu tumbuh, hidup meliar memeluk erat hati perlu kerap dicantas-cantas. Tak semua rajin beb!

Tenang, ditemui.

Warna-warna alam. Alunan air yang menenangkan.

Daripada huruf-huruf hingga terbentuknya perkataan.
Daripada kosong, tahu kepada faham.
Daripada bertatih, berjalan, berlari dan hingga 'terbang' tinggi.
Daripada senyum, tawa, malahan berduka, tak pernah dia berputus asa denganku.

Sabar & yakin.

Maaf kerana
bukan sekadar ahhh,
eh, ei, aii, ohh, uu pun pernah terkeluar.

Maaf kerana
bukan sekadar tawa,
tangisan pun pernah.
Secara terang
mahupun secara sembunyi.

tingginya martabatmu disisi Tuhan
untukku ke syurga,
perlukan redhamu.


ps: summer, al maklum. --"

Matahari muncul :)

Hari itu hari sabtu. Hari itu langit biru. Indah. Mata suka sangat membelek-belek awan di luar tingkap besar tu selepas letih selepas sejam lebih melekat pada skrin komputer. Segar mata rasa, hati pula sempat memujuk, "selalu-selalulah indah seperti langit itu". Langit disini kurang bersuara. Pandai-pandailah menjaga masa, takut terlajak pula nanti.

'Cukuplah.' Bingkas hati. Terus berdiri dan bersedia keluar pergi.

"Jom, solat." Pelat seorang pemuda British berbangsa cina di hujung meja tetiba bersuara. Dia memang suka belajar bahasa melayu. Dia bukan Muslim.

"Jom." Layankan aja. Aku hanya tersenyum dan segera berlalu sendiri.    

'Prayer room' atau PR dengan bangunan aku tu dalam 5-6 minit perjalanan. Kalau jalan gaya British la. Kalau ala melayu lenggang ala lenggang kangkung tu, mahu sampai 10-15 minit. Dalam minit ke-4 aku akan melalui bangunan gimnasium dulu, kemudian selang beberapa tiang, barulah sampai ke PR. Sewaktu lalu di depan…

esok.

"... Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti)
apa yang akan dikerjakannya esok...."
Luqman :34


walaupun esok tak pasti,
usaha usah berhenti,


Nak dara rindu (versi London)

Nak dara rindu (versi London)

Di waktu malam, bulan mengambang
Sunyi damai, damai sungguh tidurku
Terdengar nan sayu "alarm" seribu
Membujuk rayu Panggilan merindu
Mimpi, tangguhkanlah dulu.

Di waktu malam, bulan purnama
Angin bayu kurasa bak meniup kencang
Membawakan khabar si hujan batu
Bermadah sayu, segeralah penuhkan ilmu
Nak dara rindu.

Thames River nan mengalirnya laju
Tarikan pasti manusia seluruh dunia
Teman se-London hai sedang dirindu
Inikan lagi jauh dimata.


'Nak dara rindu'- P Ramlee, lagu asal. Musim bunga,
Central London.
31052015
1453

Hanya satu lagi, 2017.

Image
"Begin with the end in mind." Royal Albert Hall. 2017.  Bersama abah & mama. 

Sesikat pisang.

1 : Haa...Pengat pisang! :)
2 : Cekodok?

1 : Erm, ce-ko-dok?
2 : Aah. Cekodok.
1:  Kalau pe-ngat-pisssss-
3 : Cekodok!
2 : =)
2&3 : Cekodok!

15 minit kemudian.

1 : Korang, cekodok!
2&3 : =)
1 : Err....=')

Negaraku.

Akhirnya, semalam selepas taip-taip.  Backspace sket,  Delete-delete, taip.  Enter. Erm..Satu perenggan, empat baris.  Err...tunggu apa lagi. Send!
Dan hari ini dia balas ringkas. "Sounds good."
:)

yang mana satu?

