atlas.
ada seorang adik ini yang baru dikenali tumpang tidur dirumah semalaman. keesokan paginya dia melihat buku-buku yang tersusun di atas mejaku sambil cuba meneka bidang apa yang sedang aku pelajari. "kak yna ni course .... erm.." aku biarkan dia melengkapkan ayatnya yang tergantung itu. saja tak nak kusambung, menarik juga nak tahu apa yang orang fikirkan mengenai kita hanya melalui barang-barang kepunyaan kita. berdebar pula rasanya. "... geography eyh?" geli hatiku, nak gelak tapi ditahan-tahan. hanya tersengih sahaja yang mampu aku hadiahkan. pernah juga ada yang mengatakan aku pelajar perubatan. aku tak sehebat itu, kawan. situasi-situasi begini membuatkan aku bertambah percaya yang 'penyamaran' aku berjaya. heh! buku atlas itu memang besar, jadi dia kelihatan menonjol daripada yang lain. baru sahaja beli buku itu tahun ini di Harrods. ada discount , itu yang laju beli tu. impian. tapi sumpah mungkin tak pergi lagi kut tempat macam itu, macam m...