Cuba dan 3 minit.



Beberapa minggu yang lepas, officemates semua nak pergi tengok 2nd year students demonstrate diorang punya projek. Semua orang dijemput hadir. Disebabkan rasa macam dah letih mata menghadap komputer, elok jugalah pergi mencuci mata melihat projek 2nd year undergrads ni. Jadi, bersama dengan Suzie & Christian, kami naik lif ke tingkat 3 untuk ke bilik dimana mereka demo projek semua. Overall, oklah projek dorang, kira mereka buat projek yang zaman berzaman senior lepas dah buat &  mereka cuba untuk perbaiki dengan lebih baik gitu. Cuma yang menarik minat hati ni dengan myo band ni (seperti dalam video). Ada beberapa group yang guna myo band ni dalam projek mereka and bila google, dekat amazon adalah harga dia dalam 200 US dollar & dah lama berada di pasaran rupanya (yana ketinggalan --'). Cuma (lepas baca-baca sket info) alat ni adalah kelemahan dia sedikit, sebab tak dapat nak measure dengan tepat ke gitu. Yalah mana ada yang sempurna dalam dunia. Kau, aku kita tak sempurna tapi melengkapkan (gituu).


Cuma menariknya lagi, penciptanya ialah anak-anak muda lepasan uni, kira bisnes mereka la ni. (adalah berangan nak berbisnes tapi takde idea yang bernas lagi, erm.). Dan tertarik dengan myo band ni sebab diri ini masih terkiyal-kiyal tak faham sangat tentang guano nak proses data from electromyography atau ringkasannya EMG. Fungsi EMG ni ialah untuk measure muscle activity. Sungguhlah complex apa yang ada dalam diri kita ni. Banyak benda tak habis tahu lagi. Banyak ilmu yang tak habis gali lagi. Sungguh benarlah takde ruang untuk angkuh & bongkak di atas muka bumi ni. Setuju?



Christian & his 3 minutes presentation

Dan minggu lepas pula, beramai-ramai bersama officemates menyokong Christian dalam pertandingan 3 minutes thesis presentation. Ramai yang sertai, dalam 20 lebih orang gitu dalam pelbagai background of diorang punya PhD study. Memang dah nampak iklan pertandingan ni dalam emel ni bulan lepas, cuma diri ini memang tak berani la nak bercakap depan orang ramai macam tu walaupun hanya 3 minit. Selalu kena present depan group tu 3 minit tu hanya 'err', 'erm', 'arr', dan sengih pandang dinding kat belakang bilik gitu (haha, over cara explanation). Dalam pertandingan ni, ada juga peserta yang tak sampai 10 saat cakap tetiba blank and minta nak undur diri. tapi MC pertandingan tu kata kita reset masa balik kalau peserta and audience setuju. Semua sporting untuk dia restart balik speech dia. Then, they reset back the time and that boy again in front of the hall, start talking about his PhD but unfortunately again he can't finished his speech. Blank. Nervous. Tapi dia berani untuk cuba. 
Erm.
Cuba.
Cuba je.
Barulah kita belajar.

Tambahan: tak mustahil untuk explain PhD study kita pada orang dalam masa 3 minit tapi untuk cerita disebalik tabirnya itu, 3 minit tak cukup. Masing-masing ada cerita mereka. Siapa kita untuk berprasangka. Doakan saja kita semua berjaya.


#maafayatcarcamerba
#untukrujukandiripadamasadepan
#outdansalam

Comments