"Jika tak mampu berlumba dengan para shalihin dalam ibadahnya,
saingilah para pendosa dalam istighfarnya."
-Ibn Rajab Al-Hanbali-

"Bekerjalah untuk duniamu seukur dengan berapa lamanya kau akan tinggal di bumi.
Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seukur pula dengan berapa panjangnya kau akan hidup disana."
-Imam Sufyan Ats Tsaury-

"Siapa yang menyaksikan pada dirinya ada keadaan lemah, maka dia akan mencapai istiqamah.
Maka teruslah kau bermuhasabah, untuk melihat betapa lemah dan faqirnya dirimu.
Dengan begitu, kau akan berada dalam keadaan istiqamah selalu."
-Imam Asy-Syafi'i-

+Lapis-lapis keberkahan, Salim A Fillah.


dimana tersembunyinya cinta?

Adakah disebalik harta,
atau kesederhanaan ?

Adakah disebalik senyuman,
atau tangisan?

Adakah disebalik keamanan,
atau kekejaman?

Dimanakah sebenarnya cinta?
[~perghhhhhhh tajuk.]  <--- array="" matlab="" mode="" nbsp="">.<


Ketika Dr Maszlee datang memberi perspektif baru dalam politik islam di London baru-baru ini, mukadimahnya berkenaan dengan ..erm cinta. Cinta? Islam yang sepatutnya membawa rahmatan lilalamin itu sekarang terbungkus dengan hukum, hukum dan hukum semata. Haram, halal, sah, salah, bukan, bukan, haram (eh ulangan?) dan seumpama dengannya. Bukankah Rasulullah itu membawa cinta?

Dimanakah tersembunyinya cinta?

"Saya rasa macam bodoh duduk dalam ni, kak." Adik yang duduk disebelah bersuara.

Aku hanya menjawab dengan senyuman. Kerutan didahi segera disembunyikan. Malu. Dalam hati sebenarnya rasa diri ini bodoh juga. Banyak sangat nama-nama tokoh atau buku-buku tentang politik islam yang aku tak tahu. Memang ada pe…

kerja gila

"kita sedang buat kerja gila."

huh?

"tak semua orang nak buat kerja macam ni."

"gila tapi tetap teruskan."

kuat.

malah, moga ditambah kekuatan diatas kekuatan. [hud : lima dua]

akurlemah.

tulis.

aku perasan,
aku hanya banyak menulis ketika
aku- 'super-busy'.

'penat' tapi tak nak 'berhenti'. mohon doakan.


roda

ketika melihat kau. aku ternampak 'aku', satu pesanku, hargailah waktu!

jawapan.

aku tunggu. dia hanya diam. tersenyum disitu. dia memang begitu, suka tersenyum. soalan aku tak terjawab. aku tak faham. langsung.

hari ini baru aku faham, apabila aku pula hanya tersenyum melihat dia pula ternanti jawapan yang aku pernah nantikan. belum lagi. jawapannya bukan sekarang. ianya nanti-nanti. kau akan faham,  sendiri.

heh, misteri. terokalah sendiri. :)

Lapang.

94.

Lengkapnya 8.

Fokusnya 5 & 6.

Kerap dilupakan 7 & 8.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),  tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), & kepada Tuhanmulah engkau berharap." 94:7-8




Maryam

Image
A-Discover-Eeman-week-special berterabursegalagrammar ;p mogadirisekuatMaryam.

Hadiah akhir tahun

Mungkin aku boleh katakan seperti tiada pilihan. Mungkin aku boleh berikan beribu alasan. Tapi akhirnya aku yang memilih untuk meneruskan dan akhirnya aku bersyukur. Berada dalam keramaian, me'muncul'kan diri didepan orang ramai, menjawab hujah yang dari mereka yang bijak, berkata-kata dihadapan orang ramai, mendekati dengan orang yang ada nama, sungguuuuuuuhlah bukan aku. Gaduh gaduh (boxing day katakan) sungguh dengan aku yang 'selesa' itu untuk menjadi aku yang bukan aku-aku. Aku rasa orang lain tak faham sebab hadiah ini hanya untukku. Jadi jangan rasa sedih dengan apa yang Allah beri pada kita & jangan rasa orang lain dapat lebih daripada kita, hadiah yang sudah diberi itulah yang terbaik buat kita. Hadapilah!

sejakbilabermonologaish