Ramadhan tahun lepas Hari itu jari terlunjuk yang kiri terluka. Aku balut dengan tisu. Lilit-lilitkan, dan yang hujungnya kuselit dalam lilitan yang dah jadi tebal tadi. Terawih malam itu berakhir dengan bersalaman seperti biasa. Seorang makcik ni ternampak jari yang berbalut ketika kami bersalaman. Lalu dia tegur, "Kenapa dengan jari ni?" Aku hanya tersenyum. Lalu dia sambung lagi, "Ini sebabnya antara dua saja. Antara selalu masuk dapur atau baru-baru nak cuba masuk dapur?" Aku hanya mampu tersengih. Deep tu makcik. Deep sangat. ...dan aku dapat "tangkap-tangkap" dan hayati waktu terawih tadi imam malam tu baca surah yusuf. Ramadhan tahun ini Semasa sesi bersalaman selepas witir malam tu, aku saja 'tunjuk muka' pada makcik "kes tegur jari terluka" tahun lepas. Daripada riak wajahnya memandangku tu aku tahu, dia masih ingat-ingat lupa wajahku ini. Dia lantas menegur, "Eh, lama t...