Posts

Showing posts from December, 2016

30 atas bumi

Hidup ini sebuah kejutan,
kadang-kadang tak terduga apa yang dihadapan,
mungkin akan ada yang selari dengan impian,
mungkin juga jauh tersasar tak mampu ditelan.

nafas ini masih memberikan harapan,
masih berpeluang untuk membuat pilihan,
kalau bukan kerana Tuhan,
hati penat hidup tak keruan.

kadang-kadang aku ingin bertanya,
kepada yang lebih tua,
bagaimana kamu menghadapinya?
kepada yang muda pula,
cukupkah sudah kamu menghargainya?
kepada hati ini,
berapa tinggi kau letakkan nilainya?

aku tak tahu apa yang menanti,
tak pasti juga bagaimana untuk menghadapi,
selagi kaki masih berdiri,
mata masih melihat mencari,
akal bijak mengerti,
hati janganlah mati,
berilah ianya erti,
muhasabah buat diri,
30 tahun diatas bumi.




London,
1207,
03122016.



 ---
conteng-conteng hari ini kerana teringat seseorang yang pernah berkata akan membaca blog ini walaupun tiada lagi yang sudi. Barakallahu fik untuknya di awal January ini! Maaf tak dapat menghadirkan diri :')