Posts

Showing posts from 2016

30 atas bumi

Hidup ini sebuah kejutan, kadang-kadang tak terduga apa yang dihadapan, mungkin akan ada yang selari dengan impian, mungkin juga jauh tersasar tak mampu ditelan. nafas ini masih memberikan harapan, masih berpeluang untuk membuat pilihan, kalau bukan kerana Tuhan, hati penat hidup tak keruan. kadang-kadang aku ingin bertanya, kepada yang lebih tua, bagaimana kamu menghadapinya? kepada yang muda pula, cukupkah sudah kamu menghargainya? kepada hati ini, berapa tinggi kau letakkan nilainya? aku tak tahu apa yang menanti, tak pasti juga bagaimana untuk menghadapi, selagi kaki masih berdiri, mata masih melihat mencari, akal bijak mengerti, hati janganlah mati, berilah ianya erti, muhasabah buat diri, 30 tahun diatas bumi. London, 1207, 03122016.  --- conteng-conteng hari ini kerana teringat seseorang yang pernah berkata akan membaca blog ini walaupun tiada lagi yang sudi. Barakallahu fik untuknya di awal January ini! Maaf tak dapat menghadirkan diri...

From Lyon–Saint-Exupéry Airport to Home

"How do you feel going back home?" "Err.. Home? Malaysia?" She laughs. "That's different. You have two home(s) now. London is your home, Malaysia is your home home. So, how do you feel going back home?" "Err..." I just shrug my shoulders and smile. That's the best answer I can give...  ..for now. Between me & Angela, Standing still on the escalator chit-chat moment  Lyon–Saint-Exupéry Airport July 2016

Cepat atau lambat

Adakalanya aku nak sesuatu perkara itu cepat, adakalanya aku nak sesuatu itu selesai lambat. cepat atau lambat terburu-buru rugi kerana masa berubahlah wahai manusia.

Aku bukan musuhmu

Image
Dahulu kau sering mencariku dahulu kau tak jemu mengingatkanku meskipun tak selalu ada jawabku memang berniat ku tinggalkan kamu sekarang ku pergi menjauh sekarang ku tinggalkan kamu disaat itu ku mulai faham tujuanmu dan ku mohon maafkan aku aku menyesal telah membuatmu menangis dan biarkan memilih jalan yang lain tapi jangan pernah kau benci usahamu pasti ganjaran terbaik untukmu bukan untukku itu teruntukmu ............................ dahulu ku sering mencarimu dahulu ku tak jemu mengingatkanmu meskipun tak selalu ada jawabmu tak berniat kau tinggalkan aku sekarang kau pergi menjauh sekarang kau tinggalkan aku disaat itu ku mulai keliru mana silapku Tuhan, ku mohon Kau maafkan aku aku menyesal tak berbuat sehabis baik dan biarkan kau memilih jalan yang lain tapi jangan pernah kau dustai hatimu kerna itu terbaik untukmu janganlah lagi kau segan dekatiku kembali aku bukanlah musuhmu tak berhenti ku mohon Tuhan lindungi hatimu jangan pernah ti...

Tak mahu ketinggalan

Semua orang ingin pergi ke tempat-tempat yang cantik-cantik, termasuk syurga. tak mahu ketinggalan, termasuk aku.

La petite

Image
Lyon, France 10-13th July 2016 la petite yna

Ramadhan di London?

