Posts

Showing posts from 2010

Ala-ala taman bunga :)

Image
Between you & me :) [quote :  goodquote ] "It's free, But priceless." Don't worry, You always make me smile. :) Senyum itu kan sedekah. Manis. Bagi saya, kemanisannya bertambah apabila seseorang itu masih mampu ikhlas mengukir senyuman walaupun dia dilanda musibah. Memang indah. Walaupun senyum itu bisu. Sepi tanpa kata. Tapi manisnya tetap terasa. Membina hubungan sesama kita. Ajaib kan? Oleh itu, senyumlah selalu. Dalam susah ataupun senang. Kerana manisnya senyumanmu membuatku tersenyum err.. selalu. *ish, kantoi* ps: Jangan sedih-sedih, senyum jom! :) 

Demi yang tersirat.

Image
Untuk berada dipuncak bukan senang. Diakui langkahnya bukanlah mudah tapi ianya tidak mustahil. Berkongsi sebuah video yang membuka mata dan hati saya. *Edisi Indonesia.* Apa kata lepas ni orang Malaysia lak video yang macam ni? heh. mula bermimpi :p Di sudut hati seseorang mesti adanya impian, mimpi, cita-cita. Tapi ianya tak akan berlaku tanpa tindakan, usaha dan keyakinan. Entahlah, kadang-kadang diri ini kurang berkeyakinan. Cepat untuk memandang rendah pada diri sendiri.  Berfikirlah secara positif. *Pergh, ingat senang* Tapi bila baca "Antara yakin dengan cuba-cuba", Solusi isu 26, page 28 macam ada satu tolakan untuk berfikiran lebih positif, lebih yakin.  Yakin. Jika lahir dari hati automatik ianya menolak ke anggota lain. Bergerak, bekerja, dan berusaha. Yakin. Terbit rasa tenteram. Yakin. Percaya akan janji-janjiNya. Yakin. Pasti ada ajaibnya. Rasanya dengan yakin, kalau terjatuh pun kita boleh bangun, air yang pahit pun kita boleh telan, terp...

Didalam hati

Image
kadang-kadang hati ber pelangi "Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.  Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.  Di dalam hati juga terdapat gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya." -Ibnul Qayyim-

basah.

Image
Ikhlas.. Kucarimu Dimana Jua.. Keikhlasan nan tercalar Pabila kesabaran mula menghindar Lemah dan tunduk tanpa sedar Bisikan syaitan nan tak pernah pudar Menawan kalbu hamba nan ingkar. Keikhlasan nan terhakis Kerana hati tak bisa menangis Pujukan dan rayumu wahai sang iblis Ketipisan iman tak bisa menepis. Lalu... Lerailah budi,lenyaplah jasa Segunung budi selaut jasa Ganjaran dinanti tak kunjung tiba Ganjaran melayang di tingkap terbuka Dosa menerpa di hati bertakhta Budi dan jasa sia-sia semata Ibadat dilaksana jerih segala. Aduhai... Sukarnya mencari keikhlasan Perit dan getirnya menebal keimanan Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya Di sinilah... Kupohon pada-Mu walau dalam susah Kupohon pada-Mu walau dalam payah Ikhlas itu rahsia Allah Mudah-mudahan padaku Rahmat-Mu tercurah. *Entahlah, puisi ni macam ada bagi rasa . Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpaman kehidupan dunia ini ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, se...

Aku tak rasa.

