Posts

Showing posts from 2017

Seni itu bising!

Image
Hanisah selalu bercerita tentang keterujaannya dengan Tate Modern Museum. Disebabkan diri ini acah-acah minat seni sangatlah teruja nak melawat muzium itu. Jannah-lah mangsa peneman diri-yang-bajet-suka-seni ini untuk melawat muzium itu. Lagipun masuk muzium itu percuma kecuali kalau berminat nak tengok special exhibition etc. Special exhibition? Hati kami segera sepakat dengan poket kami: Tidak! No! Nehi!

Setibanya disana kami teruja melihat London Fog karya Fujiko Nakaya yang betul-betul di hadapan pintu masuk utama muzium. London Fog itu terhasil daripada semburan beberapa pancutan air yang disusun kemas oleh paip yang panjang melingkar membentuk setengah bulatan (berapa banyak bil air yang dibayar agaknya? sebok! --"). Kadang-kadang ada angin yang datang menyapa, menghilanglah sedikit the fog itu.  Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang teruja untuk bermain dengan the fog tu. Abang, kakak (err--ehem!), pakcik dan makcik pun teruja bergambar dalam kabus buatan itu. Disebabkan an…

Cuba dan 3 minit.

Image
Beberapa minggu yang lepas, officemates semua nak pergi tengok 2nd year students demonstrate diorang punya projek. Semua orang dijemput hadir. Disebabkan rasa macam dah letih mata menghadap komputer, elok jugalah pergi mencuci mata melihat projek 2nd year undergrads ni. Jadi, bersama dengan Suzie & Christian, kami naik lif ke tingkat 3 untuk ke bilik dimana mereka demo projek semua. Overall, oklah projek dorang, kira mereka buat projek yang zaman berzaman senior lepas dah buat &  mereka cuba untuk perbaiki dengan lebih baik gitu. Cuma yang menarik minat hati ni dengan myo band ni (seperti dalam video). Ada beberapa group yang guna myo band ni dalam projek mereka and bila google, dekat amazon adalah harga dia dalam 200 US dollar & dah lama berada di pasaran rupanya (yana ketinggalan --'). Cuma (lepas baca-baca sket info) alat ni adalah kelemahan dia sedikit, sebab tak dapat nak measure dengan tepat ke gitu. Yalah mana ada yang sempurna dalam dunia. Kau, aku kita tak se…

Bahagiakannya habis daya.

Sembilan bulan bukan mudah
untuk kau melihat dunia
dia, bertarung nyawa

Setiap satu gerak langkah
untuk kau mengecap bahagia
dia, berkorban saja

Dalam diam dalam riuh
resah gelisahmu dia tahu
rindu
mendoakanmu tanpa jemu

Biar dekat biar jauh
katanya berjaya pujuk jiwa
jujur
bahagiakannya habis daya.


dia, syurga.
Mother's day UK
Sunday,
26032017

Kenapa kopi pahit?

Aku menghulurkan segelas kopi yang baru kubeli kepadanya.
"Nah."

Dia menyambut gelas kopi itu dan mula menghirup perlahan.
Tetiba dia membuat muka kelat.
"Pahitnya. Kau tak letak gula ke?"

Aku hanya tersengih.
"Kenapa kopi pahit?"
Aku tanya.

"Sebab... kau tak letak gula!"
Dia menjawab.

"Salah! Sebab... semua yang manis ada pada kau. Ha-ha-ha dan haaa!"
Aku sengih. Saja bergurau.

"Sebab kau tak letak gula!"
Dia mencebik.

Kami terdiam sesaat dua, tenggelam seketika dengan dunia masing-masing.

"Kenapa hidup ini kadang-kadang pahit?"
Dia pula bertanya memecah sunyi.

"Sebab kau lupa nak tambah gula?"
Jawabku tersengih.

