Posts

Showing posts from June, 2016

The Invigilator

Image
apabila berpeluang mengawasi peperiksaan,
tiba-tiba seram sejuk terasa diri ini diawasi.

selamanya diawasi,
pelupanya aku.


Ramadhan 1437H tinggal separuh lagi kerdil.

Hanya ketika Ramadhan

Ramadhan tahun lepas
Hari itu jari terlunjuk yang kiri terluka. Aku balut dengan tisu. Lilit-lilitkan, dan yang hujungnya kuselit dalam lilitan yang dah jadi tebal tadi. Terawih malam itu berakhir dengan bersalaman seperti biasa. Seorang makcik ni ternampak jari yang berbalut ketika kami bersalaman. Lalu dia tegur,
"Kenapa dengan jari ni?"
Aku hanya tersenyum. Lalu dia sambung lagi,
"Ini sebabnya antara dua saja. Antara selalu masuk dapur atau  baru-baru nak cuba masuk dapur?"
Aku hanya mampu tersengih. Deep tu makcik.  Deep sangat.
...dan aku dapat "tangkap-tangkap" dan hayati waktu terawih tadi imam malam tu baca surah yusuf. 

Ramadhan tahun ini
Semasa sesi bersalaman selepas witir malam tu, aku saja 'tunjuk muka' pada makcik "kes tegur jari terluka" tahun lepas. Daripada riak wajahnya memandangku tu aku tahu, dia masih ingat-ingat lupa wajahku ini. Dia lantas menegur, 
"Eh, lama tak nampak awak?"
"Saya Ramadhan je muncul k…

Bahagia di Heaven

Image
The 5 people you meet in heaven (Mitch Albom)
Awal-awal tengok tajuk teringat hadis yang orang yang menghafal Quran boleh bawa 70 orang bersamanya ke syurga. Dan apabila tengok tajuk buku ini, terfikir siapakah 5 orang yang aku nak bawa bersama di syurga (memang suka perasan masuk syurga, heh!). Sememangnya senaraiku akan lebih daripada 5. Aku nak lebih!

Awal cerita bertempat di taman tema yang kat tepi pantai. Terbayang Brighton Pier bila baca buku ni sebab taman temanya terletak ditepi pantai ditepi pantai. Pernah pergi ke Brighton untuk ambil udara pantai dan mendengar deruan ombak. Tapi melihatkan taman temanya yang kat tepi pantai (kalau berdiri kat situ dan tengok air pantai yang kat bawah kaki tu macam dalamlah juga) tu memang agak menakutkan. Kalau benda yang berpusing-pusing tu tercabut, mahu terpusing-pusinglah ia bersama manusia didalamnya di udara dan akan terpelanting ke lautan dalam. Bayangan yang ngeri!

Ok, kembali pada buku. Buku ni dia macam tak menepati apa yang aku …

Mawar di hujung Syaaban.

Image
Secantik namanya.















tips-yna: Biasa aku pergi Regent's Park ni turun dekat tube station: di Baker's Street. Dekat-dekat sini ada Madame Tussaud. Dan kalau jalan sikit akan jumpa Sherlock Holmes punya rumah juga. Kecil je, tak pernah masuk pun (sebab kena bayar, heh), tengok barang-barang dalam kedai dia je. Kalau jalan depan lagi akan terserempak dengan Regent's Park ni. Daripada Baker's Street Station tu kalau jalan dalam 10 minit akan jumpa Central London Mosque. Bahagian perempuan ada bawah and atas. Tapi jomlah naik atas. Untuk yang jarang dengar azan, hati akan sayu-sayu rasa :). Tenggelam dalam muhasabah diri gitu. Pernah juga terawih disini tahun lepas tapi habis hampir 12 tengah malam, sampai rumah dalam 1 pagi. Tak digalakkan untuk perempuan dan duduk jauh ya! Dan kalau bukan bulan puasa singgahlah kedai makan dia kat bawah tanah. Bajet satu meal dalam 4-5pound. Dan ada aiskrim 1.5pound untuk single scoop. Bolehlah buat bersiar-siar di Regent's Park. Kat si…