Image
Musim hujan. Petang. Hari ini hujan turun lagi, membasahi bumi. Segera tingkap-tingkap rumah ditutup rapat. Bergegas menyelamatkan baju-baju yang dijemur. "Tunggu sekejap, wahai kawan. Kerana hujan masih renyai~" Aku suka hujan. Hujan yang renyai-renyai. Lembut air jatuh ke bumi. Syahdu suasana. Indah rentak bunyinya jatuh ke atap. Menyegarkan bumi. Simbolik menggambarkan emosi. "It's raining outside and I'm crying inside~" Bukan sekadar nyanyian, ada benda nak cerita sebenarnya. Banyak peristiwa berlaku semasa hujan. Ini cerita aku.  " Kerana Aku Tak Rasa. "  Biarkan hujan turun :) Hujan turun lebat sepanjang perjalanan ke kampung. Tayar meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Hujan yang lebat sangat-sangat menyukarkan pemanduan. Aku hanya penumpang memerhati dari bahagian belakang kereta. Seketika, aku menjenguk ke luar, seorang penunggang motorsikal laju memecut walaupun hujan agak lebat. Bertemankan si isteri dibelakang. Memeluk...

senget.

Image
Attention!  Calibrate yourself first, please.  Definition of Calibrate 1: to ascertain the caliber of (as a thermometer tube) 2: to determine, rectify, or mark the graduations of (as a thermometer tube) 3: to standardize (as a measuring instrument) by determining the deviation from a standard so as to ascertain the proper correction factors 4: to adjust precisely for a particular function 5: to measure precisely ; especially : to measure against a standard ** copied from here -- It is the time to  update my blog after a very long vacation ! -- "Read. Think . Type  Act"

bmtensofales?

Image
bmtensofales apakah? Adik kata kalau nak hafal susunan warna perintang macam nih, h ey p eople m ichael j ackson k ill h is b rother u sing k eris p anjang Sebenarnya h itam p erang m erah j ingga k uning h ijau b iru u ngu k elabu p utih Mesti ada yang pernah cipta kreatif formula macam tu, kan? Tapi masa belajar pasal perintang ni dulu rasanya guna formula lain. Tak kisahlah apa formula sekalipun. Janji senang dan cepat hafal. Tertarik ketika menonton Bicarawara bertajuk Keutamaan Menyediakan Diri. Seronok tengok program tv ni, sampai melekat kat depan tv. Ustaz tu banyak menyentuh perihal bagaimana sepatutnya kita mengawal kelakuan, perbuatan kita. Mata kita apa yang dilihat, telinga kita apa yang didengar, lidah kita apa yang dibicara dan yang lain-lainnya. Beliau banyak menegaskan tentang nafsu amarah, dimana yang kita tahu dengan mengambil air wuduk kita dapat mengawal kemarahan yang meluap-luap bak gunung merapi yang meletuskan debu-debu tu. S...

maju selangkah

Image
setapak ke depan Mana milik kita? Tidak ada milik kita Semua yang ada Allah yang punya Tidak ada kita punya Kita hanya mengusahakan saja Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya Kita Allah punya -Mana milik kita, Nada Murni, Rabbani- _______________________________________________________________ Tanya pada orang kaya , apa yang tersisa dari kekayaannya Tanya pada orang fakir , apa yang tersisa dari kefakirannya Tanya mereka pada lisan , yang sebelumnya mereka gunakan untuk berbicara. Juga tentang mata yang mereka gunakan melihat hal-hal yang menyenangkan. Tanyakan tentang kulit yang lembut dan wajah yang menawan serta tubuh yang indah. apa yang dilakukan cacing tanah terhadap semua itu? warnanya pudar, dagingnya dikunyah-kunyah, wajahnya dilumuri darah. Abu Dzar Al-Ghifari berkata " Wahai manusia, aku adalah penasihat bagimu. Aku merasa kasihan kepadamu. Dirikanlah solat di kegelapan malam untuk menghadapi dahsyatnya alam kubur . Berpuasalah ...

mendung.

