Bahagia di Heaven

Bahagia di Heaven
The 5 people you meet in heaven (Mitch Albom)
Awal-awal tengok tajuk teringat hadis yang orang yang menghafal Quran boleh bawa 70 orang bersamanya ke syurga. Dan apabila tengok tajuk buku ini, terfikir siapakah 5 orang yang aku nak bawa bersama di syurga (memang suka perasan masuk syurga, heh!). Sememangnya senaraiku akan lebih daripada 5. Aku nak lebih!

Awal cerita bertempat di taman tema yang kat tepi pantai. Terbayang Brighton Pier bila baca buku ni sebab taman temanya terletak ditepi pantai ditepi pantai. Pernah pergi ke Brighton untuk ambil udara pantai dan mendengar deruan ombak. Tapi melihatkan taman temanya yang kat tepi pantai (kalau berdiri kat situ dan tengok air pantai yang kat bawah kaki tu macam dalamlah juga) tu memang agak menakutkan. Kalau benda yang berpusing-pusing tu tercabut, mahu terpusing-pusinglah ia bersama manusia didalamnya di udara dan akan terpelanting ke lautan dalam. Bayangan yang ngeri!

Ok, kembali pada buku. Buku ni dia macam tak menepati apa yang aku bayangkan sebab rasa macam lain benor khalayan penulis tentang syurga. Tapi selepas baca buku kedua tulisan Mitch Albom ni aku dapat rasa dia nak pembaca buku dia bersyukur dengan hidup. Bersyukur dengan apa yang ada, redha dengan takdir hidup, menghargai orang-orang sekeliling yang selalu bersama. Dan tak lupa juga, dia membawa mesej supaya kita cuba untuk memberi pada orang lain, tak kisahlah orang-orang tu kita kenal atau tidak. Macam dia nak cakap cerita kita kat dunia ni mungkin sahaja boleh mempengaruhi perbuatan orang lain terhadap hidup mereka. Mesejnya simple tapi agak masuk dalam jiwa.

Bahagia bukan Gembira (Anfaal Saari)

Buku ni ada orang jual kat sini. Berpeluanglah untuk beli dan baca. Hmm, bagiku buku ni dia memberikan aku tambahan rasa yang untuk berjaya dalam hidup ini, kita perlukan keberanian, pengorbanan, tak berputus asa, ilmu, kawan-kawan (yang setia) dan berprasangka baik dengan Pencipta. Buku ni buat aku rasa dekat dengan cerita penulis walaupun tak kenal dengan dekat peribadi penulis ini. Sebuah cerita perjalanan dan pengalaman yang tersusun baik! Cuma ada beberapa huruf hilang dalam beberapa muka. Mungkin untuk cetakan bukuku je kut.


Mesej yang dapat daripada kedua-dua buku : Bahagiakanlah diri dan orang sekeliling selagi masih ada ruang, waktu, nyawa. Moga yang dilangit pun bahagia dengan tindakan-tindakan kita ini, yang kecil mahupun yang besar.

Bahagia dan membahagiakan!
senyum


07062016
2 Ramadhan,
2018
Central London

Comments