satu per lima.

Trafalgar Square

waktu pertama kali ke negara ini, aku tak tahu kemana nak pergi atau nak buat apa. tak kaji apa-apa pun mengenai negara ini sebelum kesini. ketika itu musim panas, betul-betul seminggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan. musim panas tapi bagiku sejuk. orang kata banyak tempat menarik untuk dilawati disini. jujur hati aku tak berminat untuk kemana-mana waktu tu. entah, hati seperti tiada 'rasa'.

di London ni terdapat banyak bas dua tingkat berbadan merah. merah pekat seperti logo manchester united atau merahnya 'red warrior'. disetiap bahagian kepala bas itu ada tertera nama destinasi yang dituju oleh bas berkenaan. di setiap penjuru jalan pasti ada bas berwarna merah ini. banyak.

sewaktu berjalan dengan adikku, mataku melekat melihat sebuah bas ini. terpampang 'trafalgar square' di hadapannya. dengan segera aku mengajak adikku bersama menaiki bas itu. walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang menarik disana. aku hanya ingin ke sana kerana destinasi ini ada didalam buku yang pernah kubaca. buku berjudul 'negeri 5 menara' hasil tulisan a.fuadi.

setibanya disana aku akui tiada apa yang menarik. ia hanyalah sebuah dataran yang luas berlatarbelakangkan 'The National Gallery' dan terpacak megah sebuah menara.

kenangan yang tak disangka. aku kesana bukan kerana menara, bukan kerana dataran. malah tak berminat pun nak tahu sejarah disebalik dataran itu. aku terbawa kesana hanya kerana 'man jadda wajada'.

signifikan.
aku sudah berada di salah sebuah menara daripada yang lima.
Man jadda wajada : sesiapa yang berusaha (inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya.





Comments