Posts

Sunyi tak wujud.

Image
Ketika semua semakin jauh. Dia masih dekat. Sangattt dekat. ( 50:16)

perahsia.

apabila ada orang kata "anda pandai!" cepat-cepat apa yang kedua-dua telinga serap tadi diterjemahkan dengan "hanya Kau sahaja, Ya Allah yang tahu betapa BODOHnya diri ini!" agar pujian terpantul daripada hati. kerana rahsia sebenar ke'pandai'an aku hanya Allah yang Maha tahu.

sepasang sayap yang insaf

Image
sayap aku mula tumbuh aku bayangkan ianya sepasang logiknya begitu, barulah seimbang permulaannya agak sukar terbang jatuh terbang jatuh lagi dan lagi tetapi apabila aku sedar keseronokan terbang ghairah bukan kepalang aku jadi semakin berani ku lebarkan sayap, merentasi benua melawan graviti membelah awan terbang untuk gapai langit biru perghh aku nampak bumi dengan lebih luas baru aku tahu bumi ini indah dan ianya melonjakkan aku untuk terbang  tinggi dan tinggi lagi.. hingga aku terlupa untuk berlatih merendahkan sayap pada waktunya berkicau sana berkicau sini pasal ilmu dunia yang baru aku terokai semua ini gara-gara angkuh dengan kehebatan mempunyai sepasang sayap. akhirnya aku sedar bukan salahnya sepasang sayap salah tuan punya diri mengemudi sayap-sayapnya. "and lower to them the wing of humbleness out of mercy and say: 'my lord, be merciful to them, as they raised me since i was little'" al isra...

Pecahnya sepasang kasut kaca.

Image
Logik. Kita akan berlari apabila dikejar. Kita juga akan berlari apabila kita tahu ada sesuatu yang penting untuk dikejar. Tapi kita akan statik atau berlari tanpa arah tujuan jika kita tak pasti apa yang kita kejar. Kita juga akan statik atau berlari tanpa arah tujuan jika kita tak tahu ada yang mengejar. Jika kita tak 'berlari' sekarang atau senang cerita kita malas untuk buat apa-apa, itu tandanya kita tak jelas apa yang kita perlu kejar & apa yang sedang mengejar kita. Jangan tiru saya walaupun saya nampak comel. (kredit) Kita ialah apa yang kita rasa kita patut kejar & apa yang mengejar kita. Dan sebenarnya kita memang tahu apa yang sebenarnya kita patut kejar, dan apa yang kita patut lari daripadanya. Jangan menipu diri sendiri. JANGAN. Dan jangan pernah berhenti  untuk 'berlari'. Dari Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah  SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : ...

senyumku hampa.

sekarang. ramai orang suka tersenyum. tapi bukan senyum sesama manusia. senyum seorang diri. khusyuk memandang skrin telefon pintarnya. wassap sana, viber sini, mychat sana, gtalk sini. hanyut ke dunia maya. hingga tak perasan manusia lain di dunia yang nyata. senyumku tak berbalas di koridor. hampa. "dah senyum je memanglah, cuba tegur." aiyak.