Posts

Showing posts from 2011

96.

Kelas sehari suntuk memang tak tahan. Otak tak tahan nak serap ilmu dah. Tepu. Badan pun dah letih dah. Layu. Mata pun makin tertutup. Kuyu.  Pandang lecturer tapi otak melayang. Jauh, jauh di langit nun sana. Hati terasa sangat nak balik. Nak balik cepat, nak  berehat . Tetiba terdengar halus keluhan dari belakang. "Haiyaa, cepatlah abis kelas, saya mau balik." My classmate. A chinese girl. A bright chinese girl. A very very very bright one. ".....saya mau cepat balik, mahu study ." Erk! -Iqra' [!] Surah yang ke-96. [26/12: Mengingati peristiwa tsunami melanda Acheh.]

Dalam

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, " Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, " Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ." (Surah Al-Baqarah : 30) [Rahsia yang begitu mendalam .]

Renungan bersama

Image
ujan turun  setiap kali menonton. lebih lebat apabila sampai part .. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?... simpan kat sini, tuk motivasi nnt. kerana aku tak ckup osem lagi. [ banjir ] credit buat pembikin filem & apg.

Seperti dulu.

Macam biasa masuk sem baru. Perbahurui azam sem lepas. "Gunakan masa sebaik-baiknya. Please..!" "..and SCORE!" Lagi beberapa bulan 2011 dah nak berakhir tapi azam tahun nih dah terlaksana ke? Eh, ada ke berazam hari tuh? -.-"

Furqan. (updated)

Image
"Which ayah in the Quran that touches your heart the most today?" NuzulQuran,17Ramadhan1432H. Wishlist#1:LearningArabicLanguage. Sebuah filem-mesti-tonton,---- Koran by heart  "The storyline is beautiful, interesting, and touching ." Liyana, a movie-director-to-be. (Heh!) ::Updated, 14 Sept, 16Syawal Bab touching tu serious tak tipu. Wishlist#8: ke Mesir. :)

Tak pernah nampak pun.

Suatu hari di bulan Ramadhan. Selepas beraktiviti di sebuah surau. Proses bersalaman berlaku. Senyuman berbalas senyuman. Memori. Sebaris kata-kata mengukir sejarah; "Mak cik tak pernah nampak kamu sebelum ni." "...!" Hanya mampu tersenyum menyahut bicara. (Sigh*. Dalam hati, "Saya pun tak pernah nampak makcik". Oh, dimanakah semangat kejiranan?) Positif. Alhamdulilah, Ramadhan menemukan kita, Makcik. :) ... *tak baik mengeluh.

Lawan!

Image
Satu kelainan dalam hati. Permulaan kepada ketamakan dan kepuasan! Ha ha! Tamak kepada ilmu. Tapi kepuasan tu belum maksimum lagi. Terima kasih kepada hati yang ingin memupuk semangat minat membaca. Jauh sekali untuk digelar bookworm atau bibliophile. Kura-kura! Tapi disebabkan masa berjalan, ilmu pun mesti berjalan. Biarlah merangkak pun. Uniknya buku. Kadang-kadang kita turut sama terjun dalam kandungan buku itu. Menyelam, berenang-renang. Walaupun dah tutup buku, ceritanya masih di mata, di kepala, di hati. "Never ending story". Menjadi Inspirasi ! Ia mengajar manusia. Bagaimana untuk menjadi seorang yang berani, penyayang, penyabar, berfikiran positif! Singa yang dibela kambing memang sentiasa mengembek. Apa yang ditunggu lagi, bila nak mengaummM! Update kamus. Putus asa Malas Lemah Optimis!  You never know if you dont try !  There is NO HARM if you try. -Thisismylife-Berperangdaridalam-LAWAN !

Gerimis menyambut Ramadhan.

Image
Hujan turun, angin bertiup dingin. Bertiup menggoyangkan pokok. Tak perlu tanya pokok, dah boleh teka jawapannya. Sejuk. Basah bumi KL sejak akhir-akhir ini. Jerebu di KLCC pun semakin hilang. Alam seakan-akan merai, menyambut kedatangan anak bulan Ramadan. Jerebu dihati pun perlu cepat-cepat dipadamkan. Lena ditenggelami dunia. Maaf, kerana aku...terlupa. Maghrib Khamis Dibasuhnya baju Ampaian diluar jendela Berinjat kakinya Doakan rembulan Keringkan jemuran Rindu hanya satu Esok solat Jumaat Ingin doa mengadu Diri yatim piatu Malam pun larut Khan Younis terlena dipintu Belum pun subuh Api menyambar Lebur kaca jendela Maut berjerubuh Mayat masih disitu Jari merah kecil Erat mengengam baju Basah airnya mandikan GAZA Khan Younis doamu tulus Khan Younis Khan Younis * Khan Younis, Iya --Maaf, aku terlupa. --Selamat Menyambut Ramadan, Palestin.. usai menonton kembara palestin, 106. --jom, Palestin bumi para anbia, 106, 1830!

