Aku tak rasa.

Musim hujan. Petang. Hari ini hujan turun lagi, membasahi bumi. Segera tingkap-tingkap rumah ditutup rapat. Bergegas menyelamatkan baju-baju yang dijemur.

"Tunggu sekejap, wahai kawan. Kerana hujan masih renyai~"

Aku suka hujan. Hujan yang renyai-renyai. Lembut air jatuh ke bumi. Syahdu suasana. Indah rentak bunyinya jatuh ke atap. Menyegarkan bumi. Simbolik menggambarkan emosi.


"It's raining outside and I'm crying inside~"

Bukan sekadar nyanyian, ada benda nak cerita sebenarnya. Banyak peristiwa berlaku semasa hujan.

Ini cerita aku. 
"Kerana Aku Tak Rasa.

Biarkan hujan turun :)
Hujan turun lebat sepanjang perjalanan ke kampung. Tayar meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Hujan yang lebat sangat-sangat menyukarkan pemanduan. Aku hanya penumpang memerhati dari bahagian belakang kereta. Seketika, aku menjenguk ke luar, seorang penunggang motorsikal laju memecut walaupun hujan agak lebat. Bertemankan si isteri dibelakang. Memeluk erat. Hujan makin lebat. Akhirnya, mereka terpaksa berteduh sekejap di bawah jambatan. Tapi Aku tak rasa.

Di pagi raya IdulAdha. Beraya di kampung, sempat menonton "Nasi lemak kopi O" sambil makan ketupat bersama kari ayam. Disiarkan aktiviti korban jauh di utara sana. Baru-baru ini, musim hujan menyimbah kawasan utara menyebabkan kejadian banjir paling teruk pernah dialami oleh mereka. Penduduk terpaksa berpindah randah barang-barang rumah. Duduk berasak-asak di dewan. Tetapi aku tak pernah rasa.

Bulan Ramadhan. Di sebuah bazaar Ramadhan. Hujan turun. Sejuk. Ramai yang berpayung. Pelbagai juadah dijual seperti biasa. Makanan dan minuman. Tapi kerana hujan, kurang orang yang datang. Di satu sudut, satu gerai minuman agak suram. Jualan air soya, tebu dan sebagainya kurang memuaskan. Sejuk-sejuk begini air yang berais berwarna-warni kelihatan pudar serinya. Kelihatan wajah-wajah hampa disitu. Tapi aku tak rasa.

Walaupun aku tahu apa yang mereka rasa tapi hakikatnya aku tak rasa apa yang mereka rasa.

"Seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud 
"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, semua perkara yang terjadi dirinya selalu baik untuknya. Kalau mendapatkan kesenangan dia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan kalau tertimpa musibah, dia terus bersabar. dan ini pun menjadi baik untuknya."

Lumrah, semua orang ada ujian masing-masing tapi dengan bentuk yang berbeza-beza. Kerana Allah menguji hamba-hambaNya untuk melihat siapa yang terbaik antara mereka. 

Nice to ponder;
"Musibah adalah subset daripada ujian. Skop ujian lebih umum berbanding musibah kerana nikmat dan musibah termasuk dalam ujian. Oleh sebab itu, semua musibah itu adalah ujian dan bukan semua ujian itu musibah." 
*dipetik dari solusi isu 19.*


Bukan semua ujian itu musibah. Boleh jadi kemewahan, kesenangan dan kebahagiaan itu merupakan ujian.

/* 
Hujan turun. Pulang berjalan kaki dari sekolah bersama seorang kawan. Tanpa payung. Hujan renyai. Nak melintas jalan, tapi kereta banyak. Mendongak ke atas, terlihat hujan masih turun. Kereta pun tak mahu mengalah untuk meneruskan perjalanan. Satu saat. Sekelip mata. Whoossh! Sebuah kereta laju memecut sesedap rasa, merempuh lecak yang bertakung di hadapan kami. Bagai ombak yang tinggi membasahi diri. Haa, yang itu aku pernah rasa. 

Moral of the story: time nak lintas jalan jangan berani sangat berdiri depan lecak. 
*/

ps: erm, apa yang anda rasa? sedang bersyukur atau sedang bersabar?

*bila imbas kembali kadang-kadang kita saya tak perasan peduli apa orang lain rasa, hanya kesah dengan apa yang kita  saya rasa*

//Hujan turun selepas habis taip. Alhamdulilah. (:

Comments