Trafalgar Square waktu pertama kali ke negara ini, aku tak tahu kemana nak pergi atau nak buat apa. tak kaji apa-apa pun mengenai negara ini sebelum kesini. ketika itu musim panas, betul-betul seminggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan. musim panas tapi bagiku sejuk. orang kata banyak tempat menarik untuk dilawati disini. jujur hati aku tak berminat untuk kemana-mana waktu tu. entah, hati seperti tiada 'rasa'. di London ni terdapat banyak bas dua tingkat berbadan merah. merah pekat seperti logo manchester united atau merahnya 'red warrior'. disetiap bahagian kepala bas itu ada tertera nama destinasi yang dituju oleh bas berkenaan. di setiap penjuru jalan pasti ada bas berwarna merah ini. banyak. sewaktu berjalan dengan adikku, mataku melekat melihat sebuah bas ini. terpampang 'trafalgar square' di hadapannya. dengan segera aku mengajak adikku bersama menaiki bas itu. walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang menarik disana. aku hanya ingin ke sana kerana ...