Matematik dulu, baru kimia.

Ada satu benda yang paling aku ingat dalam seminar hari itu, bila presenter tu tanya; "What is the language of engineering?" Err. "It is Mathematics ." Ahh. Rasanya, Mathematics = Formula. Kalau kita tunjuk any of the Mathematics formula di US ke, Mesir ke, Jepun ke atau hingga ke hujung dunia sekali pun, tentu ada yang faham, at least ada yang pernah tengok walaupun kita tegar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantara. Pernah presenter dari Jepun hari itu present dengan slang Jenglish (Jepun + English; suka hati je ). Walaupun tak faham apa dia cakap tapi slide power point dia in English; maknanya slide = Mathematics .  Apa yang penting ialah mesej itu sampai walaupun yang seorang pelat timur, yang seorang lagi pelat barat. Mathematics saves the day! Dan, lepas dah jumpa Mathematics , barulah ada "Chemistry" kan? Sebab kalau ada yang tak kena dengan formulanya, confirm reaction takkan berlaku. dan, Strategi lagi! *Hidu...

tunjuk dia tanpa henti

Ini bumi Allah bukan ciptaan aku, dia atau kamu. tak tahu kenapa tak jauh kiri kanan depan belakang terasa aman tapi terselit halus prejudis dalaman bahaya nih, bila pendam dalam putih, kuning, biru, merah pandang diri tapi jari telunjuk berlari tunjuk dia tanpa henti istimewa pagi ini terjumpa terserempak lagi sesuatu yang pernah terjeling dulu tapi ahh, buat tak tahu baru kini aku tahu empathy itu wujud, perlu! bukan kerana aku melayu tapi kerana ini bumi Allah bukan ciptaan aku, dia dan juga kamu disitu dan disini ternyata aku terperangkap sendiri perlu serious melakar strategi! "Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina." "EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian." "Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Fac...

Kehadirannya dinanti.

Image
 Rejab semakin hampir melabuhkan harinya. Kisah Isra' Mikraj (29Jun,27 Rejab) mengimbas perjalanan Rasulullah, satu malam, 1001 cerita, penuh makna bagi mereka yang memikirkannya. Bulan Syaaban yang sering dilupakan manusia, dinaikkan amalan hambaNya menggentarkan jiwa bakal memunculkan kehadirannya. Rasulullah pernah ditanya, "Mengapa Baginda melebihkan puasa sunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lain?" Baginda bersabda: "Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat amal ibadah kepada Tuhan Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika berpuasa." Bulan Ramadhan yang dinanti bakal tiba. Bulan penuh keberkatan diselit satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sudah bersediakah kita? Kehadirannya dinanti "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang ...

Bukan sekadar pengorbanan teh tarik.

Image
"tanpa PENGORBANAN kita tak akan berada di mana kita mahu berada" -Dr Afifi al Akiti- -menyelak hati, mencari keIKHLASan-

Demam malaRINDU

Image
Bismillah. Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha ilallah, Allahu Akbar. Ternyata hatiku terjatuh disitu. Jadi, mestilah kena datang kutip balik, kan? Insyallah ;)  26/5-3/6 Makkah Rindu pada suasana siangnya yang lama. Rindu pada jejak-jejak kaki disana. Rindu pada kaabah, pada laungan azannya, pada alunan bacaan imamnya, pada suasana tawafnya, sa'inya, rindu pada suasananya, rindu pada Masjidil Haram. Terasa 'dunia' tiada seketika disini.  Rindu juga pada telatah burung-burung merpati sepanjang berjalan menuju ke Masjidil haram.  :)  Rindu untuk mendongak ke arah menara jam untuk melihat waktu.  Rindu pada gelagat penduduknya, rindu pada meriahnya suasana kedai disana. *Jangan tawaf kidai (kedai :p) lama sangat. Melontar riyal sikit-sikit sudah.-joke aka nasihat orang kat sana-*  Rindu pada makanannya :)  Rindu pada tempat-tempat ziarahnya. Ini di Mina.   Ini pula ketika ziarah Ja...

maaf

Image
Assalamualaikum, Disini saya ingin  memohon maaf  di atas segala kesalahan dan kesilapan  yang pernah saya lakukan.  Terima kasih juga buat segalanya. Sekian. Wassalam, Liyana. insyallah.26/5-6/6

Yang mana satu?