Image
Nak tulis tentang ni dah lama, dipendam-pendam. Akhirnya dapat juga curi-curi masa untuk menulis. Kalau ber-Ramadhan di London, nak iftar dimana? Aku hanya boleh cadangkan 3 tempat sebab ini sahaja tempat yang aku selalu pergi. 1. Central London Mosque (info lanjut : http://www.iccuk.org/) jemaah (pelbagai) ada iftar free : nasi beriani (macam biasa selera orang sini) + sebiji buah + sebotol mineral ada terawih imam (tempatan) boleh iktikaf (lepas subuh kena balik, sebab masjid tutup- tak pasti kalau malam selain 10 malam terakhir boleh iktikaf ke tak, cek website ya.) *tahun ni pergi sini waktu 27 malam Ramadhan, macam pergi buat umrah, penuuuuuh sangat (sila rujuk gambar). Siap ada yang solat kat luar masjid lagi, sejuk-sejuk tu. Nasib baik sempat datang awal, pukul 8pm macam tu (maghrib 9 lebih), dapatlah cop tempat duduk kat bahagian atas jemaah wanita (iftar+terawih+qiam+sahur+subuh = semua kat tempat yang sama; phew!). Ada dewan luas juga di bahagian baw...

The Invigilator

Image
apabila berpeluang mengawasi peperiksaan, tiba-tiba seram sejuk terasa diri ini diawasi. selamanya diawasi, pelupanya aku. Ramadhan 1437H tinggal separuh lagi kerdil.

Hanya ketika Ramadhan

Ramadhan tahun lepas Hari itu jari terlunjuk yang kiri terluka. Aku balut dengan tisu. Lilit-lilitkan, dan yang hujungnya kuselit dalam lilitan yang dah jadi tebal tadi. Terawih malam itu berakhir dengan bersalaman seperti biasa. Seorang makcik ni ternampak jari yang berbalut ketika kami bersalaman. Lalu dia tegur, "Kenapa dengan jari ni?" Aku hanya tersenyum. Lalu dia sambung lagi, "Ini sebabnya antara dua saja. Antara selalu masuk dapur atau  baru-baru nak cuba masuk dapur?" Aku hanya mampu tersengih. Deep tu makcik.  Deep sangat. ...dan aku dapat "tangkap-tangkap" dan hayati waktu terawih tadi imam malam tu baca surah yusuf.  Ramadhan tahun ini Semasa sesi bersalaman selepas witir malam tu, aku saja 'tunjuk muka' pada makcik "kes tegur jari terluka" tahun lepas. Daripada riak wajahnya memandangku tu aku tahu, dia masih ingat-ingat lupa wajahku ini. Dia lantas menegur,  "Eh, lama t...

Bahagia di Heaven

Image
Bahagia di Heaven The 5 people you meet in heaven (Mitch Albom) Awal-awal tengok tajuk teringat hadis yang orang yang menghafal Quran boleh bawa 70 orang bersamanya ke syurga. Dan apabila tengok tajuk buku ini, terfikir siapakah 5 orang yang aku nak bawa bersama di syurga (memang suka perasan masuk syurga, heh!). Sememangnya senaraiku akan lebih daripada 5. Aku nak lebih! Awal cerita bertempat di taman tema yang kat tepi pantai. Terbayang Brighton Pier bila baca buku ni sebab taman temanya terletak ditepi pantai ditepi pantai. Pernah pergi ke Brighton untuk ambil udara pantai dan mendengar deruan ombak. Tapi melihatkan taman temanya yang kat tepi pantai (kalau berdiri kat situ dan tengok air pantai yang kat bawah kaki tu macam dalamlah juga) tu memang agak menakutkan. Kalau benda yang berpusing-pusing tu tercabut, mahu terpusing-pusinglah ia bersama manusia didalamnya di udara dan akan terpelanting ke lautan dalam. Bayangan yang ngeri! Ok, kembali pada buku. Buku ni dia macam ...

Mawar di hujung Syaaban.

Image
Secantik namanya. They are purple to me. Semoga memperoleh taqwa di bulan Ramadhan yang diberkati ini Maniskan senyumanmu, semanis juadah berbuka! Menemani Ayu yang baru balik dari Prague pagi tadi :) tips-yna: Biasa aku pergi Regent's Park ni turun dekat tube station: di Baker's Street. Dekat-dekat sini ada Madame Tussaud. Dan kalau jalan sikit akan jumpa Sherlock Holmes punya rumah juga. Kecil je, tak pernah masuk pun (sebab kena bayar, heh), tengok barang-barang dalam kedai dia je. Kalau jalan depan lagi akan terserempak dengan Regent's Park ni. Daripada Baker's Street Station tu kalau jalan dalam 10 minit akan jumpa Central London Mosque. Bahagian perempuan ada bawah and atas. Tapi jomlah naik atas. Untuk yang jarang dengar azan, hati akan sayu-sayu rasa :). Tenggelam dalam muhasabah diri gitu. Pernah juga terawih disini tahun lepas tapi habis hampir 12 tengah malam, sampai rumah dalam 1 pagi. Tak digala...

kadang-kadang.

