Matahari takkan tunggu
Sesudah solat subuh, pendakian pun bermula. Semua berjalan dalam gelap untuk mendaki hingga ke puncak. Matlamatnya hanya satu, untuk melihat keindahan matahari terbit di atas bukit. Selepas seketika. "Ah, penatlah." Puncak yang satu. Bila penat berlari, berhenti. Mendongak melihat mereka yang dihadapan masih terus berlari untuk mendaki. Tatkala itu berasa puas hati, cukup puas hati kerana percaya mereka takkan berhenti mengalah untuk ke puncak. Sekurang-kurangnya dah ada wakil yang dapat melihat cahaya matahari di pagi itu dan pada masa yang sama bukannya tak dapat melihat matahari terbit dilereng bukit ni. Tapi yelah, keindahannya tak akan sama. Usaha itu perlu. "Eleh, bukannya lari bukit dikejar." Dan ketika menoleh ke belakang kelihatan begitu ramai, ramai sangaaat yang masih cuba untuk mendaki. Ketika itu, aku akan rasa selesa dengan kedudukan diri. Berehat sambil menikmati suasana kerana tahu ramai lagi yang tak akan dapat cahaya itu. Dan keti...