Image
Tersembunyi disebalik Cahaya    Cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Tamak ilmu itu digalakkan. Tamak harta itu perlu dijauhkan. Tapi perlu lihat konteks ilmu itu juga. Ilmu fardu ain itu wajib. Tidak seperti ilmu dunia. Tapi ilmu dunia itu perlu, kerana perlunya ahli sains di dunia ini contohnya. Dan ilmu dunia juga boleh dijadikan untuk menambah taqwa pada Allah. Orang yang cinta akhirat hidup sederhana. Ambil sekadar yang cukup didunia, yang selebihnya dibiarkan orang lain merasa. Seperti harta yang banyak guna sekadar keperluan, yang lebih disedekahkan kepada orang miskin. Imam ghazali berkata, "Dunia ini ibarat ladang untukbercucuk tanam sebelum dituai di akhirat kelak." Dari corong radio; Yang sempat di'save' diakal, di'filter' dihati , dahi kerut seribu. masih ber'gema', "yang bermujahadah itulah yang mendapat petunjuk." Pencinta dunia atau akhirat; Yang mana satu? terkesan. ...

buoYancY

Image
 Air pressure + gravity : buoyancy  “In order to translate a sentence from English into French two things are necessary. First, we must understand thoroughly the English sentence. Second, we must be familiar with the forms of expression peculiar to the French language. The situation is very similar when we attempt to express in mathematical symbols a condition proposed in words. First, we must understand thoroughly the condition. Second, we must be familiar with the forms of mathematical expression.” “How to Solve It” (Polya, 1945): Reference:Stephen C. Cowin, Stephen B.Doty (2007),Tissue Mechanics, Springer.   makan, minum, tidur journal... ibadah juga kan? ske lihat pokok ijau ngn langit biru dlm "waktu-waktu" cmnih.. kat PJ lagi.. +tambahan+ : Air pressure + gravity : buoyancy? stastus: serious, hampir kronik.

Assalamualaikum Cikgu!

Image
Tiada dalam gambar: Liyana :p Jauh sudah kakiku melangkah rupanya. Dari merangkak, berjalan, sekarang dah boleh berlari laju. Dari mengenal abc, sekarang dah boleh mengeja, membaca, menulis. Dari mengenal alif ba ta, sekarang dah boleh membaca, menghafal, tadabbur. Dari mengenal 123, sekarang dah boleh mengira, mencongak. Dan dari belajar juga, aku boleh mengajar. Tapi kini bila aku jenguk kembali, Dia masih disitu, Sama seperti dahulu, Mendidik, mengajar, memberi ilmu, Tanpa jemu, Walaupun telah lanjut usiamu.. Terima kasih CIKGU! :) CIKGU = Cikgu, Ustaz, Ustazah, Teacher, Sir, Madam, Miss, Sis, Bro, Dr, Prof.... Tahniah pada yang cemerlang. Bagi yang bersedih, takpe. Percayalah, SPM bukan segalanya. Hidup ini masih jauh lagi perjalanannya. :)) Appreciate it while it last! Gunakan dengan sebaiknya. Tercuit kenangan; Ketika adik seronok bercerita mengenai cikgu dia sekarang yang merupakan cikgu aku yang dulu. Ketika lalu depan cenfo...

21/3 Nowruz

Image
  Pasar di Iran kut  Nowruz : 'Now'= new, ruz = 'day' Today, 21st March2011. Nowruz : It's Iranian's New Year! Mula-mula tak faham kenapa ada tahun baru tuk Iran, ingatkan Independence day la kut tapi salah rupanya. Sebab tahun baru Malaysia kira Merdeka Day la kan. If Malaysian ikut kalendar Islam, Gregorian, Cina.... Tapi Iranian ada kalendar dia sendiri rupanya  (quick search-wikipedia) Kalendar mengikut vernal equinox; 'ver'=spring dimana ianya bermula dari musim bunga (spring). 4 musim Cuba memahami classmates. :)) Saudara seislam kita. "tak kenal : tak cinta " Taaruf jom! "Tak kenal maka tak cinta, dah kenal ingat sentiasa." ayat BTN camp dulu and selasa NO class sempena Nowruz hari ini . ps: Cukup bagi aku musim hujan dan panas tanpa luruh dan sejuk. :) Alhamdulilah.