Image
kadang-kadang kita lupa waktu kita perhatikan sesuatu kita juga sedang diperhatikan kadang-kadang kita terleka semakin banyak kita membuang waktu waktu semakin mencemburui kita kadang-kadang kita lupa untuk bahagia banyak nikmat yang ternilai kita biarkan sahaja kita fokus pada cantik luarannya tapi lupa isi yang berharga kita puja yang jauh daripada kita tak menghargai yang dekat didepan mata kadang-kadang kita rasa bersendirian kita lupa doa senyap-senyap kita dalam keramaian atau luka, rintihan hati kita memekik, memberontak ada yang mendengar ada didunia ini aku percaya kita tak pernah berseorangan ada yang selalu menemankan jika bukan manusia bersama kan Tuhan janji Dia selalu ada. hanya kadang-kadang, kadang-kadang. Hi-tea with Ayu, The Muffin Man Tea Shop High Street Kensington 26052016

For One More Day (Mitch Albom)

Image
pg 194 "Mother, mother, mother, father." 21052016 1049 London.

basikal yang beroda dua.

aku tak ingat. aku tak ingat bila pertama kali kita menangis bersama. aku tak ingat bila pertama kali kita senyum bersama. aku tak ingat bila pertama kali kau dan aku berkata-kata. aku tak ingat bila pertama kali kita bergaduh bertekak suara dan berbaik semula. aku tak ingat. aku cuma teringat. aku ingat waktu pertama kali kau dah tak mahu mengayuh basikal beroda empat. aku ingat abah yang menolongmu membuang dua roda kecil daripada basikalmu. aku ingat kau cepat belajar mengimbangkan basikal beroda dua. aku ingat. aku ingat selepas tu aku pun menyuruh abah membuang dua roda kecil daripada basikalku. aku ingat aku pun nak nampak berjaya juga sepertimu mengayuh basikal beroda dua. kau ingat? selepas itu, waktu demi waktu berlalu, aku masih ingat aku selalu nak berjaya sepertimu. aku ingat. kau masih ingat? xiang_ni 12052016 2303 Spring

Y, R datang ni.

Kedengaran bunyi phone berlagu memecah keheningan malam. Ahh, bunyi apa tu.  Alarm ke? Telinga meneka. Mata masih malas nak berjaga. Bukan. Macam.. Ada orang call. Jari meraba-raba mencari handphone di atas meja. Mata cuba dibuka sedaya upaya melihat skrin handphone yang dicapai tadi. Kabur. Cahaya handphone berkelip-kelip menerangi bilik yang gelap itu. Digosok-gosok mata. Nombor empat digit yang tak dikenali. Siapalah ni? Call orang pukul....3 pagi?? Badan yang tadinya baring ditegakkan rapat ke papan katil. Jari menyentuh perlahan skrin phone. Handphone dirapatkan ke telinga kiri. "Assa-lamu-alai--kum." suaraku macam tenggelam timbul. Berdehem sedikit untuk melegakan tekak. "Waalaikumsalam....., Y." Suara ni.... "Y, apa khabar?" ....macam kenal. "Hey, ....R, ya?" Kedengaran suara ketawa kecil dihujung talian. "Ingat dah tak kenal aku dah." "R, setahun kau menghilang. Kenapa number kau pelik...

jeda.

untuk seketika bekukan waktu atau putarkan jarum saat yang itu ke masa lalu pintanya. untuk seketika dia nak berehat tercungap-cungap ke puncak tinggi sekali curam pedih dadanya. untuk seketika dia ingin menyendiri telefon habis bateri jangan ada yang peduli menyepi. tak mengapa, usah risau, ruang dan waktu untuk seketika cuma, jeda.

