Posts

Showing posts from February, 2016

Thank you 'dia'

"Abah terhutang budi dengan 'dia'." Kata abah sebaik sahaja kami masuk ke bilik. Jari telunjuknya menunjuk ke tiang yang betul-betul terletak bersebelahan dengannya.

Siapa 'dia'?

Mataku berpaling liar pada tiang itu. Kurang pasti apa yang dicari. Kemudian aku ternampak sebuah beg empat segi penuh dengan warna merah tergantung pada hujung tiang itu.

Oh.

Darah si 'dia' disalurkan terus ke tengkuk abah. Setitik demi setitik darahnya mengalir.

"Nurse kata abah kurang darah hari ini. Tu yang dimasukkan darah kat abah. Tak tahulah darah siapa ni. Abah berterima kasih pada dia."

Dalam diam terbit rasa cemburu pada si 'dia' kerana kami tak kenal 'dia' tapi 'dia' 'mampu' bantu abah.

Aku? Hanya sekadar melawat abah pada waktu yang dibenarkan.

Dalam diam terbit azam untuk menderma darah juga jika berpeluang. Buang jauh-jauh penyakit 'takut' nak menderma sejak kecil tu. Sebab dengan keberanian yang kecil itu nanti…

MaYang.

Hanya suaraku kedengaran di salah sebuah makmal kejuruteraan yang seluas dewan sekolah itu disini. Mereka fokus. Bagus. Hati tersenyum.
"Ok, hantar report esok." Kataku selepas selesai beri penerangan tentang apa yang perlu disertakan dalam report.
"Tak boleh, akak." Mataku mencari empunya suara daripada tiga jejaka dihadapanku. Jumpa.
"Kenapa tak boleh?"
"Saya ada *AGM malam ni, kak. Tak sempat."
Aku buat muka.
"Saya pun tak boleh, akak."
Pulak. Terus mata beralih pada yang terakhir. Dia senyap je daripada tadi. Aku pandang dia dengan harapan yang tinggi. Tolong, jangan hancurkan hatiku ini.
"Abang saya kahwin weekend ni, akak. Tak sempat nak siap akak."
Tidaaakkkkkkkkkkkkkkk...!?!?! 
Penat nak layan. Aku tak suka beri alasan. Jadi, aku memang benci dengar alasan-alasan.
"Ni apa niat datang belajar kat sini, ni?" Ok, ayat itu mukadimah untuk membebel namanya.
"Apa lagi..." Seorang menjawab.
"Apa?&qu…

Semanis asam pedas.

Hari tu penat sangat. Mengejar deadline untuk hantar report. Satu persatu kawan-kawan sepejabat pulang. Nasib baik hati masih tabah lagi.

"See you tomorrow" disapa beberapa kali.

Matahari pun dah balik. Hati kata nak ikut matahari. Otak kata nanti. Mata pun akur, jari pun menarilah lagi,

Balik malam tu letih sangat. Rumah pun gelap. Housemates dah tidur. Mata dah kabur. Namun perut nak ke dapur. Alhamdulilah, masih ada lauk diatas dapur. Tanpa berlengah nasi putih dan masakan asam pedas pun diceduk. Masuk pinggan dipanaskan seminit ke dalam ketuhar (ketuhar? huuhuu lama tak guna perkataan ni.) Hangat. Kenyang. Gembira.

Esok pagi, adik rumah bertanya makan tak makanan yang dia masak semalam.

"Sedap sangat asam pedas semalam. Thanks masak!" Aku jawab sambil tersenyum.

"Akakkk!"

"Eh, kenapa?"

"Saya masak tom yam la semalam."

Kisah manis hidup serumah bersama adik tahun pertama di luar negara. Baru berjinak-jinak nak ke dapur.

Berani mencu…