Posts

Showing posts from May, 2016

kadang-kadang.

Image
kadang-kadang kita lupa waktu kita perhatikan sesuatu kita juga sedang diperhatikan
kadang-kadang kita terleka semakin banyak kita membuang waktu waktu semakin mencemburui kita
kadang-kadang kita lupa untuk bahagia banyak nikmat yang ternilai kita biarkan sahaja kita fokus pada cantik luarannya tapi lupa isi yang berharga kita puja yang jauh daripada kita tak menghargai yang dekat didepan mata
kadang-kadang kita rasa bersendirian kita lupa doa senyap-senyap kita dalam keramaian atau luka, rintihan hati kita memekik, memberontak ada yang mendengar ada
didunia ini aku percaya kita tak pernah berseorangan ada yang selalu menemankan jika bukan manusia bersama kan Tuhan janji Dia selalu ada.
hanya kadang-kadang, kadang-kadang.

Hi-tea with Ayu, The Muffin Man Tea Shop High Street Kensington 26052016

For One More Day (Mitch Albom)

Image

basikal yang beroda dua.

aku tak ingat.

aku tak ingat bila pertama kali kita menangis bersama. aku tak ingat bila pertama kali kita senyum bersama. aku tak ingat bila pertama kali kau dan aku berkata-kata. aku tak ingat bila pertama kali kita bergaduh bertekak suara dan berbaik semula. aku tak ingat.

aku cuma teringat.

aku ingat waktu pertama kali kau dah tak mahu mengayuh basikal beroda empat. aku ingat abah yang menolongmu membuang dua roda kecil daripada basikalmu. aku ingat kau cepat belajar mengimbangkan basikal beroda dua. aku ingat.

aku ingat selepas tu aku pun menyuruh abah membuang dua roda kecil daripada basikalku. aku ingat aku pun nak nampak berjaya juga sepertimu mengayuh basikal beroda dua.

kau ingat?

selepas itu, waktu demi waktu berlalu, aku masih ingat aku selalu nak berjaya sepertimu.

aku ingat. kau masih ingat?


xiang_ni 12052016 2303 Spring


Y, R datang ni.

Kedengaran bunyi phone berlagu memecah keheningan malam.

Ahh, bunyi apa tu. Alarm ke? Telinga meneka. Mata masih malas nak berjaga.

Bukan. Macam.. Ada orang call.

Jari meraba-raba mencari handphone di atas meja. Mata cuba dibuka sedaya upaya melihat skrin handphone yang dicapai tadi.

Kabur.

Cahaya handphone berkelip-kelip menerangi bilik yang gelap itu. Digosok-gosok mata. Nombor empat digit yang tak dikenali.

Siapalah ni? Call orang pukul....3 pagi??

Badan yang tadinya baring ditegakkan rapat ke papan katil. Jari menyentuh perlahan skrin phone.Handphone dirapatkan ke telinga kiri.

"Assa-lamu-alai--kum." suaraku macam tenggelam timbul. Berdehem sedikit untuk melegakan tekak.

"Waalaikumsalam....., Y."

Suara ni....

"Y, apa khabar?"

....macam kenal.

"Hey, ....R, ya?"

Kedengaran suara ketawa kecil dihujung talian.

"Ingat dah tak kenal aku dah."

"R, setahun kau menghilang. Kenapa number kau pelik sangat ni? Kau kat timezone mana ni?

"H…