Posts

Showing posts from 2017

Huh, cerminan-lah sangat!

Satu demi satu barang-barang dia masukkan ke dalam kotak itu. Kotak berdimensi 18 x18 x 30 inch untuk muatan 40 kg itu makin terisi dengan barang-barangnya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Jika muatan kotak itu melebihi 40 kg, maka lebih bayaran yang akan dikenakan daripada yang sepatutnya. Menyedari hakikat poketnya semakin kempis, sedikit keraguan timbul sejak tadi didalam hatinya; barang yang mana betul-betul masih diperlukan dan yang tidak diperlukan untuk dibawa pulang ke tanah air tum-pah-nyaa-daaa-rah-kuuu. Tetiba dia terasa sudah lama aihhh tak nyanyi Negaraku. Rindu! Empat tahun berada di bumi UK ini terasa sekejap saja baginya tetapi dia tak pernah menyangka barang-barangnya akan menggunung sebanyak ini, beranak-pinak tanpa disedari. Bukannya tak pernah shipping beberapa kotak barang-barangnya pada tahun yang lalu tetapi malam ni tetiba seakan baru menyedari masih banyak lagi barang-barangnya yang tinggal didalam kabinet dan almari. Bertegas dengan diri dan poket, dia seg...

Bila baca balik.

entah selalu bila baca balik tulisan sendiri, ada rasa malu ada rasa lucu rasa yang berbeza dengan dulu, waktu menyusun kata setiap satu. alhamdulilah, untuk 4 tahun yang berlalu bulan lepas berjaya submit thesis 2 minggu lepas hantar kawan pulang di Heathrow, si peneman 3 bulan sebelum submit thesis dia teman cerita teman berbincang teman ketawa dan duka teman puasa dan buka teman mengopi teman aiskrim, kebab dan roti teman pagi sampai kejar bas di malam hari. teman bergurau dan menasihati, dari "kita takde masa nak layan perasaan sendiri." hingga "janji dengan akak prepare betul-betul untuk viva nanti." entah bila baca balik thesis sendiri, ada rasa berbeza, rasa yang berbeza dengan dulu masih jumpa mistakes satu persatu itu menjadikan aku yang 'lebih tahu' dan 'baru'. 1017, 291017 alhamdulilah. viva lagi sebulan, dan hari ni mula beza jam UK-Malaysia 8 jam ---tangan menggatal nak meng-update blog.

Finding Nur.

Image
"Adakalanya aku ingin waktu berhenti. Adakala aku ingin waktu dipercepatkan. Tanpa aku sedar, memikirkan ini sahaja telah berlalu beberapa detik waktu. Arghh!" "Hey! Hey! Apa benda kau bermadah pagi-pagi ni? Kau ni banyak fikirlah. Nur dah lama tunggu tu." "Ni semua salah Nur. Aku datang dari jauh ni semata-mata untuk cari dia. Lepas satu cabaran, ada lagi cabaran. Bila nak selesai semua ni? Sekarang nak kena naik sampan pula bagai. Haish!" "Pulak! Kau ni banyak bunyilah tapi usaha ke laut. Sket lagi selesailah. Habiskan apa yang dah kau mulakan. Dah, dah senyap. Okay, ni sampan kau. Ni kau punya..apa nama benda alah ni...haa pendayung. Okay, dah amek ni, masuk sampan. Cepat kayuh!" "Kejaplah, tak perlulah tolak-tolak aku. Ni first time kut nak kayuh sampan. Sorang-sorang pula tu. Lainlah kau.. dah expert." "It's okay, pelan-pelan kayuh. Ni sampan kau, bukan sampan orang lain. Kau yang pegang pendayung. Ikutlah kau...

Seni itu bising!

Image
Link:Tate Modern Museum   Hanisah selalu bercerita tentang keterujaannya dengan Tate Modern Museum. Disebabkan diri ini acah-acah minat seni sangatlah teruja nak melawat muzium itu. Jannah-lah mangsa peneman diri-yang-bajet-suka-seni ini untuk melawat muzium itu. Lagipun masuk muzium itu percuma kecuali kalau berminat nak tengok special exhibition etc. Special exhibition? Hati kami segera sepakat dengan poket kami: Tidak! No! Nehi! Setibanya disana kami teruja melihat  London Fog karya Fujiko Nakaya yang betul-betul di hadapan pintu masuk utama muzium. London Fog itu terhasil daripada semburan beberapa pancutan air yang disusun kemas oleh paip yang panjang melingkar membentuk setengah bulatan (berapa banyak bil air yang dibayar agaknya? sebok!  --"). Kadang-kadang ada angin yang datang menyapa, menghilanglah sedikit  the fog i tu.  Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang teruja untuk bermain dengan the fog tu. Abang, kakak (err--ehem!), pakcik dan...

Cuba dan 3 minit.

Image
Beberapa minggu yang lepas, officemates semua nak pergi tengok 2nd year students demonstrate diorang punya projek. Semua orang dijemput hadir. Disebabkan rasa macam dah letih mata menghadap komputer, elok jugalah pergi mencuci mata melihat projek 2nd year undergrads ni. Jadi, bersama dengan Suzie & Christian, kami naik lif ke tingkat 3 untuk ke bilik dimana mereka demo projek semua. Overall, oklah projek dorang, kira mereka buat projek yang zaman berzaman senior lepas dah buat &  mereka cuba untuk perbaiki dengan lebih baik gitu. Cuma yang menarik minat hati ni dengan myo band ni (seperti dalam video). Ada beberapa group yang guna myo band ni dalam projek mereka and bila google, dekat amazon adalah harga dia dalam 200 US dollar & dah lama berada di pasaran rupanya (yana ketinggalan --'). Cuma (lepas baca-baca sket info) alat ni adalah kelemahan dia sedikit, sebab tak dapat nak measure dengan tepat ke gitu. Yalah mana ada yang sempurna dalam dunia. Kau, aku kita...

