Posts

Showing posts from December, 2015

radio.

kadang-kadang aku dah tahu caranya,
jalannya,
penyelesaiannya.
cuma aku pilih kamu,
untuk bercerita,
moga kau dengar,
jangan risau, dengar sahaja.
aku lega.

jadi apabila ada yang datang bercerita padaku pula,
aku cuba dengar,
tak berkata,
hanya dengar,
tak menghukum,
hanya dengar.

mendengar,
didengari.
aku disisi.

Tiada disini

Tenang, dicari-cari.

Langit indah menyuarakan "sebiru hari ini", hati pula menyanyikan "seharu-biru hati ini". Heh!

Tenang, tak mudah.

Nafsu yang selalu tumbuh, hidup meliar memeluk erat hati perlu kerap dicantas-cantas. Tak semua rajin beb!

Tenang, ditemui.

Warna-warna alam. Alunan air yang menenangkan.

Daripada huruf-huruf hingga terbentuknya perkataan.
Daripada kosong, tahu kepada faham.
Daripada bertatih, berjalan, berlari dan hingga 'terbang' tinggi.
Daripada senyum, tawa, malahan berduka, tak pernah dia berputus asa denganku.

Sabar & yakin.

Maaf kerana
bukan sekadar ahhh,
eh, ei, aii, ohh, uu pun pernah terkeluar.

Maaf kerana
bukan sekadar tawa,
tangisan pun pernah.
Secara terang
mahupun secara sembunyi.

tingginya martabatmu disisi Tuhan
untukku ke syurga,
perlukan redhamu.


ps: summer, al maklum. --"

Matahari muncul :)

Hari itu hari sabtu. Hari itu langit biru. Indah. Mata suka sangat membelek-belek awan di luar tingkap besar tu selepas letih selepas sejam lebih melekat pada skrin komputer. Segar mata rasa, hati pula sempat memujuk, "selalu-selalulah indah seperti langit itu". Langit disini kurang bersuara. Pandai-pandailah menjaga masa, takut terlajak pula nanti.

'Cukuplah.' Bingkas hati. Terus berdiri dan bersedia keluar pergi.

"Jom, solat." Pelat seorang pemuda British berbangsa cina di hujung meja tetiba bersuara. Dia memang suka belajar bahasa melayu. Dia bukan Muslim.

"Jom." Layankan aja. Aku hanya tersenyum dan segera berlalu sendiri.    

'Prayer room' atau PR dengan bangunan aku tu dalam 5-6 minit perjalanan. Kalau jalan gaya British la. Kalau ala melayu lenggang ala lenggang kangkung tu, mahu sampai 10-15 minit. Dalam minit ke-4 aku akan melalui bangunan gimnasium dulu, kemudian selang beberapa tiang, barulah sampai ke PR. Sewaktu lalu di depan…