Dia; bukan tajuk sebuah lagu.
Dia,
Kalau sms wajib tulis ayat penuh. Skema, kan? Siap dengan emoticon lagi.
Tapi aku suka baca sms dia, bagi aku sms dia cute.
Walaupun aku selalu tegur dia jangan taip sms dengan lengkap macam tu.
Hehe, teruk kan?
Dia,
selalu on je kalau diajak shopping di kedai buku.
Dia orang seni. Aku pun suka seni.
Tapi aku tak boleh baca buku pilihan dia. Bukan tak cuba.
Dah cuba baca tapi mesti sakit kepala. Sastera, metafora, dan hiperbola sangaaaaaaaat!
Dan akhirnya, kebanyakan buku-buku dia aku tak habis baca atau sekadar scanning sahaja.
Ha.
Dia,
kalau buat nota; kemas, berwarna-warni & menarik!
Dia,
bakal menduduki SPM tahun ini. Buat yang terbaik ye!
Dia,
lain daripada aku walaupun ada yang beritahu wajah kami macam fotostat.
Ehem!
Kalau cik rasa cik ini adalah 'dia'; sila offline sekarang. Buka buku, study, study!
"taklah kak _ _ _" -suara hati dia.
-_-"
dah tahu dah.
Comments