0623

Image
gambar hiasan : Hope, Peak District. 0600, Euston. Ahh, ada masa lagi. "Saya pergi beli hot chocolate sekejap ya." Dia angguk. Tanpa berlengah aku segera meninggalkan kawasan yang penuh mesin-mesin pencetak tiket. 0610, Euston. Aku berjalan ke arah papan tanda untuk melihat platform ke tempat destinasi. Platform 14! Aku segera ke sana dengan segelas hot chocolate ditangan. Train dah siap parking dah tapi dia...eh, takde? Tiket! 0615, Platform 14. Lagi, lagi dan lagi panggilan telefon dia tak terjawab. 0616, bangku Platform 14. Aku duduk di bangku yang terletak 1-2meter daripada  train itu. Hot chocolate  yang berbaki separuh tu aku letakkan ditepi kananku. Sesekali mata memandang ke kiri, sesekali mata memandang ke kanan. Ke kiri memandang jam digital, ke kanan memandang laluan orang masuk ke platform. Panggilan diteruskan dan masih tak terjawab. 0617, lantai Platform 14. Aku memandang kehadapan. Memandang kosong kearah  train  yan...

Roda ii

roda ii ketika terpandang kau aku malu dengan 'aku' selalu pesan aku jangan lupakan aku 'tegur'lah selalu biar aku rasa 'sakit' disitu pedulikan aku perlu jauh dari 'aku'. aku perlukan itu sedar. kecamuk jari dipagi hari 21042016 1016

random katanya.

Image
random katanya. bagiku, aku ter'kena'.

Cantik

Aku rasa cantik bila mengenangkan kata-kata seorang ustaz ni tentang ciptaan Allah. Apabila tanah yang sama, air yang sama, matahari yang sama, suhu yang sama, persekitaran yang sama tapi ia dapat menghasilkan tumbuhan yang pelbagai. Pokok berbeza, tekstur daun berbeza, warna daun berbeza, ada yang berbuah ada yang tidak, ada yang berbunga ada yang tidak. Ada yang berwarna warni, ada yang berwarna satu. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Semuanya daripada satu tanah. Wow! Bagi aku ianya cantik! Dan... kau dan aku pun asalnya sama tapi kau dan aku ada bezanya. Itu pun cantik, bukan? spring is here!

Dewasa-lah!

Image
hidup memang penuh cabaran, tempuhilah, kau akan dewasa! 2014-2016

Escapism : Gloucestershire

Image
peneman tiga jam perjalanan - doa diskusi membina  air yang tenang jangan disangka angin tak kencang! --' *tajuknya : kami lagi. hari ini kami melangkah lagi melangkah ke sana melangkah ke sini malah kami berlari-lari! hari ini kami bernafas lagi bernafas keranaMu ilahi tak berputus asa membersihkan diri hari ini Kau menyaksikan kami lagi mendalami fitrah kami yang suci tidak menafikan kebenaran didalam hati hari ini ya Allah hari ini ya Allah! kami mengerti Al Quran itu pedoman diri menyuluh kegelapan didalam hati *hari ini bakal berakhir disini, mentari esok pula menghampiri, Kau tak pernah jemu, bukan? dengarkanlah esok, suara hati kami lagi, dan lagi. puisi spontan untuk rafter's night alhamdulilah 27-28/3/16 :) *extra

Dua alam.

