0623

gambar hiasan : Hope, Peak District.




0600, Euston.

Ahh, ada masa lagi.

"Saya pergi beli hot chocolate sekejap ya."

Dia angguk. Tanpa berlengah aku segera meninggalkan kawasan yang penuh mesin-mesin pencetak tiket.

0610, Euston.

Aku berjalan ke arah papan tanda untuk melihat platform ke tempat destinasi.

Platform 14!

Aku segera ke sana dengan segelas hot chocolate ditangan. Train dah siap parking dah tapi dia...eh, takde?

Tiket!

0615, Platform 14.

Lagi, lagi dan lagi panggilan telefon dia tak terjawab.

0616, bangku Platform 14.

Aku duduk di bangku yang terletak 1-2meter daripada train itu. Hot chocolate yang berbaki separuh tu aku letakkan ditepi kananku. Sesekali mata memandang ke kiri, sesekali mata memandang ke kanan. Ke kiri memandang jam digital, ke kanan memandang laluan orang masuk ke platform. Panggilan diteruskan dan masih tak terjawab.

0617, lantai Platform 14.

Aku memandang kehadapan. Memandang kosong kearah train yang akan berangkat lagi 6 minit. Akhirnya berjaya hubungi dia. Ada sedikit masalah dengan tiket katanya, dia sedang berurusan dengan pegawai disana. Aku sekali-kali berkata, nada suara dikawal untuk kontradik dengan denyutan nadi yang cemas-tak-tahu-nak-describe ni. Kalau terlepas train yang ni, kena beli tiket yang baru. Kami akan lambat sampai dan duit pun akan berkurang. Aku pandang ke lantai.

0620, ...

Pasrah. Hati ditahan-tahan untuk bergoncang kuat. Hot chocolate pula dibiarkan cool bersendirian ditepi.

0621, .......

Aku tinggalkan jam digital. Aku senyum kepada lantai. Senyumanku tak berbalas.
Pejam mata. Aku berserah.

0800, Birmingham.

Bekas hot chocolate dibuang ke tong sampah selepas turun daripada train.

Antara cemas, persahabatan dan pergantungan!
Kau sengaja uji aku dengan kuasaMu, kan Tuhan?

Phew! That was close.

Selamat.
Alhamdulilah selamat tiba dengan train 0623 tu.
:)

Euston - Birmingham.
hati, 
jangan pecah.
Mac'16





Comments