Sepasang kasut yang tak berkat.
Jumaat,10.00pagi. Duduk seorang diri. Menghadap komputer riba. Khusyuk jari jemari menari-nari laju diatas papan kekunci, meng-edit research proposal. Bertemankan secawan teh tarik, tinggal separuh cawan. Sekejap-sekejap aku menghirup teh tarik, terasa sudah sejuk beku di tiup kipas angin. Riuh suasana kafe tak diendah.
Di meja sebelah, empat orang lelaki dewasa berpakaian kemeja kemas seperti pekerja pejabat gayanya. Berborak rancak, bergelak sakan. Aku tak endah. Tapi untuk seketika, tanpa sedar entah bila pula telingaku membesar, mengintai kata-kata mereka walaupun kepala, badan dan jari masih berada di posisi yang sama. Aish, Busy body!
A : "Kasut aku hilang kat masjid time solat jumaat minggu lepas."
Seorang kawan dia menyampuk.
B : "Biasalah tu, kalau time solat jumaat kasut hilang."
Diam seketika. Dalam lima saat lepas tu.
A : "Tapi mungkin kasut tu tak berkat."
B, C & D serentak : "Kenapa pula?"
A : "Mungkin tak berkat sebab gaji tak berkat. Yelah, waktu office hour macam ni kita patutnya kat ofis buat kerja, tapi kita lepak kat sini pula."
Semua terdiam seketika.
...
Aku pun terkedu tapi mata masih statik melekat di hadapan komputer riba. Control. heh.
Untuk seketika, hanya seketika telingaku menangkap sesuatu yang kurang indah. Mereka sambung bergelak sakan semula. Berborak rancak kembali.Statik di posisi yang sama. Statik selama 15 minit lagi.
Dalam hatiku berdetik : "Apakah?"

Comments