Finding Nur.
"Adakalanya aku ingin waktu berhenti. Adakala aku ingin waktu dipercepatkan. Tanpa aku sedar, memikirkan ini sahaja telah berlalu beberapa detik waktu. Arghh!"
"Hey! Hey! Apa benda kau bermadah pagi-pagi ni? Kau ni banyak fikirlah. Nur dah lama tunggu tu."
"Ni semua salah Nur. Aku datang dari jauh ni semata-mata untuk cari dia. Lepas satu cabaran, ada lagi cabaran. Bila nak selesai semua ni? Sekarang nak kena naik sampan pula bagai. Haish!"
"Pulak! Kau ni banyak bunyilah tapi usaha ke laut. Sket lagi selesailah. Habiskan apa yang dah kau mulakan. Dah, dah senyap. Okay, ni sampan kau. Ni kau punya..apa nama benda alah ni...haa pendayung. Okay, dah amek ni, masuk sampan. Cepat kayuh!"
"Kejaplah, tak perlulah tolak-tolak aku. Ni first time kut nak kayuh sampan. Sorang-sorang pula tu. Lainlah kau.. dah expert."
"It's okay, pelan-pelan kayuh. Ni sampan kau, bukan sampan orang lain. Kau yang pegang pendayung. Ikutlah kau nak kayuh berapa lama, berapa jauh. Pedulikan orang lain. Janji kau dapat jumpa Nur. Selagi tak jumpa dia jangan balik, okay? Janji?"
"Boleh ke ni?"
"Boleh punyaaa. Percayalah pada diri. Dah, mulut tu kunci. Just keep kayuh, just keep kayuh..."
(dengan berat hati dia mula kayuh.. dengan kekok)
"Haa, kan okay tu. Teruskan je. Just keep kayuh...." (Just keep kayuh, kawan)
(Finding Nur, pg. xoxo)
Comments