Kenapa kopi pahit?


Aku menghulurkan segelas kopi yang baru kubeli kepadanya.
"Nah."

Dia menyambut gelas kopi itu dan mula menghirup perlahan.
Tetiba dia membuat muka kelat.
"Pahitnya. Kau tak letak gula ke?"

Aku hanya tersengih.
"Kenapa kopi pahit?"
Aku tanya.

"Sebab... kau tak letak gula!"
Dia menjawab.

"Salah! Sebab... semua yang manis ada pada kau. Ha-ha-ha dan haaa!"
Aku sengih. Saja bergurau.

"Sebab kau tak letak gula!"
Dia mencebik.

Kami terdiam sesaat dua, tenggelam seketika dengan dunia masing-masing.

"Kenapa hidup ini kadang-kadang pahit?"
Dia pula bertanya memecah sunyi.

"Sebab kau lupa nak tambah gula?"
Jawabku tersengih.

"Hidup ni kadang-kadang pahit.....untuk kita lebih kenal dan menghargai yang manis-manis."
katanya bernada serius dan sedikit tersenyum sambil menghulurkan kembali gelas kopi tadi kepadaku.

Tangan kananku menyambut gelas kopi yang dihulurkannya.
Sambil kedua-dua tanganku memegang gelas itu, aku berkata seakan berbisik,
"Tambah gula dalam kopi merupakan suatu pilihan. Hidup pun begitu juga."
Perlahan, aku mengangkat gelas itu menghampiri mulutku dan kemudian meneguknya.

Comments