Berjaya dan gagal

"Ingatlah bahawa kegagalan seseorang manusia itu bukanlah kerana ketidakupayaannya untuk berjaya tetapi dia gagal dalam memahami kemampuannya untuk berjaya." Simbolik di sebalik 'study', Majalah cahaya, Ogos-Julai 2008 de kat sini, untuk bacaan awam agaknya.  Masa, umur, harta, keluarga bukan alasan untuk tidak menuntut ilmu, yang diperlukan hanyalah kemahuan supaya berkemampuan. Mahu dan mampu. Rehat jap, pas jeling kat MATLAB, :) Alhamdulilah takleh buat... test pagi tadi, 20/3 Tissue Mechanics. Mahu ke tak mahu nih? Mampu? Cita-cita besar, langkah pendek. -Pj-

Brain Cell and the Universe??

Image
Is a Brain Cell is the Same as the Universe? Copied from here Dalam kelas semalam ada sentuh pasal nih, cam menarik gak. :)) Physicists discover that the structure of a brain cell is the same as the entire universe . Mark Miller, a doctoral student at Brandeis University, is researching how particular types of neurons in the brain are connected to one another. By staining thin slices of mouse's brain, he can identify the connections visually.The image above shows three neuron cells on the left ( two red and one yellow) and their connections. An international group of astrophysicists used a computer stimulation last year to recreate how the universe grew and evolved. The stimulation image above is a snapshot of the present universe that features a large cluster of galaxies ( bright yellow ) surrounded by thousands of stars glaxies and dark matter. And I found interested with one of the reader's comment: "What an amazing comparison... I found it intere...

Kutub utara Kutub selatan

Dulu aku sangka bila aku jadi utara, kaulah selatannya. We attract each other. Cepat bergabung. Yang lemah, kita kuatkan. Yang susah, sama-sama kita mudahkan. Yang lambat, kita cepat-cepatkan. John Gray kata, "They spend a lot of time supporting, helping, nurturing one another." Tapi lain pula sekarang. cam ada barrier antara kita macam  we repel each other. Tertanya-tanya adakah kau berubah jadi selatan atau aku yang berubah jadi utara? Errr......... Ada orang tanya, "Rindu masa blaja dulu ke?" Terus teringat zaman muda-muda. *Uiks, da tua. :p* Kalau dulu breakfast sama-sama, buat assignment sama-sama, stay up sama-sama, study sama-sama, tapi sekarang tak lagi. kehidupan dah lain. Status pun dah berbeza. Heh. Rasanya tiada siapa-siapa yang bertukar jadi utara or selatan, cuma masing-masing ter attract dengan magnet yang berbeza. Medan magnet yang terdekat. Kerana kita berbeza tempat, suasana, dan juga  career . Erm, sket-s...

Janji melayu?

Incredible Club MEETING MINUTES Tuesday, 11 Mac, 2011 9:30 a.m. - 11:30 a.m. DISCUSSION SESSION Members in attendance: Khadijah, Aisyah, Fatimah, Hafsah, Asma, Halimah, Sumayyah, Nusaibah, Aminah Members unable to attend: Liyana , Zainab Latecomer (s): Liyana Secretary: Asiah The Discussion Session started at  10:05 am.  Agenda: Problems? (solution) Task? (update) Preparation? (done?) Next meeting? (Date/Time) The Discussion Session ended at  12.15pm. */ // Teringat satu cerita ni time cuti sekolah. Adalah dua budak lelaki nih nak buli seorang budak laki nih. Yang tak tahannya seorang daripada pembuli tu ketua pengawas sekolah. Dahsyat-dahsyat. Suatu hari, lepas sekolah, mereka berdua nih berpakat nak kenakan budak tu. Jadi mereka menyorok di balik semak samun tempat kawasan budak baik tu dok lalu hari-hari. Semasa dorang duk tunggu tu, Ketua pengawas : Kau kata dia selalu balik tuisyen kul3. Nape kau suh aku datang sini kul 3.10? ...

Sana sini mendidik.

Image
Special Love.Type.Share issue : What are YOU waiting for? Terbanglah, apa yang ditunggu lagi?  PUJIAN "Sesiapa yang memujimu maka ketahuilah bahawa segala pujian itu berlaku adalah kerana pandainya Allah s.w.t. menyembunyikan keburukanmu. Maka kembalikanlah pujian itu kepada Zat yang telah menutup aibmu, bukannya kepada yang memujimu." Syeikh Ibn Ata'illah [Solusi Isu:29, Page:35]  CEMERLANG Ada satu benda lagi nak share , dah dua kali dengar benda nih; Pertama daripada pelajar cemerlang stpm baru-baru nih (kaca TV). Kedua daripada  classmate yang cemerlang resultnya last semester. Rahsia cemerlang : Hanya peruntukkan dua jam setiap hari untuk study. Tapi kena konsistenlah kan? Istiqamah! :) & fokus habis-habisan time tu. Oh, hari-hari 2 jam je rupanya. Ermm.. UJIAN    Erm..satu lagi nak share . Macam buat diri terfikir apabila dengar seseorang berkata begini: "Anggap ujian itu sebab Allah ingin mendidik kita, untuk jadi l...

