Posts

Showing posts from March, 2016

Escapism : Gloucestershire

Image
*tajuknya : kami lagi.

hari ini kami melangkah lagi
melangkah ke sana
melangkah ke sini
malah kami berlari-lari!

hari ini kami bernafas lagi
bernafas keranaMu ilahi
tak berputus asa membersihkan diri

hari ini Kau menyaksikan kami lagi
mendalami fitrah kami yang suci
tidak menafikan kebenaran didalam hati

hari ini ya Allah
hari ini ya Allah!
kami mengerti
Al Quran itu pedoman diri
menyuluh kegelapan didalam hati

*hari ini bakal berakhir disini,
mentari esok pula menghampiri, Kau tak pernah jemu, bukan? dengarkanlah esok, suara hati kami lagi,
dan lagi.
puisi spontan untuk rafter's night alhamdulilah 27-28/3/16 :)
*extra

Dua alam.

"Tidak sama sekali, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan dikau, kerana dikau sentiasa menghubungkan pertalian silaturrahim, dikau memikul beban kesusahan orang, menolong orang yang tidak berada, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang peminta hak." Pujuk Khadijah menenangkan suaminya selepas ketakutan menerima wahyu yang pertama.

Siapa lebih mengetahui tentang diri kita jika bukan orang yang terdekat dengan kita? Atau lebih mudah mengatakan orang yang duduk serumah dengan kita. Untuk peribadi Rasulullah, kata-kata Khadijah itu cukup menyakinkan, mengiyakan itulah sikapnya yang sebenar.

Jika tentang diri kita, ditanyakan kepada orang rumah kita, iaitu keluarga kita atau mungkin yang menyewa rumah bersama, 'housemates' kita, apakah ciri yang baik-baik sahaja yang bermain di fikiran mereka.

Kadang-kadang merasakan orang 'luar' dan orang 'dalam' rumah mempunyai perbezaan pandangan tenatang diri kita. Entah, hanya te…

Bunga yang ketiga

"Nah, bunga untuk orang rumah."

Pokok berbunga merah kecil comel didalam pasu kecil itu diserahkannya kepadaku. Segera dia menanggalkan kasut sukannya dipintu masuk rumah kami.
Dalam hati, 'Alamak, pokok bunga yang ketiga! Alahai...dan apakah nama bunga ini?' Sambil mata membelek-belek kuntuman bunganya.
"Ingat akak takde kat rumah tadi." Dia pandang kearahku selepas selesai membongkok-bongkok menanggalkan kasutnya itu.  
"Oh, ah. Eh, ada je." Kerut didahi dihilangkan, senyuman dijelmakan. Eh.
Sebenarnya aku kurang pasti adakah pokok ini akan dijaga dengan baik, Takut nanti mati je macam dua buah pokok yang ada di dalam rumah sebelum ini:
Pokok pertama, beli waktu 'summer' yang lepas, nama apa entah bunga tu, ala-ala bunga ros. Plastik yang membalutnya tulis Rosalinda. Ya, ya tahu. Nama macam tajuk telenovela la pula. Tapi serinya pudar hari demi hari. Kering dah kelopaknya. aku bagi adik rumah jagakan. Huu, kalau mati pokok tu, itu salah …

Tadabbur swan

Image
"Akak pernah dengar tadabbur swan?" Tanya dia.

Musim bunga dah tiba. Waktu siang pun semakin panjang. Subuh masuk pukul 4.12am pagi tadi. Maghrib nanti dalam 6.30pm macam tu. Dia datang jalan-jalan di London. 'Undergrad student' dapat 'easter break' sebulan. Untunglah dia. 'Postgrad' punya cuti seminggu je. Erm.

"Macam mana tu, tadabbur swan?" Tanyaku curiga.

Kami bersama melangkah perlahan di tepi lengkungan tasik buatan disitu. Kalau berdiri daripada daripada sini, dihujung tasik ni dapat lihat Kensington Palace tersergam gagah yang terletak di hujung tasik yang satu lagi. Bertentangan dari jauh. Bangunan berkotak tu rendah sahaja dan terletak patung Queen Victoria dihadapan pagarnya. Kalau nak masuk 'palace' ni kena bayar. Memang 'tak' lah. Hee. Kawasan sekitarnya pula dinamakan Kensington Gardens.

"Swan tu kan bergerak tenang tapi sebenarnya kaki dia tengah mengayuh kuat." Katanya sambil menunjuk kepada seekor …

Pertemuan yang dinanti

Kehadiranmu (Lah Ahmad)Ingin ku selalu berada di matamu
Yang ku rasa sentiasa kau ada di hatiku
Terjatuh ku memohon pada Yang Esa Yang Maha Berkuasa

Sampai salamku buat yang tercinta
Yang terulung yang mulia
Bulan pun menunggu kehadiranmu

Mungkin tak dapat ku melihatmu
Belum masa untuk kita bertemu
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Sungguh yang terindah langit dan purnama
Bagai malam yang hadir mengadukanmu
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Dalam doa aku selalu kau ada di depanku
Ku memohon kau selalu berada di hatiku
Terjatuh ku memohon pada Yang Esa

Sampai salamku buat yang tercinta
Yang terulung yang mulia
Bulan pun menunggu kehadiranmu

Mungkin tak dapat ku melihatmu
Belum masa untuk kita bertemu
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Sungguh yang terindah langit dan purnama
Bagai malam yang hadir mengadukanmu
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu
Sunnguh yang terindah kehadiranmu