"Hidup ni kadang-kadang pahit.....untuk kita lebih kenal dan menghargai yang manis-manis."
katanya bernada serius dan sedikit tersenyum sambil menghulurkan kembali gelas kopi tadi kepadaku.

Tangan kananku menyambut gelas kopi yang dihulurkannya.
Sambil kedua-dua tanganku memegang gelas…

Antara dua;

Dalam diam atau terang
bisik mahupun jerit
baik tersurat mahu tersirat
berdua atau keramaian
dekat mahupun jauh
penat atau rehat
sesaat atau lebih
emosi atau rasional
tak mahu atau mahu
tak mampu atau mampu
kesian atau geram
manis mahupun pahit
ringan atau berat
sampaikan sengaja atau tidak
reaksiku mungkin pelbagai
tetapi sebenarnya aku dengar
nasihatmu penuh sayang
tugasmu kemudian selesai
kini tinggalkan aku sendirian
untuk menimbang yang antara dua.


London
0651, 150317

lemah, kuat.

mengaku kelemahan pada Tuhan,
memberi kekuatan dalam kehidupan.


London
0645, 150317

Malam yang ikhlas.

sendiri berjalan
mendongak ke langit
dalam diam
menyelami pekat malam

perlahan-lahan aku cuba mencari
kau yang tersembunyi
di langit sepi

tapi malam itu ikhlas
ikhlas tanpa bintang
walau mata yang penat mencari
tapi hati yang resah sendiri

hampir terlupa
disebalik gelap langitku
sebenarnya disana
tanpaku kau tetap punya cahaya.







*buat yang dah lama tak berhubung,
jangan lupa bersinar dimana jua kau berada
:)


merapu(s) di malam hari :p
2149
280217
jalan duta, London

sederhana.

dengan membawa "hati" itu sederhana.

hari-hari yang kita lalui ini kadang-kadang kita lupa untuk membawa "hati" bersama. Hati yang niat baik-baik keranaNya.

kita makan, kita minum, kita tidur, kita pergi ziarah rumah kawan, kita baca, kita like post kawan di laman sosial, kita masak, kita memberi nasihat, kita menerima nasihat, kita marah, kita senyum, kita memberi salam pada orang di kaki lima dan sebagainya.

segala aktiviti ini kalau kita bawa "hati" bersama, bagiku ianya sesuatu yang sederhana. kita menjadi orang yang lebih berpada. makan pun berhenti sebelum kenyang, minum perlahan-lahan, tidur tak berlebihan, berborak bersenda dengan kawan berpada-pada, menghadapi kesulitan dalam setiap perkara (eg pelajaran) dengan berfikiran positif, bersangka baik dengan Tuhan. nasihat kerana sayang kawan, rendahkan ego apabila dinasihati, dan sebagainya. nikmat dan "kelazatan"nya itu lebih terasa.

semua perkara yang dilalui bersama "hati" itu …

berapakah berat Azam?

a : wah, dah siap orderkan aku hot choc. terbaik!
b : kata kawan sejati. (senyum)
a : haha. ha.. ada apa nak jumpa ni?
b:  saja. tahun lepas kan tak sempat jumpa. sempena tahun baru ni, saja nak jumpa, borak-borak. borak... pasal azam ke apa.
a : ohh okay. so, siapa Azam? (dahi dikerut)

kes berat.

selamat tahun baru!
apakah azammu?


kata dia.

aku : kadang-kadang aku tak percaya pada diri.
dia : tak perlu.
aku : huh?
dia : yang penting selalu percaya pada Dia.


#monolog.

cepat kau pergi.

aku : cepat betul kau pergi, matahari. belum sempat aku merasa bahang.
matahari : waktu inilah sesuai untuk berpuasa. kadang-kadang peluang hanya sekali.
aku : ayat terakhir tu deep, matahari.

matahari mula beransur pergi.
aku pula mula makan nasi lauk kari.

kari ayam semalam.
hangat.

:)


subuh: 0625 maghrib: 1610
05012017
0734