Image
panas.mendung.hujan. silih berganti. serba tak kena Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahawa Rasulullah saw datang pada seorang Ansar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. Dia berkata, "Sesungguhnya engkau selalu merasa malu." *seakan-akan dia berkata, "Sesungguhnya malu itu membahayakanmu."* Lalu, Rasulullah saw. bersabda, "Biarkan dia, kerana malu itu sebagian dari iman." (Sahih Bukhari) Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Sahih Bukhari) Daripada Abi Mas’ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari) Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan sant...

oh, pergilah Oktober

Image
Indonesia Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat Tsunami, setinggi 3 meter, 7.7 skala Richter, berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan Hujan lebat, angin kencang. Gunung Merapi Gunung berapi memuntahkan debu panas, 20 penduduk cedera, jumlah yang terkorban meningkat. Myanmar barat Myanmar Ribut Giri, banjir meragut 38 nyawa setakat semalam, kerosakan dialami amat meluas Thailand Hujan lebat luar biasa membawa banjir terburuk dalam beberapa dekad. Malaysia , KL Mendung, segar selepas hujan renyai-renyai awal pagi. Melihat matahari terbit. Burung berterbangan, berkicauan. Angin damai lembut terhembus. Budak sekolah berjalan gelak tawa bersama teman. Ibu ayah memandu bergerak ke tempat kerja. Aman damai nyaman. Sambil mendengar lagu 99 names of Allah (Sami Yusuf) ** lirik  ,  lagu Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha’fana (O Most Compassionate! Have compassion on our weakness) Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoub...

sempadan

Kalau nak jawapannya 2, bagi saya kira- kira yang paling mudah ialah 1 + 1 = 2; betul. /* tercatat jelas satu sempadan walau kita punya satu agama satu matlamat satu cita-cita satu destinasi */ Rasulullah bersabda: "Aku tidak melihat orang yang kurang dalam akal dan dinnya yang mampu menghilangkan akal sihat seorang laki-laki teguh selain dari wanita." Petik dari buku, "Fitnah wanita juga disebabkan terlalu seringnya lelaki melihatnya, kecenderungan mereka kepadanya, perkataan lembutnya, berlenggang lenggoknya, perhiasaannya serta perhiasan mereka yg tersembunyi. terkadang wanita hitam legam bisa menjadi seseorang yang cantik bagai rembulan di mata seorang lelaki." Pernah seorang sahabat menegur, "Jangan rasa diri kita tak cantik, lelaki tak pandang, cantik ke tak, kita masih seorg wanita pada pandangan seorang lelaki." Rasulullah bersabda, "Tidaklah aku tinggalkan setelah fitnah yang paling berbahaya bagi seorang lelaki selain ...

manis :)

Optimislah! Giliran saya. Naik. Cakap. Dari atas. Nampak semua. Penuh. Ada yang serius. Ada yang senyum. Ada yang bisik-bisik dengan kawan. Yang borak pun ada. Eh eh, cik adik ni buat rakaman pula dia. :) Makin berdebar rasa. Tapi dalam banyak kelompok tu, ada sesuatu yang menarik hati saya. Di sudut belakang belah kiri. Dia tersenyum. Depan dua row sikit dari yang tadi pun sama. Dia tersenyum . Tepi dari yang tadi, hujung belah kanan. Dia tersenyum . Still bahagian tengah belakang. Dia tersenyum . Duduk di corok bahagian belakang. Dia tersenyum . Bahagian kanan. 3rd row dari belakang. Duduk paling kiri. Matanya tertutup. Letih barangkali. Tapi masih tersenyum. *sempat perasan titik koordinat lagi.* Senyuman yang senyum sesenyum-senyumnya. Ibarat  senyuman kuntuman bunga di taman syurga. Buat diri rasa confident tuk teruskan. Walaupun rasa ada je benda yang tak abis uraikan, tak jelas penerangan, tapi ada rasa kepuasan. Terima kasih. * tapi lepas nih, kena buat dengan lebi...

gerhana

Image
apabila tidak semudah abcd. a dipercayai b berkata-kata c berjanji d bertengkar “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )” Riwayat Ahmad tak secantik bulan, tak seterik mentari moga dijauhkan. beristighfarlah; Rasulullah yang maksum pun beristighfar setiap hari. Rasulullah bersabda, "Sungguh demi Allah, aku beristighfar kepada Allah memohon ampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali." Apatah lagi kita yang tidak mengetahui status keampunan timbunan dosa-dosa sendiri. ps: menghindari typo, takut tangan saja yang manis menaip.