"Tidak sama sekali, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan dikau, kerana dikau sentiasa menghubungkan pertalian silaturrahim, dikau memikul beban kesusahan orang, menolong orang yang tidak berada, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang peminta hak." Pujuk Khadijah menenangkan suaminya selepas ketakutan menerima wahyu yang pertama. Siapa lebih mengetahui tentang diri kita jika bukan orang yang terdekat dengan kita? Atau lebih mudah mengatakan orang yang duduk serumah dengan kita. Untuk peribadi Rasulullah, kata-kata Khadijah itu cukup menyakinkan, mengiyakan itulah sikapnya yang sebenar. Jika tentang diri kita, ditanyakan kepada orang rumah kita, iaitu keluarga kita atau mungkin yang menyewa rumah bersama, 'housemates' kita, apakah ciri yang baik-baik sahaja yang bermain di fikiran mereka. Kadang-kadang merasakan orang 'luar' dan orang 'dalam' rumah mempunyai perbezaan pandangan tenatang diri kita. Entah, han...

Bunga yang ketiga

"Nah, bunga untuk orang rumah." Pokok berbunga merah kecil comel didalam pasu kecil itu diserahkannya kepadaku. Segera dia menanggalkan kasut sukannya dipintu masuk rumah kami. Dalam hati, 'Alamak, pokok bunga yang ketiga! Alahai...dan apakah nama bunga ini?' Sambil mata membelek-belek kuntuman bunganya. "Ingat akak takde kat rumah tadi." Dia pandang kearahku selepas selesai membongkok-bongkok menanggalkan kasutnya itu.   "Oh, ah. Eh, ada je." Kerut didahi dihilangkan, senyuman dijelmakan. Eh. Sebenarnya aku kurang pasti adakah pokok ini akan dijaga dengan baik, Takut nanti mati je macam dua buah pokok yang ada di dalam rumah sebelum ini: Pokok pertama, beli waktu 'summer' yang lepas, nama apa entah bunga tu, ala-ala bunga ros. Plastik yang membalutnya tulis Rosalinda. Ya, ya tahu. Nama macam tajuk telenovela la pula. Tapi serinya pudar hari demi hari. Kering dah kelopaknya. aku bagi adik rumah jagakan. Huu, kalau ma...

Tadabbur swan

Image
"Akak pernah dengar tadabbur swan?" Tanya dia. Musim bunga dah tiba. Waktu siang pun semakin panjang. Subuh masuk pukul 4.12am pagi tadi. Maghrib nanti dalam 6.30pm macam tu. Dia datang jalan-jalan di London. 'Undergrad student' dapat 'easter break' sebulan. Untunglah dia. 'Postgrad' punya cuti seminggu je. Erm. "Macam mana tu, tadabbur swan?" Tanyaku curiga. Kami bersama melangkah perlahan di tepi lengkungan tasik buatan disitu. Kalau berdiri daripada daripada sini, dihujung tasik ni dapat lihat Kensington Palace tersergam gagah yang terletak di hujung tasik yang satu lagi. Bertentangan dari jauh. Bangunan berkotak tu rendah sahaja dan terletak patung Queen Victoria dihadapan pagarnya. Kalau nak masuk 'palace' ni kena bayar. Memang 'tak' lah. Hee. Kawasan sekitarnya pula dinamakan Kensington Gardens. "Swan tu kan bergerak tenang tapi sebenarnya kaki dia tengah mengayuh kuat." Katanya sambil menunjuk k...

Pertemuan yang dinanti

Kehadiranmu (Lah Ahmad) Ingin ku selalu berada di matamu Yang ku rasa sentiasa kau ada di hatiku Terjatuh ku memohon pada Yang Esa Yang Maha Berkuasa Sampai salamku buat yang tercinta Yang terulung yang mulia Bulan pun menunggu kehadiranmu Mungkin tak dapat ku melihatmu Belum masa untuk kita bertemu Sungguh yang ku rasa kehadiranmu Sungguh yang terindah langit dan purnama Bagai malam yang hadir mengadukanmu Cinta yang terindah gemerlaplah sudah Sungguh yang ku rasa kehadiranmu Dalam doa aku selalu kau ada di depanku Ku memohon kau selalu berada di hatiku Terjatuh ku memohon pada Yang Esa Sampai salamku buat yang tercinta Yang terulung yang mulia Bulan pun menunggu kehadiranmu Mungkin tak dapat ku melihatmu Belum masa untuk kita bertemu Sungguh yang ku rasa kehadiranmu Sungguh yang terindah langit dan purnama Bagai malam yang hadir mengadukanmu Cinta yang terindah gemerlaplah sudah Sungguh yang ku rasa kehadiranmu Sunnguh yang terindah kehadiranmu

