Posts

Showing posts from April, 2016

jeda.

untuk seketika bekukan waktu atau putarkan jarum saat yang itu ke masa lalu pintanya.
untuk seketika dia nak berehat tercungap-cungap ke puncak tinggi sekali curam pedih dadanya.
untuk seketika dia ingin menyendiri telefon habis bateri jangan ada yang peduli menyepi.
tak mengapa, usah risau, ruang dan waktu untuk seketika cuma, jeda.












0623

Image
0600, Euston.

Ahh, ada masa lagi.

"Saya pergi beli hot chocolate sekejap ya."

Dia angguk. Tanpa berlengah aku segera meninggalkan kawasan yang penuh mesin-mesin pencetak tiket.

0610, Euston.

Aku berjalan ke arah papan tanda untuk melihat platform ke tempat destinasi.

Platform 14!

Aku segera ke sana dengan segelas hot chocolate ditangan. Train dah siap parking dah tapi dia...eh, takde?

Tiket!

0615, Platform 14.

Lagi, lagi dan lagi panggilan telefon dia tak terjawab.

0616, bangku Platform 14.

Aku duduk di bangku yang terletak 1-2meter daripada train itu. Hot chocolate yang berbaki separuh tu aku letakkan ditepi kananku. Sesekali mata memandang ke kiri, sesekali mata memandang ke kanan. Ke kiri memandang jam digital, ke kanan memandang laluan orang masuk ke platform. Panggilan diteruskan dan masih tak terjawab.

0617, lantai Platform 14.

Aku memandang kehadapan. Memandang kosong kearah train yang akan berangkat lagi 6 minit. Akhirnya berjaya hubungi dia. Ada sedikit masalah dengan tik…

Roda ii

roda


ii

ketika terpandang kau
aku malu dengan 'aku'
selalu pesan aku
jangan lupakan aku
'tegur'lah selalu
biar aku rasa 'sakit' disitu
pedulikan
aku perlu jauh dari 'aku'.
aku perlukan itu
sedar.



kecamuk jari dipagi hari 21042016 1016

random katanya.

Image
random katanya.
bagiku, aku ter'kena'.


Cantik

Aku rasa cantik bila mengenangkan kata-kata seorang ustaz ni tentang ciptaan Allah. Apabila tanah yang sama, air yang sama, matahari yang sama, suhu yang sama, persekitaran yang sama tapi ia dapat menghasilkan tumbuhan yang pelbagai. Pokok berbeza, tekstur daun berbeza, warna daun berbeza, ada yang berbuah ada yang tidak, ada yang berbunga ada yang tidak. Ada yang berwarna warni, ada yang berwarna satu. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Semuanya daripada satu tanah. Wow!

Bagi aku ianya cantik!

Dan...
kau dan aku pun asalnya sama tapi kau dan aku ada bezanya.

Itu pun cantik, bukan?

spring is here!

Dewasa-lah!

Image
hidup memang penuh cabaran, tempuhilah, kau akan dewasa!
2014-2016