mengejar langit

Image
Apabila diri, bagai dipenjara. tapi Nabi Yusuf berkata, "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku." Dan jika Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku termasuk orang-orang bodoh." bagai dikurung dalam gelap. tapi Nabi Yunus berkata, "Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."  jangan lari tapi kejar.. eh? memang hakikatnya begitu. pahit mendahului, manis menyusul kemudian. tidak kisahlah dari arah mana ia datang. kemunculannya pasti akan tiba. Insyallah. yang patut bergerak. saya. yang patut berusaha. memang saya. yang patut sedar. eh, saya. kerana yang akan membuat pilihan  itu adalah saya. tak perlu jadi orang lain. memang tak perlu. tapi kalau sudah tersilap langkah, perbaikilah. Sama-sama kita mengharunginya ye kerana Dia tak pernah jauh. :) ps: lari dari sesuatu untuk meng...

a magical mirror ;)

Image
Queen : "Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?"   Mirror : "You, my queen, are fairest of all."   Tidak terlintas untuk menjadi ibu tiri Snow White. Cemburu dengan kecantikannya sehingga sanggup untuk meracuninya. Itu bukan aku. Cume tetiba tersedar apabila suatu ucapan yang terluah itu mesti bersebab walaupun ianya kedengaran agak ringan. "Berikanlah nasihat dengan cara sebaik mungkin dan terimalah nasihat dalam bentuk apa pun. Siapa yang menasihati saudaranya secara sembunyi, bererti ia telah benar-benar menasihatinya, dan siapa yang menasihatinya dengan terang-terangan (di tengah orang banyak), maka bererti dia telah memalukannya." Mencari pantulan itu. Biasan yang itu. Melalui cermin yang satu. Nikmat. Ikatan. Peringatan. Bantuan. Kebahagiaan. Bakat. Keampunan. Kecintaan. "Sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau dapat bau harumnya. Dan sahabat...

lagenda budak Engin

Image
lagenda budak Engin *macam tak sedap bunyinya.janggal.* mencipta lagenda :p Sedarilah Liyana, kalau pelbagai programming telah kau cuba selesaikan kalau timbunan formula engin telah erat kau genggam kalau deretan quizzes dan assignments tuk sehari masih dapat kau teruskan kalau bersekang mata untuk projek sampai 3, 4 pagi tetap kuat kau gagahkan kalau menaip report siang malam pun telah kau relakan takkanlah disebalik keindahan alam tak dapat kau tafsirkan takkanlah sepotong ayat quran pun memori akal tak dapat menyimpan takkanlah sekelumit masa tuk peringatan tak dapat kau luangkan takkanlah berjaga seketika tuk mengharap keampunan tak dapat kau usahakan takkanlah secebis coretan tuk perkongsian tak dapat kau berikan takkanlahkan? jgn mls2 liyana -YA ALLAH, kekalknlah rs kehambaanku- 300310 1000 -created during final exam-time otak cam berat nak baca notes :p   .remindme.remindyou. :)  "Bahagia kata segalanya ilmu" 02102010 "Jika ingin bahag...

warna warni kehidupan

Image
--mood convo--

edisi recharge

Image
bila ada kuasa, pangkat, harta dan nama kita gembira tapi kalau iman tiada jiwa tetap kosong bila ada iman kita gembira tapi kalau tiada lagi kuasa, pangkat, harta dan nama jiwa tetap tenang kekuatan sebenar terletak pada huruf alif bukan ta. t-u-a-h atau ba. b-u-a-h tapi pada alif. i-m-a-n   ps: recharge, recharge...

