Seni itu bising!
Link:Tate Modern Museum Hanisah selalu bercerita tentang keterujaannya dengan Tate Modern Museum. Disebabkan diri ini acah-acah minat seni sangatlah teruja nak melawat muzium itu. Jannah-lah mangsa peneman diri-yang-bajet-suka-seni ini untuk melawat muzium itu. Lagipun masuk muzium itu percuma kecuali kalau berminat nak tengok special exhibition etc. Special exhibition? Hati kami segera sepakat dengan poket kami: Tidak! No! Nehi! Setibanya disana kami teruja melihat London Fog karya Fujiko Nakaya yang betul-betul di hadapan pintu masuk utama muzium. London Fog itu terhasil daripada semburan beberapa pancutan air yang disusun kemas oleh paip yang panjang melingkar membentuk setengah bulatan (berapa banyak bil air yang dibayar agaknya? sebok! --"). Kadang-kadang ada angin yang datang menyapa, menghilanglah sedikit the fog i tu. Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang teruja untuk bermain dengan the fog tu. Abang, kakak (err--ehem!), pakcik dan...