dimana tersembunyinya cinta?
Adakah disebalik harta,
atau kesederhanaan ?
Adakah disebalik senyuman,
atau tangisan?
Adakah disebalik keamanan,
atau kekejaman?
Dimanakah sebenarnya cinta?
[~perghhhhhhh tajuk.] <--- array="" matlab="" mode="" nbsp="">.<--->
Ketika Dr Maszlee datang memberi perspektif baru dalam politik islam di London baru-baru ini, mukadimahnya berkenaan dengan ..erm cinta. Cinta? Islam yang sepatutnya membawa rahmatan lilalamin itu sekarang terbungkus dengan hukum, hukum dan hukum semata. Haram, halal, sah, salah, bukan, bukan, haram (eh ulangan?) dan seumpama dengannya. Bukankah Rasulullah itu membawa cinta?
Dimanakah tersembunyinya cinta?
"Saya rasa macam bodoh duduk dalam ni, kak." Adik yang duduk disebelah bersuara.
Aku hanya menjawab dengan senyuman. Kerutan didahi segera disembunyikan. Malu. Dalam hati sebenarnya rasa diri ini bodoh juga. Banyak sangat nama-nama tokoh atau buku-buku tentang politik islam yang aku tak tahu. Memang ada perasaan ibarat gunung berapi yang meletus ditahan-tahan untuk balik daripada program tu nak banyak-banyak membaca buku. Memang itu yang aku rasa selepas mendengar talk penganalisis politik yang dihormati ini.
dimanakah tersembunyinya cinta?
Sempat juga rembat dua buah buku tulisan si penceramah & isterinya, satu buku banyak sangat guna akal, perlu berfikir, satu lagi banyak bermain dengan perasaan, menginsafi. Puisi. Cinta. Akhirnya buku yang perlu menggunakan akal itu aku hanya membaca bab mukadimah & bab satu, err itupun separuh tak habis baca. Mungkin sebab jiwa masih dalam proses nak habiskan buku yang menyentuh hati dengan cinta oleh Salim al fillah, jadi apabila baca teks yang fakta ni akal lambat sedikit memprosesnya.
Dimanakah tersembunyinya cinta?
Aku baru mengenali siapa itu hamka, yang berkata dengan ikhlasnya hati, perlahan menyerap ke dalam hati yang tak berapa nak ikhlas juga. Mengalir kerana ikhlas. Ulama berjiwa sastera. Cinta di dalam tenggelamnya kapal van der wijck, aku tak menontonnya. tapi itu yang antara perkara yang ditangkap didalam seminar politik islam seharian itu.
Err... dimanakah tersembunyinya isi penting politik Islamnya, yna?
--"

entrypanjanglaah^^
Comments