02102010

"We will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends." - Martin Luther King Jr- At last. 26th IIUM Convocation. Here I come :) Sebenarnya. Takdelah excited sangat dengan convo yang satu ni. Cuma.... Rewind Lepas FYP poster presentation bulan 5 tu, masing-masing dengan haluan yang tersendiri. Masa tu terlebih seronok. Tak terkira. FYP no more!  Tak payah belajar lagi. Quiz takde. Assignment takde. Projek takde. Kelas takde. Free je memanjang. Facebook. Sejak hari tu, pengumuman siapa yang dapat kerja/kahwin/tunang/sambung belajar tersebar di fb . Sorang demi sorang dapat kerja. Dalam masa yang sama sorang demi sorang post jawatan kosong/walk in interview di fb . * sharing * Walaupun saya banyak menerima dari memberi, dalam diam *serius* saya menghargai perkongsian korang sume.  Thank you guys! Play Blogging . Sejak hari tu juga bertukar minat ke arah blogging . Awalnya *sekarang hobi*, memang banyak masa habis dengan bac...

kita ini punya kiblat

Image
Kadangkala kita fikir usia kita masih di awal pagi Tapi sebenarnya kita tidak tahu Adakah usia kita ni masih teguh disitu atau sudah memhampiri mentari yang membenamkan diri? Tetamu Senja by A. Samad Said Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh...

Bila raya menjelma

Image
 Raya lagi :)  Lagu lama dan baru berdendang di corong-corong radio. Kuih muih beraneka jenis diatas meja. Sanak saudara tersenyum gembira. Oh, indahnya! Mari merapatkan silaturrahim sesama kita. Lebih-lebih lagi saudara mara yang lama tak berjumpa. Suka suasana desa. Damai. Hijau.  :) Subhanallah. Makan makan juga. Puasa 6 di bulan Syawal jangan lupa. -Remindme&u-

Terasing

Image
Sahabat. Jangan menjauh jika diri ini  berubah . Suka dialog dibawah nih time baca novel Terasing by Hilal Asyraf. Dialog nih ditujukan pada semua yang mengenali diri.  tiada niat tuk "terasing".  Salam idulfitri buat semua. Maaf atas segala salah silap. Friends, Just let me KNOW if you need me. :) p/s : pic; credit to Sabrina * err.. model itu bukan saya **Novel tu oklah. Isi masa time raya aritu. Ada citer pasal ukhuwah sket, action sket (tapi serius bab yang bunga-bunga silat tuh tak berapa paham tapi best). Ada gak penulis huraikan pasal cinta skit. Ada hadis and ayat quran sana sini. Best kut kalau buat movie. :)

akhirnya Ramadan pergi jua

akhirnya Ramadan pergi jua Ramadan ini akan pergi namun yang pergi hanya giliran purnama bukan rasa dan maknanya semoga semuanya masih di jiwa yang sentiasa merindui barakah dan maghfirahnya (Apakah roh Ramadan ini akan terus menerangi bulan-bulan seterusnya?) nanti Syawal bertamu jua bersama wajah seindah fitrah tasbih, tahmid, dan takbir diucapkan meraikan satu kemenangan di satu peperangan... di dalam diri (Apakah kita berjaya? atau sekadar menumpang gembira di pinggiran kebesaran-Nya?) Ramadan dan Syawal akan pergi silih berganti masa dan kita bagaimana? masih di pelabuhan alpa? masih di dermaga dosa? dan bahtera kita terus kelelahan dihempas ombak keresahan (Akan tiba saatnya ketika Ramadan dan Syawal datang jua tapi kita telah tiada..untuk menyambutnya!) Abu Irdak ps: puisi ini disalin bulat-bulat dari solusi isu no 23. serius.hati rasa cam serba tak kena time baca puisi nih. 30thRamadhan1431H, 0834

Where is the love (?)