Bahagiakannya habis daya.

Sembilan bulan bukan mudah untuk kau melihat dunia dia, bertarung nyawa Setiap satu gerak langkah untuk kau mengecap bahagia dia, berkorban saja Dalam diam dalam riuh resah gelisahmu dia tahu rindu mendoakanmu tanpa jemu Biar dekat biar jauh katanya berjaya pujuk jiwa jujur bahagiakannya habis daya. dia, syurga. Mother's day UK Sunday, 26032017

Kenapa kopi pahit?

Aku menghulurkan segelas kopi yang baru kubeli kepadanya. "Nah." Dia menyambut gelas kopi itu dan mula menghirup perlahan. Tetiba dia membuat muka kelat. "Pahitnya. Kau tak letak gula ke?" Aku hanya tersengih. "Kenapa kopi pahit?" Aku tanya. "Sebab... kau tak letak gula!" Dia menjawab. "Salah! Sebab... semua yang manis ada pada kau. Ha-ha-ha dan haaa!" Aku sengih. Saja bergurau. "Sebab kau tak letak gula!" Dia mencebik. Kami terdiam sesaat dua, tenggelam seketika dengan dunia masing-masing. "Kenapa hidup ini kadang-kadang pahit?" Dia pula bertanya memecah sunyi. "Sebab kau lupa nak tambah gula?" Jawabku tersengih. "Hidup ni kadang-kadang pahit.....untuk kita lebih kenal dan menghargai yang manis-manis." katanya bernada serius dan sedikit tersenyum sambil menghulurkan kembali gelas kopi tadi kepadaku. Tangan kananku menyambut gelas kopi yang dihulurkannya. Sambil ...

Antara dua;

Dalam diam atau terang bisik mahupun jerit baik tersurat mahu tersirat berdua atau keramaian dekat mahupun jauh penat atau rehat sesaat atau lebih emosi atau rasional tak mahu atau mahu tak mampu atau mampu kesian atau geram manis mahupun pahit ringan atau berat sampaikan sengaja atau tidak reaksiku mungkin pelbagai tetapi sebenarnya aku dengar nasihatmu penuh sayang tugasmu kemudian selesai kini tinggalkan aku sendirian untuk menimbang yang antara dua. London 0651, 150317

lemah, kuat.

mengaku kelemahan pada Tuhan, memberi kekuatan dalam kehidupan. London 0645, 150317

Malam yang ikhlas.

sendiri berjalan mendongak ke langit dalam diam menyelami pekat malam perlahan-lahan aku cuba mencari kau yang tersembunyi di langit sepi tapi malam itu ikhlas ikhlas tanpa bintang walau mata yang penat mencari tapi hati yang resah sendiri hampir terlupa disebalik gelap langitku sebenarnya disana tanpaku kau tetap punya cahaya. *buat yang dah lama tak berhubung, jangan lupa bersinar dimana jua kau berada :) merapu(s) di malam hari :p 2149 280217 jalan duta, London

sederhana.

dengan membawa "hati" itu sederhana. hari-hari yang kita lalui ini kadang-kadang kita lupa untuk membawa "hati" bersama. Hati yang niat baik-baik keranaNya. kita makan, kita minum, kita tidur, kita pergi ziarah rumah kawan, kita baca, kita like post kawan di laman sosial, kita masak, kita memberi nasihat, kita menerima nasihat, kita marah, kita senyum, kita memberi salam pada orang di kaki lima dan sebagainya. segala aktiviti ini kalau kita bawa "hati" bersama, bagiku ianya sesuatu yang sederhana. kita menjadi orang yang lebih berpada. makan pun berhenti sebelum kenyang, minum perlahan-lahan, tidur tak berlebihan, berborak bersenda dengan kawan berpada-pada, menghadapi kesulitan dalam setiap perkara (eg pelajaran) dengan berfikiran positif, bersangka baik dengan Tuhan. nasihat kerana sayang kawan, rendahkan ego apabila dinasihati, dan sebagainya. nikmat dan "kelazatan"nya itu lebih terasa. semua perkara yang dilalui bersama "hati...

berapakah berat Azam?

a : wah, dah siap orderkan aku hot choc. terbaik! b : kata kawan sejati. (senyum) a : haha. ha.. ada apa nak jumpa ni? b:  saja. tahun lepas kan tak sempat jumpa. sempena tahun baru ni, saja nak jumpa, borak-borak. borak... pasal azam ke apa. a : ohh okay. so, siapa Azam? (dahi dikerut) kes berat. selamat tahun baru! apakah azammu?

kata dia.

aku : kadang-kadang aku tak percaya pada diri. dia : tak perlu. aku : huh? dia : yang penting selalu percaya pada Dia. #monolog.

cepat kau pergi.

aku : cepat betul kau pergi, matahari. belum sempat aku merasa bahang. matahari : waktu inilah sesuai untuk berpuasa. kadang-kadang peluang hanya sekali. aku : ayat terakhir tu deep, matahari. matahari mula beransur pergi. aku pula mula makan nasi lauk kari. kari ayam semalam. hangat. :) subuh: 0625 maghrib: 1610 05012017 0734