Thank you 'dia'

"Abah terhutang budi dengan 'dia'." Kata abah sebaik sahaja kami masuk ke bilik. Jari telunjuknya menunjuk ke tiang yang betul-betul terletak bersebelahan dengannya. Siapa 'dia'? Mataku berpaling liar pada tiang itu. Kurang pasti apa yang dicari. Kemudian aku ternampak sebuah beg empat segi penuh dengan warna merah tergantung pada hujung tiang itu. Oh. Darah si 'dia' disalurkan terus ke tengkuk abah. Setitik demi setitik darahnya mengalir. "Nurse kata abah kurang darah hari ini. Tu yang dimasukkan darah kat abah. Tak tahulah darah siapa ni. Abah berterima kasih pada dia." Dalam diam terbit rasa cemburu pada si 'dia' kerana kami tak kenal 'dia' tapi 'dia' 'mampu' bantu abah. Aku? Hanya sekadar melawat abah pada waktu yang dibenarkan. Dalam diam terbit azam untuk menderma darah juga jika berpeluang. Buang jauh-jauh penyakit 'takut' nak menderma sejak kecil tu. Sebab dengan keberanian yang ...

MaYang.

Hanya suaraku kedengaran di salah sebuah makmal kejuruteraan yang seluas dewan sekolah itu disini. Mereka fokus. Bagus. Hati tersenyum. "Ok, hantar report esok." Kataku selepas selesai beri penerangan tentang apa yang perlu disertakan dalam report. "Tak boleh, akak." Mataku mencari empunya suara daripada tiga jejaka dihadapanku. Jumpa. "Kenapa tak boleh?" "Saya ada *AGM malam ni, kak. Tak sempat." Aku buat muka. "Saya pun tak boleh, akak." Pulak. Terus mata beralih pada yang terakhir. Dia senyap je daripada tadi. Aku pandang dia dengan harapan yang tinggi. Tolong, jangan hancurkan hatiku ini. "Abang saya kahwin weekend ni, akak. Tak sempat nak siap akak." Tidaaakkkkkkkkkkkkkkk...!?!?!  Penat nak layan. Aku tak suka beri alasan. Jadi, aku memang benci dengar alasan-alasan. "Ni apa niat datang belajar kat sini, ni?" Ok, ayat itu mukadimah untuk membebel namanya. "Ap...

Semanis asam pedas.

Hari tu penat sangat. Mengejar deadline untuk hantar report. Satu persatu kawan-kawan sepejabat pulang. Nasib baik hati masih tabah lagi. "See you tomorrow" disapa beberapa kali. Matahari pun dah balik. Hati kata nak ikut matahari. Otak kata nanti. Mata pun akur, jari pun menarilah lagi, Balik malam tu letih sangat. Rumah pun gelap. Housemates dah tidur. Mata dah kabur. Namun perut nak ke dapur. Alhamdulilah, masih ada lauk diatas dapur. Tanpa berlengah nasi putih dan masakan asam pedas pun diceduk. Masuk pinggan dipanaskan seminit ke dalam ketuhar (ketuhar? huuhuu lama tak guna perkataan ni.) Hangat. Kenyang. Gembira. Esok pagi, adik rumah bertanya makan tak makanan yang dia masak semalam. "Sedap sangat asam pedas semalam. Thanks masak!" Aku jawab sambil tersenyum. "Akakkk!" "Eh, kenapa?" "Saya masak tom yam la semalam." Kisah manis hidup serumah bersama adik tahun pertama di luar negara. Baru berjinak-jinak nak ke da...