Posts

Dimanakah kedua-duanya?

Image
Disana aku merindui langit sunyi tanpa gemaan azan. Disini aku merindui ketepatan waktu. Dimanakah boleh aku temui kedua-duanya? Tetapi waktu di UK, perjumpaan sesama masyarakat Malaysia memang (tak) selaluuu 'janji melayu'. Tak semua majlislah tapi. Macam pelik jugalah macam mana mereka boleh punctual hadir ke kelas atau tempat kerja dengan jayanya tapi bila ke majlis orang melayu Islam terutamanya ini, sesetengah daripada mereka boleh datang lambat.  Dan bila balik ke Malaysia, memang agak 'terganggu' hati ini apabila ada yang datang lambat. Kita berubah bersama, boleh?

Huh, cerminan-lah sangat!

Satu demi satu barang-barang dia masukkan ke dalam kotak itu. Kotak berdimensi 18 x18 x 30 inch untuk muatan 40 kg itu makin terisi dengan barang-barangnya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Jika muatan kotak itu melebihi 40 kg, maka lebih bayaran yang akan dikenakan daripada yang sepatutnya. Menyedari hakikat poketnya semakin kempis, sedikit keraguan timbul sejak tadi didalam hatinya; barang yang mana betul-betul masih diperlukan dan yang tidak diperlukan untuk dibawa pulang ke tanah air tum-pah-nyaa-daaa-rah-kuuu. Tetiba dia terasa sudah lama aihhh tak nyanyi Negaraku. Rindu! Empat tahun berada di bumi UK ini terasa sekejap saja baginya tetapi dia tak pernah menyangka barang-barangnya akan menggunung sebanyak ini, beranak-pinak tanpa disedari. Bukannya tak pernah shipping beberapa kotak barang-barangnya pada tahun yang lalu tetapi malam ni tetiba seakan baru menyedari masih banyak lagi barang-barangnya yang tinggal didalam kabinet dan almari. Bertegas dengan diri dan poket, dia seg...

Bila baca balik.

entah selalu bila baca balik tulisan sendiri, ada rasa malu ada rasa lucu rasa yang berbeza dengan dulu, waktu menyusun kata setiap satu. alhamdulilah, untuk 4 tahun yang berlalu bulan lepas berjaya submit thesis 2 minggu lepas hantar kawan pulang di Heathrow, si peneman 3 bulan sebelum submit thesis dia teman cerita teman berbincang teman ketawa dan duka teman puasa dan buka teman mengopi teman aiskrim, kebab dan roti teman pagi sampai kejar bas di malam hari. teman bergurau dan menasihati, dari "kita takde masa nak layan perasaan sendiri." hingga "janji dengan akak prepare betul-betul untuk viva nanti." entah bila baca balik thesis sendiri, ada rasa berbeza, rasa yang berbeza dengan dulu masih jumpa mistakes satu persatu itu menjadikan aku yang 'lebih tahu' dan 'baru'. 1017, 291017 alhamdulilah. viva lagi sebulan, dan hari ni mula beza jam UK-Malaysia 8 jam ---tangan menggatal nak meng-update blog.

Finding Nur.

Image
"Adakalanya aku ingin waktu berhenti. Adakala aku ingin waktu dipercepatkan. Tanpa aku sedar, memikirkan ini sahaja telah berlalu beberapa detik waktu. Arghh!" "Hey! Hey! Apa benda kau bermadah pagi-pagi ni? Kau ni banyak fikirlah. Nur dah lama tunggu tu." "Ni semua salah Nur. Aku datang dari jauh ni semata-mata untuk cari dia. Lepas satu cabaran, ada lagi cabaran. Bila nak selesai semua ni? Sekarang nak kena naik sampan pula bagai. Haish!" "Pulak! Kau ni banyak bunyilah tapi usaha ke laut. Sket lagi selesailah. Habiskan apa yang dah kau mulakan. Dah, dah senyap. Okay, ni sampan kau. Ni kau punya..apa nama benda alah ni...haa pendayung. Okay, dah amek ni, masuk sampan. Cepat kayuh!" "Kejaplah, tak perlulah tolak-tolak aku. Ni first time kut nak kayuh sampan. Sorang-sorang pula tu. Lainlah kau.. dah expert." "It's okay, pelan-pelan kayuh. Ni sampan kau, bukan sampan orang lain. Kau yang pegang pendayung. Ikutlah kau...

Seni itu bising!

Image
Link:Tate Modern Museum   Hanisah selalu bercerita tentang keterujaannya dengan Tate Modern Museum. Disebabkan diri ini acah-acah minat seni sangatlah teruja nak melawat muzium itu. Jannah-lah mangsa peneman diri-yang-bajet-suka-seni ini untuk melawat muzium itu. Lagipun masuk muzium itu percuma kecuali kalau berminat nak tengok special exhibition etc. Special exhibition? Hati kami segera sepakat dengan poket kami: Tidak! No! Nehi! Setibanya disana kami teruja melihat  London Fog karya Fujiko Nakaya yang betul-betul di hadapan pintu masuk utama muzium. London Fog itu terhasil daripada semburan beberapa pancutan air yang disusun kemas oleh paip yang panjang melingkar membentuk setengah bulatan (berapa banyak bil air yang dibayar agaknya? sebok!  --"). Kadang-kadang ada angin yang datang menyapa, menghilanglah sedikit  the fog i tu.  Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang teruja untuk bermain dengan the fog tu. Abang, kakak (err--ehem!), pakcik dan...