Siaran tergendala

Sejuk malam nih eh? Mungkin kerana penangan hujan petang tadi. Hembusan angin malam nih lain sket, membuatkan otak nih ligat tentang sesuatu. Entahlah. Sesuatu yang mungkin terjadi. Nothing is impossible kan di dunia nih, jadinya sometimes we need to expect the unexpected. Supaya diri lebih tabah terima hakikat. *Apa yang nak diceritakan sebenarnya nih?*

"Adik-adik!"  Ustaz mencuri perhatian.
"Na'am!" Sahut anak-anak kecil itu.

Adik-adik dan Al-Quran di tv9. Tak rajin pun tengok, remote ditangan 'tertekan'. Heh. Menarik juga pendekatan yang digunakan, kreatif. Suka. :) Cuma petang tadi hujan, siaran ada gangguan sket, biasalah Astro time hujan memang mengecewakan. Piring Astro kan sensitipp. Kalau hujan je, siaran takde. Burung bertenggek sket, siaran tergendala. Itulah, kadang-kadang diri pun sama, ibarat piring Astro. Time panas terik je siaran available, clear abes. Redup mendung sket, dah hilang siaran.

Kontra abes dengan kawan-kawan disekeliling, mereka tak macam piring astro. Hujan ke, ribut ke, panas terik ke, puting beliung sekalipun, siaran tetap terang. Mantopp! Sentiasa menjadi peneman, bagi pencerahan. Sama ada dia belajar Law ke, Engineering ke, Human Science ke, Arabic Language ke, Education ke, Islamic Revealed Knowledge ke, berlainan ilmu pengetahuan tak jejaskan ukhuwah. Berasal dari utara ke, selatan ke, timur ke, barat ke tak memisahkan sempadan keakraban. Sayang seribu kali sayang kalau nak tinggalkan "aerial" yang satu nih. Hilang susah nak cari nih. Ishh, takkan buang punyalah!

Cuma, peredaran waktu kadang-kadang tak mengizinkan, membenarkan terjadinya perpisahan. Sedikit demi sedikit berkurangan. Habis belajar, bekerja di kampung halaman, kahwin? Mungkin antara sebab terjadi perpisahan. Tapi perpisahan tak semestinya negatif kan?    


Uiks, apa feeling-feeling nih?
Jazakillahu khairan buat semua ye. :)
Selamat Pengantin Baru, Kak Ma!

Comments

ismisyahida. said…
*tibe-tibe mood sedey jugak.
duk fikir,"nanti sy pulak macammna?"
"jadi apa?"
"dekat mana?"

wawa.banyaknye persoalann..
Yna Sofya said…
Rileks syida.Meh kte sme2 duduk wat future plan. :)