Posts

Showing posts from March, 2017

Bahagiakannya habis daya.

Sembilan bulan bukan mudah
untuk kau melihat dunia
dia, bertarung nyawa

Setiap satu gerak langkah
untuk kau mengecap bahagia
dia, berkorban saja

Dalam diam dalam riuh
resah gelisahmu dia tahu
rindu
mendoakanmu tanpa jemu

Biar dekat biar jauh
katanya berjaya pujuk jiwa
jujur
bahagiakannya habis daya.


dia, syurga.
Mother's day UK
Sunday,
26032017

Kenapa kopi pahit?

Aku menghulurkan segelas kopi yang baru kubeli kepadanya.
"Nah."

Dia menyambut gelas kopi itu dan mula menghirup perlahan.
Tetiba dia membuat muka kelat.
"Pahitnya. Kau tak letak gula ke?"

Aku hanya tersengih.
"Kenapa kopi pahit?"
Aku tanya.

"Sebab... kau tak letak gula!"
Dia menjawab.

"Salah! Sebab... semua yang manis ada pada kau. Ha-ha-ha dan haaa!"
Aku sengih. Saja bergurau.

"Sebab kau tak letak gula!"
Dia mencebik.

Kami terdiam sesaat dua, tenggelam seketika dengan dunia masing-masing.

"Kenapa hidup ini kadang-kadang pahit?"
Dia pula bertanya memecah sunyi.

"Sebab kau lupa nak tambah gula?"
Jawabku tersengih.

"Hidup ni kadang-kadang pahit.....untuk kita lebih kenal dan menghargai yang manis-manis."
katanya bernada serius dan sedikit tersenyum sambil menghulurkan kembali gelas kopi tadi kepadaku.

Tangan kananku menyambut gelas kopi yang dihulurkannya.
Sambil kedua-dua tanganku memegang gelas…

Antara dua;

Dalam diam atau terang
bisik mahupun jerit
baik tersurat mahu tersirat
berdua atau keramaian
dekat mahupun jauh
penat atau rehat
sesaat atau lebih
emosi atau rasional
tak mahu atau mahu
tak mampu atau mampu
kesian atau geram
manis mahupun pahit
ringan atau berat
sampaikan sengaja atau tidak
reaksiku mungkin pelbagai
tetapi sebenarnya aku dengar
nasihatmu penuh sayang
tugasmu kemudian selesai
kini tinggalkan aku sendirian
untuk menimbang yang antara dua.


London
0651, 150317

lemah, kuat.

mengaku kelemahan pada Tuhan,
memberi kekuatan dalam kehidupan.


London
0645, 150317