don't get trapped

Image

Merah.cair

"Waalaikumsalam." perlahan suara mengakhiri perbualan telefon. Matanya segera menghadap pemandangan diluar jendela, mendung. Angin lembut terhembus mengusap muka. Sunyi. Hati terusik. Angin makin kuat. Paper Midterm Calculus2 atas meja dibiarkan terbang ditiup angin. Perlahan, pipi dibasahi air mata. Awan makin gelap. Tarik nafas. Hembus perlahan. Sebak. Waktu terasa perlahan berjalan. Membiarkan saja hatinya meluahkan perasaan ke dada langit. Ketika itu, hujan lebat diluar tingkap tempias ke dalam. Basah. 'Ternyata ini bukan masanya untuk mengatakan tidak. Bukan.' 'Tak boleh. Tak boleh tidak. Never say NO .' "Minta tolong ajar eh kak, Calculus. Maaflah menyusahkan akak. Saya tak tau nak minta tolong kat sape lagi nih. Kejap lagi saya datang bilik ye." 'Calculus2 tak semudah Calculus .' Mata menoleh ke lantai. Terpampang jelas markah yang tak cukup separuh itu. Tangan mengusap pipi. 'Eh, apa nih. Final kan ada, sco...

Siaran tergendala

Sejuk malam nih eh? Mungkin kerana penangan hujan petang tadi. Hembusan angin malam nih lain sket, membuatkan otak nih ligat tentang sesuatu. Entahlah. Sesuatu yang mungkin terjadi. Nothing is impossible kan di dunia nih, jadinya sometimes we need to expect the unexpected. Supaya diri lebih tabah terima hakikat. *Apa yang nak diceritakan sebenarnya nih?* "Adik-adik!"  Ustaz mencuri perhatian. "Na'am!" Sahut anak-anak kecil itu. Adik-adik dan Al-Quran di tv9. Tak rajin pun tengok, remote ditangan 'tertekan'. Heh. Menarik juga pendekatan yang digunakan, kreatif. Suka. :) Cuma petang tadi hujan, siaran ada gangguan sket, biasalah Astro time hujan memang mengecewakan. Piring Astro kan sensitipp . Kalau hujan je, siaran takde. Burung bertenggek sket, siaran tergendala. Itulah, kadang-kadang diri pun sama, ibarat piring Astro. Time panas terik je siaran available, clear abes. Redup mendung sket, dah hilang siaran. Kontra abes dengan kawan-kawa...

Hitam Putih Kelabu

Image
Berputus asa, jangan! "...(Maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."  [An-Nisa: 19]

Dibius rasa

" Saya nak jadi doktor ." Itu yang akan saya jawab time sekolah dulu kalau ada yang tanya,  "Dah besar nak jadi apa?" *mood :  Bila waktu telah berakhir  (klik) /****************************************************/ 15 Febuari 2011, Selasa (Maulidur Rasul) Hari tu balik macam biasa. Tanpa penumpang. Guna jalan yang sama tapi ada satu perasaan berbeza. Ketika memandu dengan mata separa sedar tu (mengantuk), dengan bantuan pantulan cermin tertangkap cahaya silauan kelibat van dibelakang. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan van ni mengekori dari belakang. Drive hari tu takdelah laju sangat, takdela perlahan sangat (iyela da ngantuk). Tapi van tu tak potong ke, tukar lane ke. Seram lak jadinya. Tapi buat biasa jelah walaupun dalam hati ada "rasa" sket. Sehingga sampai satu lencongan barulah van tu tukar lane dan memotong. Ketika dia nak memotong tu, ketika dia lalu kat sebelah tu, makin seram lak rasa, menyirap. Itulah first time jumpa ...

Hati-hati

Image
Hati ke hati. Memberi dengan hati yang m ene rima juga adalah hati. Marah, Tegur, Herdik dengan sesuka hati yang menerima akan terasa, ter kilan sepenuh hati. Mendidik dengan seikhlas hati yang menerimanya akan tersentuh, terusik dihati. Yang sebenarnya melihat, mendengar bukan mata dan telinga.  hati .<3. hati. Baca dengan hati.