Image
Tuesday, 31st August 2010, My lovely room. Dear diary, Hari ini genaplah umurku yang ke 9 tahun. Selamat ulang tahun Maya (bukan nama sebenar, nama dalam alam maya je :p). Hari ini aku ingin bertanya pada semua orang tentang sesuatu. Sesuatu yang aku selalu baca dalam buku, tengok kat tv. Nak tahu? Jom! :p Aku keluar dari bilik untuk meneruskan misi. Ternampak abang tengah bersiap-siap nak keluar. Isk isk! Hari-hari keluar. "Abang!" "Terkejut eden! Ada pe?" "Apa itu er..cinta?" Dahinya sedikit berkerut "Eleh budak nih. Erm. Cinta tu..er.." Tangannya garu-garu kepala. "..haa, cinta tu c-i-n-t-a-k-i-t-a~~" Sambil dia usap-usap kepalaku. Terus dia keluar dan start motor kapcainya. 30 Aug 2010 Mahkamah perintah dua mangsa dirogol abang dijaga ibu saudara Nyanyi pulak. Jawab tak ikhlas, getus hatiku. Aku ke ruang tamu. Terlihat kelibat ayah. Ayah siap sila panggung sambil membaca surat khabar favourite nya. "Cinta itu...

The road not taken!

Image
/* Tetiba rasa nak  post poem time sekolah dulu. Tak suka sangat belajar sastera dulu, tapi cam berkait, letak je la. Hidup ni memang perlu untuk untuk membuat perancangan dan pilihan. 250810 0940 */ The Road Not Taken by Robert Frost. you choose! Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim Because it was grassy and wanted wear, Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I marked the first for another day! Yet knowing how way leads on to way I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I, I took the one less traveled by, And that has ...

That Pinky Note (!)

Image
Tak clear lak, retype balik kat bawah :) Antara hikmah berpuasa: Berkata Al-Imam Ibnu Rajab; "Lapar itu menyebabkan lembutnya hati , kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya." Belajar Bahasa Jawa jom! :) Bila hati yang satu bukan senang tuk dijaga.Tapi tak bermakna susah tuk melakukannya. Eh yeke? P ositive! positive! :P *Tombo Ati, Opick* Apa kata hati hari ni? :) Tombo Ati Iku Limo Perkarane Kaping Pisan Moco Quran Lan Maknane Kaping Pindo Sholat Wengi Lakonono Kaping Telu Wong Kang Sholeh Kumpulono Kaping Papat Kudu Weteng Ingkang Luwe Kaping Limo Dzikir Wengi Ingkang Suwe Salah Sawijine Sopo Biso Ngelakoni Mugi-mugi Gusti Allah Njembatani Obat Hati Ada Lima Perkaranya Yang Pertama Baca Quran dan Maknanya Yang Kedua Sholat Malam Dirikanlah Yang Ketiga Berkumpullah Dengan Orang Sholeh Yang Keempat Perbanyaklah Berpuasa Yang Kelima Dzikir Malam Perpanjanglah Salah Satunya Siapa Bi...

Jom Click!

Image
18th Aug 2010. 0905 waktu tempatan. :) Check email . erm. Inbox . Klik. Subject:  Two moons on 27th August 2010 . Menarik ni. Leh tengok nanti, 27th Aug 2010 at 12.30am. Pakat tengok jom! :) Baca berita la plak.  Tangan menaip . Klik Go . Erm. Gerak-gerak mouse . Bola mata gerak-gerak. Suami isteri terkejut bayi perempuan di hadapan pintu . Klik. Balik terawih, de bayi lak. yang menariknya pasangan ni lum ada cahaya mata lagi. Cam tau-tau je nak buang anak kat situ. Bayi mati dipercayai lemas dalam beg . Klik. Nak buang ke nak bunuh bayi? Adei. Fazlinda bernasib baik asid getah tak masuk dalam mata . Klik. Erm. Mata meliar lagi. Eh. Bapa rogol anak OKU . Ape nak jadi ni? Klik. Erm. Try tengok yang lain lak. taip taip . Go . 'Resued' kids got to parents . Click . Human trafficking ni makin berleluasa lak. Sex and ignorance a deadly mix . Click . Pendapat masing-masing. Heat probably killed thousands in Moscow- scientist . Cl...