Bahagiakan dirimu

Salam..
Terasa susah gak nak tulis blog ni rupanya. Mcm tak sesuai ngn karakter diri saya. Bukan tak ingin berkongsi pape cume tgn ni cam berat je nak menaip sesuatu. Entah, malu kut. Pelik. Tapi takpe, kalo benda itu baik, lebih baik share ngan sume. Jadi, hari ini saya tergerak untuk berkongsi sesuatu wpun ade yg dah tahu..

alkisah, satu hari, kluar ngn kwn2, jenguk jap kdai buku ni..tgh duk asyik belek2 buku, baca cover blkg buku,tetiba mata cam melekat kat satu buku entitled "Jgn bersedih, jadilah wanita yg plg bahagia" by Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni. mulala tertanya2, bahagiakah saya?

Buku ni byk menyelitkan ayat2 quran, hadis and kata2 mutiara yg menaikkan semangat.
jadi nak sharelah sedikit sbnyk isi yg terkandung dlm buku nih yg menarik mata dan menyentuh hati saya. =)

Mutiara kata

"Seseorg yg berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya sebahagian dari alam yang sangat luas. Dia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Maka, dia tidak akan terkejut dan tidak akan gelisah."

<-- kita akui hidup kita ni de pasang surutnya, sekejap sedih dan sekejap lagi gembira. Kalo tidak tak menarikla hidup ini. Sebagai hambaNya, kita perlulah menjadi insan yg bersyukur dgn nikmatNya dan bersabar diatas dugaan yg menimpa diri. Bersangka baiklah pada Allah dan bersederhanalah dlm menghadapi kesenangan dan kesusahan dalam kehidupan.

"Oleh itu tetapkanlah (kepercayaanmu) bahwa sesgghnya setiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) Bahawa sesgghnya setiap kesukaran disertai kemudahan."
(Surah Al-Insyirah:5-6)

Kisah2 teladan

Jadilah seperti seorg wanita tua yg kuat ketika Gabenor Al Hajjaj ingin memberi hukuman penjara dan juga membunuh anaknya di hadapannya tapi dia dengan berani, yakin, lantang berkata "Sekalipun engkau tidak membunuhnya, dia akan mati juga".

Jadilah seperti seorg wanita Parsi yg kehilagn kndg ayam lalu dia pndg ke langit dan berdoa "Wahai Allah jagalah kandangku kerana sesgghnya Engkaulah sebaik2 penjaga"

Jadilah seperti Asma Abu Bakar setelah melihat anaknya Abdullah bin Zubair dibunuh ketika disalib tetapi dia mngucapkan, "Sekarang sudah saatnya si penunggang kuda yg berani ini beristirehat dengan tenang."

Jadilah seperti Al-Khansa' yang menyerahkan empat anaknya ke jalan Allah dan mereka semua mati syahid lalu dia berkata, "Segala puji bagi Allah yg telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah"

---> kalau nak dibandingkan ujian yg mnmpa diri mereka lebih berat lagi berbanding diri kita. Maka bersikap positif la dalam mghadapi dugaan jgn biarkan diri dibelenggu kesedihan. kerana ianya hanya mengganggu fokus kita yg sbnr dalam kehidupan seharian.

Ingat nak type lagi tp takut tersalin satu buku plak. cukuplah nih. Sblm beransur suka tuk berkongsi kata-kata di bawah tuk renungan bersama;

"Keselesaan tubuh kerana sedikit makan, keselesaan jiwa kerana sedikit dosa, keselesaan hati kerana sedikit keinginan, keselesaan lisan kerana sedikit bicara"

Sekian. Wallahualam

p/s: Setiap page buku ni de bunga2, cover dia pun de gmba bunga, bila baca pun rasa hati ni cam berbunga2. =)

Comments