Matahari muncul :)
Hari itu hari sabtu. Hari itu langit biru. Indah. Mata suka sangat membelek-belek awan di luar tingkap besar tu selepas letih selepas sejam lebih melekat pada skrin komputer. Segar mata rasa, hati pula sempat memujuk, "selalu-selalulah indah seperti langit itu". Langit disini kurang bersuara. Pandai-pandailah menjaga masa, takut terlajak pula nanti.
'Cukuplah.' Bingkas hati. Terus berdiri dan bersedia keluar pergi.
"Jom, solat." Pelat seorang pemuda British berbangsa cina di hujung meja tetiba bersuara. Dia memang suka belajar bahasa melayu. Dia bukan Muslim.
"Jom." Layankan aja. Aku hanya tersenyum dan segera berlalu sendiri.
'Prayer room' atau PR dengan bangunan aku tu dalam 5-6 minit perjalanan. Kalau jalan gaya British la. Kalau ala melayu lenggang ala lenggang kangkung tu, mahu sampai 10-15 minit. Dalam minit ke-4 aku akan melalui bangunan gimnasium dulu, kemudian selang beberapa tiang, barulah sampai ke PR. Sewaktu lalu di depan gimnasium tu ternampak dihadapanku satu pasangan laki dan perempuan berjalan bersama. Perempuan itu dari arah belakang mengingatkan kepadaku seorang kawan yang aku kenal, yang aku rindu.
Setibanya di tiang berdekatan PR itu, kelihatan pasangan itu berborak pula. PR itu dibahagian bawah, jadi perlu turun tangga disebelah tiang tu. Dan disebabkan mereka menghalang laluan nak ke bawah, perlulah aku senyum dan tegur.
"You can follow her." Lelaki tu berkata kepada perempuan tu. Baru aku dapat lihat lelaki tu seperti rupa orang Arab, ala-ala orang Turki, Jordan mungkin. Cuma perempuan ni, tak nampak macam orang Arab, macam Vietnam ke China, entahlah.
"I am from Japan."
Antara impianku adalah melancong ke Jepun tetapi hari tu Allah beri yang lebih indah daripada itu. Pertama kali solat berjemaah dengan orang Jepun.
:)
ps : ni post summer sebenarnya, al maklum -.-"

Comments